Untuk Cabaran Komik Online Malaysia 2017, aku telah menghantar karya bertajuk Rima Pawana. Seperti tahun-tahun sebelumnya, lagi sekali aku kalah dalam pertempuran CKOM. Tidak terkejut, kerana ramai lagi pelukis komik yang berbakat di Malaysia ini. Malah, aku sedar diri tahap lukisan aku, memang rendah berbanding mereka.
Cuma kali ini, kekalahan ku dirasakan benar-benar menjatuhkan aku. Untuk dua atau tiga hari, aku menjadi lesu. Aku masak, tetapi sambil lewa. Aku makan, tetapi tak kenyang. Aku duduk termenung banyak. Aku tak mahu sebenarnya taip sesuatu yang negatif di sini. Aku tak mahu cucu ku nanti terjumpa blog ini dan tahu bahawa nenek mereka lemah. Percayalah cucu-cucuku. Nenek kuat. Lemah nenek cuma sekali sekala seperti angin yang berlalu pergi saja.
Kenapa aku tak boleh menerima kekalahan seperti tahun-tahun sebelum ini? Padahal dah banyak kali kalah, tak pernah kisah pun. Ini kerana, Rima Pawana adalah komik pertama aku setelah aku keluar dari bidang storyboard.
Komik pertama setelah keluar dari storyboard! Umpama bahan eksperimen ku sama ada bidang komik adalah untuk aku atau bukan.
Aku telah memilih jalan hidup, untuk komik. Telah ku tinggalkan dunia storyboard yang mampu menjanjikan wang ringgit untuk ku. Aku pilih dunia komik yang langsung tak menjanjikan masa depan cerah. Bodoh? Cinta sejati memang bodoh.
Dengan storyboard, aku mampu dapat duit sehingga boleh travel sini sana. Dengan komik, aku tak dapat apa. Malah tahap aku sebagai pelukis komik juga, belum lagi diiktiraf. Hanya pelukis komik media sosial saja. Tanya la sesiapa pun, pasti mereka kata pilih storyboard adalah lebih baik. Jadi wahai Amna, kenapa kau pilih komik???
Sewaktu masih bekerja sebagai storyboard artist, komik-komik ku terabai kerana tak cukup masa. Oleh itu, setelah tamat bekerja sebagai storyboard artist di KRU, aku pilih untuk hentikan saja bidang storyboard. Fokus kepada komik. Namun, setelah kekalahan ini, aku bagai tersedar. Tersedar di manakah tahap aku dalam dunia komik. Tersedar bidang komik tidak menjanjikan aku apa-apa. Tersedar semuanyalah.
Tiba-tiba.. Aku mendapat perkhabaran ada tempat memerlukan storyboard artist. Bayaran dijanjikan jauh lebih lumayan dari tempat kerja lamaku. Aku mula memikirkan untuk selamat tinggal komik, dan hai duit. Namun, tak semudah tu. Aku belum berputus asa dengan komik.
Oh Tuhan.. Tunjukkan aku jalan. Patutkah aku teruskan dalam bidang komik walau tahap aku dalam komik amat rendah?
'Rima Pawana'
Acrylic on canvas
2018
***
Kata seorang rakan pelukis komik kepada ku, "Komik Cari Ganti tu, nasib baik Oz yang lukis".
Cari Ganti, sebuah komik hasil penulisanku tetapi dilukis oleh Oz Ishak.
***
Mentor ku, Aman Wan, beri respon yang positif terhadap komik Rima Pawana. Sekurang kurangnya, walau kalah, masih ada insan yang melihat kebaikan dalam
Karya ini.
***
Storyboard menjanjikan duit. Berpijaklah di bumi nyata. Kau perlu duit.
***
Aku suka komik. Tapi hidup di Malaysia ni, duit amat diperlukan.
***
Entah apa kesudahan yang akan terjadi.
menarik nyaaa
ReplyDeleteApa pun yang Amna pilih, jangan mudah putus asa. Tapi betul, zaman sekarang perlukan duit. Tapi betul jugak, kalau Amna teruskan buat komik, Amna akan makin improve, sampai satu masa orang akan acknowledge both your stroke and storyline.. Amna bukan tak boleh melukis cuma sambutan bergantung kepada pembaca. Orang yang betul2 hargai strok Amna tak ramai. Lee suka jek strok Amna, unik cuma kena usaha lagi sampai ke ada x- and wow factor..! Teruskan usaha..Amna boleh..!!! ^^
ReplyDelete