Tuesday, May 17, 2016

Pendar Ratna 1 Tahun



Pejam celik pejam celik, usia Pendar Ratna kini mencecah satu tahun. Usianya dikira sejak hari ia mula dipamerkan untuk tatapan awam, iaitu 17 Mei 2015. Wah, setahun berlalu dan pada ketika post ini ditaip, Pendar Ratna memiliki 7 episod, dan episod 8 sedang dalam proses. Malah, setahun yang lepas, pada tarikh ini, Pendar Ratna mula diperkenalkan di blog ini. Baca di sini untuk post setahun yang lepas.

Respon para editor untuk one shot Pendar Ratna satu ketika dahulu

Sepanjang setahun bersama Pendar Ratna, pelbagai perkara telah aku lalui dan pelajari. Rasa bagai masih baru bersama Pendar Ratna. Tapi apabila ku kenang kembali apa yang telah ku lalui, baru aku sedar... Ya, pelbagai perkara telah terjadi. Ramai orang aku kenal sepanjang perjalanan yang singkat ini. Skill menulis komik ku, semakin meningkat. Tapi skill melukis masih di takuk yang sama. Aku kecewa untuk itu.

Pendar Ratna bersama 5 lagi komik yang terpilih untuk disirikan pada ketika itu.

Antara respon dari pembaca semasa one shot Pendar Ratna

Dua komik muncul pada ulang tahun pertama Pendar Ratna

Baru-baru ini, aku muncul dengan dua komik baru, iaitu Cari Ganti dan Mekar Melati. Dalam kedua-dua komik ini, aku hanyalah sebagai penulis. Namun, kemunculan dua komik ini, adalah pada bulan Mei. Bulan di mana Pendar Ratna genab usia setahun. Mungkin bagi anda, ianya bukanlah fakta yang penting. Tapi bagiku, ianya buat satu perasaan luar biasa muncul di hati ku. Wah.. selepas setahun kemunculan Pendar Ratna, ini yang aku bawa? Susah hendak gambarkan apa perasaan ini. InsyaAllah dalam post akan datang, aku akan ceritakan mengenai Cari Ganti dan Mekar Melati. Kali ini aku cerita mengenai Pendar Ratna dahulu.

Pengalaman pahit bersama Pendar Ratna

Sepanjang menghasilkan Pendar Ratna, tidak dinafikan aku miliki juga pengalaman pahit. Antaranya ialah, pernah sekali dua aku terima kritikan dari pembaca yang berbunyi begini: "Saya tengok lukisan buruk, tapi bila baca, rupanya best!" Aduh, siapa faham apa rasa yang patut aku rasai mendengar kritikan begini? Separuh dari aku rasa patut sedih, separuh lagi rasa patut gembira.

Ada juga pendapat pembaca yang berbunyi begini: "Kena lukis style manga, baru orang berminat.." Untuk kritikan begini, walaupun aku tidak sedih, tapi aku tak mampu buat apa-apa. Bukannya aku benci style manga, bukan. Aku minat baca manga. Cuma aku memiliki sebab-sebab tersendiri yang membuatkan aku tidak melukis style manga. Apakah sebabnya? Panjang untuk terangkan. Malah jika terangkan pun, aku tak rasa semua orang faham. Sebab pandangan ini lebih kepada sudut pandangan seseorang yang pernah belajar art history. Bukan niat untuk berlagak atau merendahkan style manga. Ianya cuma pandangan peribadi. Jika berminat untuk tahu, sila PM fb aku secara personal.

Ada kalanya, aku hilang keyakinan terhadap Pendar Ratna. Rasa seperti untuk apa lagi aku sambung cerita ini? Apa pun, terima kasih kepada editor-editor yang terus menerus memberikan sokongan, semangat aku naik semula.

Pendar Ratna pernah bertukar banyak editor. Kini, Pendar Ratna berdiri sendiri tanpa editor. Namun buat masa ini, aku menganggap Putra Nubhan (salah seorang editor Sucomi) sebagai editor Pendar Ratna. Beliau banyak memberi bimbingan walaupun beliau bukan editor untuk Pendar Ratna. Setiap kali pertukaran editor itu berlaku, sebenarnya aku sedih. Tapi aku menerima hakikat bahawa aku adalah penulis dan pelukis Pendar Ratna. Bukan orang lain. Sesusah apa yang aku lalui, walau keseorangan, Pendar Ratna aku yang punya. Aku harus telan segala pahit manis yang datang kerana Pendar Ratna. Telan segala pahit manis? Wah ayat... Macam lah susah sangat melukis komik ya? Hmm.. sebenarnya banyak kesulitan yang aku terpaksa tempuhi demi Pendar Ratna. Ya, pembaca tak tahu. Kerana inilah aku sayang lebih Pendar Ratna berbanding komik aku yang lain. Kesulitan yang telah aku tempuhi demi Pendar Ratna, cuma aku yang tahu.


Pengalaman manis besama Pendar Ratna

Selain pengalaman pahit, aku turut miliki banyak pengalaman manis. Pengalaman paling manis adalah, pernah satu ketika semangat aku jatuh, lalu aku buat keputusan untuk beri Prof baca Pendar Ratna. Prof adalah seorang yang penting dalam perihal komik aku. Kerana beliaulah aku terjun ke bidang komik. Respon yang aku terima dari Prof, memang buat hati aku berbunga bunga. Prof terus beri nombor telefon seorang editor sebuah syarikat penerbitan, malah Prof siap pesan, kata padanya bahawa Prof yang beri nombor ini. Walaupun kesudahannya aku tak mampu untuk buat editor tersebut suka Pendar Ratna, tapi, cukuplah Prof suka. Aku bahagia. Terasa aku umpama manikam, Prof adalah jauhari. Hanya jauhari mengenal manikam. Amboi ayat!!! Haha.. Maafkan angan-angan ku.

