Thursday, October 21, 2010

10 watak anime~ lelaki idaman

Sebuah majalah telah menyiarkan 10 watak anime yang menjadi lelaki idaman ramai. Kesepuluh watak itu adalah berdasarkan undian orang ramai. Tapi, aku kecewa apabila melihat di antara kesemua 10 watak lelaki tersebut, tiada satu pun watak lelaki idaman aku. Oleh itu, biarlah aku sendiri yang tentukan siapa yang layak berada pada 10 tangga itu. Jadi, 10 lelaki itu ialah: (aku akan mulakan dengan tempat yang ke-10)





10. Kousuke Ueki

Kousuke Ueki dari anime The Law of Ueki, seorang pelajar sekolah menengah. Dia baik, prinsip hidup dia ialah keadilan, dan seorang yang memahami orang lain, malah baik terhadap semua orang termasuklah orang yang pernah buat jahat padanya. Muka dia yang seakan akan tak ada perasaan tu menjadi tarikan. Tapi, minta maaf lah Ueki, aku cuma boleh bagi tempat ke10 untuk kau. Daya tarikan tak berapa banyak.






9. Train Heartnet

Dari Anime Black Cat, Train Heartnet. Dia digelar Black Cat. Seorang yang senyap, jarang senyum, dan lihatlah pada mata dia yang seakan akan mata kucing tu.. Cool kan...






8.Vegeta

Vegeta adalah watak dari Dragon Ball Z. Seorang watak jahat. Mungkin tak jahat sangat kot...
Dari segi fizikal, Vegeta ni kurang ketinggian. Haha.. Tapi, lihat lah dahi dia yang luas tu. Vegeta sangat kuat. Dia juga panas baran dan ego tinggi. Semua sifat buruk dia tu lah yang menarik!








7. Sawamura Seiji

Sawamura Seiji dari anime Midori no hibi. Dia samseng, kasar, ditakuti ramai. Aku suka!!!










6. Ri Koyu

Ri Koyu dari anime colourcloud palace, hanyalah watak sampingan. Rupa dia hensem kan? kan? kan? Dia seorang yang pandai dan bekerja di Istana. Tapi walaupun dia pandai, dia selalu sesat jalan! Dalam rumah dia sendiri pun, dia boleh sesat. Ri Koyu ada sejarah silam sendiri yang menjadikan dia sensitif. Namun, sifat sensitif dia tu disembunyikan disebalik sifat cepat marah.







5.Ramna
Ranma dari anime Ranma 1/2 ialah seorang lelaki yang boleh menjadi perempuan jika terkena air. Dia hebat dalam seni mempertahankan diri. Perangai dia adakalanya kebudak budakan. Egonya agak tinggi. Walaupun dia sayang tunangnya, Akane, tapi dia tak tunjukkan.Dia jenis tak layan perempuan lain selain dari tunangnya. Oklah... sifat dia agak sempurna untuk dijadikan lelaki idaman, tapi kenapa berada pada tempat ke-5 sahaja? Sudah tentulah sebab dia takut kucing!!!








4.Sesshoumaru
Sesshoumaru dari anime Inuyasha merupakan abang kepada Inuyasha. Dia sangat dingin, kejam, kurang bercakap.. Cool je... Rupa pun kacak! Suka betul dengar cara dia bercakap, malah cara dia berjalan pun cool je. Huhu.. suka betul!!!







3. Takashi Morinozuka

Aku menghadapi masalah untuk putuskan sama ada nak letak dia ni di tempat ke-2 atau ke-3. Inilah Mori dari Ouran high school host club. Dia ni hensem sangat kan! Dia cool dan pendiam je.. Dia sangat besar. Bila berada bersama kawan kawannya, dia lah yang paling kelihatan. Dia memang kurang bercakap. Tapi, nampak sangat penyayang!






2.Kyoya Ohtori

Kyoya juga datang dari Ouran High School Host Club. Orang yang tak mengenalinya akan sangka dia seorang yang bijak, peramah dan baik hati. Tapi hakikatnya, dia seorang yang dingin dan kejam. Sanggup buat apa saja untuk mencapai cita citanya. Apabila dia berbaik dengan orang lain, semuanya adalah kerana faedah yang mungkin diperolehi. Dia seorang yang bercita cita tinggi dan tak akan buat benda yang tak berfaedah. Egonya sangat tinggi. Dia selalu berpendapat bahawa dia berkawan dengan sesiapa adalah kerana kebaikan yang mungkin dia bakal perolehi dari orang tersebut. Tapi, tanpa dia sedari, dia sebenarnya ikhlas berkawan dengan Tamaki Suoh, malah dia sanggup buat apa saja untuk Tamaki. Dia boleh dikatogerikan sebagai pentingkan diri. Tapi, bukankah orang yang bercita cita tinggi itu sangat menarik? Suka dia!!!






1. Inuyasha

Aku meletakkan Inuyasha di tempat pertama. Rasanya keputusan aku ni tepat sekali! Inuyasha adalah syaitan anjing separa manusia. Inuyasha memang panas baran. Kasar pulak tu. Tapi sebenarnya hati dia lembut. Dia setia dalam percintaan, dan dia amat menjaga gadis yang disayanginya... Bagusnya kalau boleh buat Inuyasha menjadi anjing peliharaan! Inuyasha sangat comel!!!
*****


Nampaknya, 10 lelaki ni berdasarkan pendapat aku sendiri je... Hahaha, kalau perempuan lain baca, mungkin ramai yang tak bersetuju. Lebih lebih lagi, kalau korang perasan, 10 watak yang aku pilih ni, kebanyakannya jenis ego, dingin ataupun pendiam. Haha.. Sebab aku suka macam tu!! Huhu.. lain kali, aku nak pilih 10 watak perempuan pulak..

3 comments:

  1. alamak xfamiliar dgn watak kartun la...tp along ske detective conan...itu dikira watak anime kan???hehe

    ReplyDelete
  2. ala along nie... conan tu budak kecik. tp bila dia jd shinici, cool jgk!!

    kalau dlm 10 yg amna letak nie, ilham suke seiji~~

    ReplyDelete