Thursday, April 6, 2017

Negatif

Aku betul-betul ada masalah dengan mereka yang tergolong dari golongan negatif ni.

Tak dinafikan, aku juga selalu lalui saat-saat di mana aku negatif, rasa tak bersemangat, menyalahkan diri sendiri. Tapi, kena lah reti bangkit sendiri. Percayalah, kalau bukan kita sendiri yang ada kesedaran untuk bangkit tu, tak ada sesiapa boleh bantu kita. Tak ada siapa melainkan diri sendiri.

Entah kenapa, ramai pula kawan atau kenalan (bukan semua) sekeliling ku yang Tuhan hantar, yang negatif-negatif orangnya. Ya Tuhan, adakah ini satu bentuk ujian untukku? Penat tahu, berhadapan dengan manusia negatif. Susah payah kita cuba naikkan semangat dia, dia teruskan dengan mengeluh kisah malang hidup dia sehingga tak lama kemudian, negatif dia berjangkit ke aku.

Yang mengeluh tak ada siapa suka aku. Padahal diri dia tu sendiri yang tak suka semua orang sekelilingnya. Kau tak suka orang, kau introvert. Kau ingat orang akan suka kau kembali?

Yang mengeluh aku ni tak cantik, tak pandai, kerja biasa-biasa, sebab tu orang tak mahu kawan dengan aku. Hei!! Orang jauhkan diri dari kau, sebab kau negatif, jangan guna alasan tak cantik tak pandai dan sebagainya tu.

Yang mengeluh atas sesuatu yang menimpa dirinya. Contoh, kehilangan sebelah tangan atau kaki, atau ditimpa penyakit. Aku simpati. Tapi tahukah kau, ada orang lain ketika ini baru kehilangan ibu atau bapa.

Yang mengeluh aku tak ramai kawan, bukan macam kau. Tapi bila aku ajak pergi event event besar untuk berkenalan dengan lebih ramai orang, dia tolak pula atas alasan segan.

Yang kata kau senang lah cakap, kau tak berada di tempat aku, lalu menceritakan semua kisah malangnya. Sayangku, kau juga tidak berada di tempatku. Mana kau tahu kau lebih malang?

Yang mengeluh aku tak berguna, aku menyusahkan orang. Erm... Lantak kau la.






Secara keseluruhannya, mereka yang negatif ini selalu mengeluh atas nasib malang yang menimpa mereka. Seolah-olah, merekalah yang paling malang dalam dunia ni.

Aku pernah terbaca, ada seseorang menulis, orang-orang berjaya ada satu persamaan. Mereka mengelak dari bercampur dengan orang negatif.

Aku mula berniat untuk jauhkan diri dengan mereka yang negatif ni. Cuma mungkin seorang dua yang aku tetap sayang, aku tak mampu jauhkan diri. Tapi sabar aku ada batas juga. Sekarang cuma mampu berdoa agar mereka berubah menjadi positif, atau Tuhan tolong panjangkan tahap kesabaranku.

*post ini tidak ditujukan pada seseorang, sebaliknya, semua orang yang ada perangai sebegini, termasuk aku. Harap maklum.

6 comments:

  1. betul tu. I was in my mid-thirties baru realised benda2 ni.

    Ada satu trick, but myself pun belum kuasai benda ni. Buat muka pokerface masa tengah deal with the negatives.But then life is short, tenaga pun terbatas, the efficient way is indeed to avoid.

    http://tinybuddha.com/blog/how-to-deal-with-negative-people-or-difficult-people/

    ReplyDelete
  2. Bila bergaul dgn orang jenis negatif ni lama-lama nanti kita yang berjangkit, turut jadi negatif macam diorang so that's why kena elakkan diorang.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas peringatan ini amna. Saya akan berusaha untuk jadi lebih positif.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas nasihat ini amna. Saya akan turut berusaha untuk menjadi lebih positif.

    ReplyDelete
  5. https://www.youtube.com/watch?v=yuOQsoIpHxY

    ReplyDelete
  6. Kadang2 tu jenis yang negetif ni rajin pula nak tarik kita sama jadi negetif macam dia. Bila kita kata boleh (positif), kemudian mulalah dia keluarkan semua hujah2 negetif dia. Jenuh, jenuh.

    ReplyDelete