Seterusnya, aku menerima respon dari Aman Wan. Yang ini sungguh aku tak jangka. Berbeza dengan Prof, memang aku secara peribadi menghantar emel kepada Prof. Normal lah Prof akan baca. Tapi Aman Wan, aku tak hantar apa-apa pun, tapi Aman baca!!! Aman Wan seorang yang penting bagi aku selepas Prof. Perkenalan dengan Aman beberapa tahun yang lepas, (selepas aku kenal Prof) membuat aku tanam satu azam. Azam yang aku tanam pada ketika itu, kini jadi kenyataan! Maka aku rasa perkenalan aku dengan Aman itu sesuatu yang luar biasa. Jika aku tidak berkenlan dengan beliau, adakah aku akan tanam azam tersebut? Adakah aku berada di sini sekarang? Tahu tak apa azam yang aku tanam ketika berkenalan dengan Aman dulu? Azam aku, 'Aku akan jadi pelukis komik pada usia 24 tahun'. Ya, ianya telah jadi kenyataan. Berbalik kepada cerita respon Aman mengenai Pendar Ratna, jujurnya aku sudah lupa bagaimana ayat dari beliau. Tapi yang aku ingat, betapa aku gembira!!! Serius?? Aku ikuti perkembangan Aman selama ni, rupanya Aman pun ikuti perkembangan aku?! Wow!!!

Sepanjang penghasilan Pendar Ratna, aku terima banyak respon dari pembaca yang berbunyi begini: "Saya tak pernah suka budaya-budaya ni. Bila baca komik ni, saya jadi suka!"
"Saya tak tahu pula kisah pasal muzium boleh jadi menarik!"
"Best rupanya budaya-budaya ni!"
Tahu tak apa perasaan yang aku rasa apabila mendapat respon sebegini? Rasa seperti aku telah berbakti kepada masyarakat untuk sukakan budaya kita. Rasa seperti, akhirnya aku buat sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Aku berharap sangat agar Pendar Ratna terus memberi kebaikan kepada para pembaca. Doakan ya.

Pendar Ratna di Sucomi



Pendar Ratna episod 8

Kebiasaannya, paling lama aku tak update episod terbaru Pendar Ratna adalah sebulan. Tapi untuk episod 8 ini, aku telah dua bulan lewat. Sebenarnya sebab aku pergi duduk di Sarawak selama 3 minggu. 3 minggu aku bercuti dari menghasilkan komik. Selepas pulang dari Sarawak, aku perlu selesaikan beberapa perkara sebelum mulakan episod 8. Episod 8 kini dalam proses. Maafkan aku kerana lambat. Maklumlah, aku manusia normal yang punyai komitmen lain. Namun tak sanggup aku tinggalkan Pendar Ratna. Jangan risau.


Pendar Ratna 1 tahun

Sempena usia Pendar Ratna cecah setahun ini, aku tidak meraikan apa-apa pun. Aku sedar aku masih baru, masih banyak perlu dipelajari. Hanya post ini sahaja aku taip sebagai memperingati Pendar Ratna ku. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diriku. Sebahagian dari catatan perjalanan hidupku yang bukan sesiapa ini. Namun, jika ada diantara anda yang baca post ini sehingga tamat, terima kasih. Aku benar-benar terharu. Tolong teruskan menyokong Pendar Ratna ya?

Sekian..


14 comments:

  1. Tahniah Kak Amna! Sememangnya sudah banyak pasal budaya akak telah berjaya ketengahkan dan highlightkan dalam Pendar Ratna! Sampaikan saya dahulu yang buta budaya pun jadi sangat interested dengannya. :D

    ReplyDelete
  2. woot woot!! Tahniah sebab masih teruskan!! :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Tolong doakan saya masih bersemangat untuk teruskan.

      Delete
  3. Tahniah untuk setahun!
    Naik turun dalam performance itu perkara biasa.
    Bila kena kritik, tambahan pula datang dari orang yang tak tahu apa tapi buat-buat pakar, itu lagi tak best.
    Tapi perkara-perkara inilah yang akan buatkan kita semua semakinn matang.
    So, don't ever give up, Amna.

    Ingat kepompong dan rama-rama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cero. Baik, akan sentiasa ingat. Kalau saya lupa, tolong ingatkan kembali.

      Delete
  4. Tahniah Amna!!!...
    Slmt ulang tahun pertama Penda Ratna, intan & e.selamat....
    kami (saya & kawan seopis) suka komik gaya amna yg sentiasa menyelitkan unsur melayu & budaya malaysia..comel & berperinsip.
    hari2 ternanti2 cerita seterusnya...
    Mg Amna terus berusaha & cemerlang selalu...

    leb u Miaow...






    ReplyDelete
  5. wooo dah 1 tahun. teruskan usaha amna huhu.
    thorbaik la. kalo dah ada buku komik bitau la. nk bli nanti~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa.. Dah satu tahun, tapi baru je 7 episod. hehe..

      Delete
  6. Hahh?? Ada orang cakap lukisan amna buruk?? Wutttt... mengarut betul sih orang itu >:(

    Congrats Amna dah 1 tahun dengan Pendar Ratna, plus dan ada banyak episodes! So ohsem lah you~ X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. segelintir je. Biasanya datang dari diorang yang suka style manga.

      Terima kasih~~~

      Delete
  7. I tunggu je bila nak mention nama i, rupanya sampai habis post tak ada. Hampa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong la banyak lagi. Nanti amna mention la. ahhahaa...

      Delete