Saturday, October 9, 2010

Pendirian ku..

Susah betul nak pegang pada pendirian. Aku selalu rasa, aku adalah seorang yang berpegang kuat pada pendirian aku. Pendirian ni, kalau difikirkan semula, ia ibarat pantang larang yang diri aku tetapkan untuk aku. Kalau aku kata harus ikut jalan A, dilarang B, maka aku akan mengikut A (Walaupun sebenarnya, kedua dua jalan A dan B itu tak salah). Tapi kenapa baru baru ni aku seolah olah mula berpaling pada pendirian aku. Aku mula terfikir, B pun ok juga.. Patut ikut jalan A atau B? Aku dah ragu ragu..

Siapa yang sebenarnya boleh berpegang kuat pada pendirian sendiri? Lepas lama berfikir, aku rasa, orang itu ialah Hang Tuah. Kenapa dia sanggup bunuh kawan sendiri? Kerana setia pada sultan? Tak lah, sebenarnya sebab dia berpegang pada pendirian dirinya: "pantang Melayu menderhaka." Ya, Hang Tuah memang berpendirian teguh...

Balik ke kisah aku, tiba tiba ada sesuatu muncul yang boleh menyebabkan aku ubah pendirian. Apa patut aku buat? Bencinya bila ada rasa nak berpaling pada pendirian.

1 comment:

  1. jujurnye...sbb tulah along xpenah buat pendirian...sbb along sll belot pd pendirian sendiri...hehe

    ReplyDelete