Saturday, October 23, 2010

Keluargaku yang Besar



Tadi ada kenduri kat rumah Mak Tam aku. Ramai family aku datang. Aku pergi jumpa tok aku.. masuk je bilik dia, aku nampak sorang baby girl yang sangat comel! Dapat peluang dukung pulak tu. Ada ramai orang dalam bilik tok aku. Bukan aku kenal semua pun. Aku pun bisik kat mak aku: "Umi, baby ni sape?" Mak aku bagitahu, baby ni adalah cucu kepada sepupu ayah aku.


Selepas itu, di halaman rumah pula, aku melihat ramai orang. Rasanya, ramai saudaraku disini. Saudara jauh yang aku tak kenal pun ramai. Sepupuku Dila, sambil memerhatikan orang ramai, dia cuba mengingati siapa tetamu tetamu disitu. Sekali sekala, Dila bertanya padaku siapakah dia ni, dia tu, dan lain lain... Aku sekadar tersenyum. Dila ni, aku bukan jenis kenal orang sangat..
Ada ramai orang sedang bersembang sembang. Aku terdengar seorang mak cik ni menberitahu bahawa anaknya orang teater. Kemudian, anaknya itu bercerita mengenai penglibatannya dalam teater. Aku menoleh ke arah anaknya itu. Dia seorang lelaki, nampak macam lebih kurang sama umur dengan aku. Boleh tahan hensem la jugak.. Tapi, hensem bukan persoalannya disini. Persoalannya, kenapa rasa macam pernah nampak dia ye? Aku bisik bertanya pada sepupu ku Dila:"siapa dia? kenapa macam pernah nampak?" Dila beritahu bahawa dia saudara mara kitorang dan dia merupakan pelajar UiTM Shah Alam.


Aku memberanikan diri tanya lelaki tu. "Teater? Kita, kelab teater yang sama ye?" Mula mula dia macam kehairanan juga. "Teater jugak ye?" Lepas tu aku cakap lagi: "Last sem kita buat aktiviti teater yang berdekatan library tu.. kan?" Baru lah dia tersenyum dan dia bertanya lebih lanjut mengenai penglibatan aku dalam teater. Akhirnya, kami masing masing kenalkan nama. Selepas mendengar namanya, memang tak salah lagi. Ya, aku pernah kenal dia semester lepas... Selepas itu aku meminta diri dan beredar dari situ.
Aku tanya mak aku, siapa dia. Mak aku cakap, dia adalah dua pupu ayah aku. Ooo.. dua pupu abah rupanya.. Jadi dia pangkat pakcik-pakcik aku laa.. Mudanya.. Macam tak percaya, orang yang aku pernah kenal di teater, dan aku tak pernah ambil kisah mengenai dia.. rupa-rupanya saudara jauh aku! Besarnya keluargaku!!! Atau, dunia ni yang kecil?

1 comment:

  1. along pon xknl sangat nga sedara2 ni...haha...along ad senior mse kat uitm dl join teater,,xtaw amna knl x...

    ReplyDelete