Friday, April 8, 2016

Gadis Misteri 6 tahun

Blog kesayangan hamba, telah cecah usia 6 tahun pada 4 April yang lalu. Bagaimana aku boleh lupa tarikh lahir dia? Aduh, jika dia punya perasaan, dia tentu dah merajuk ni.

Sungguh, aku amat menyayangi blog ini. Usia sudah 6 tahun, follower tak ada la cecah ribu-ribu pun. Tapi aku tetap sayang dia. Aku tulis blog adalah sebagai jurnal catatan perjalanan ku. Oleh sebab itu aku tak pernah peduli follower berapa ramai. Namun, aku sedar aku mempunyai beberapa pembaca setia. Terima kasih untuk itu. Aku hargainya. Selalu juga terjadi, aku tidak membalas komen-komen pembaca aku. Aku rasa bersalah untuk itu. Maafkan aku. Aku akan cuba balas setiap komen selepas ini.

Disebabkan isi kandungan blog ini adalah jurnal aku, ianya bosan. Sekadar apa yang aku lalui, apa yang aku pelajari, apa yang aku nampak, rasa dan sebagainya. Jadi aku faham lah jika tak ramai pembaca. Tapi, sungguh, jutaan terima kasih kepada yang tetap menjadi pembaca sejak dahulu.

Isi kandungan blog ini, boleh dikatakan, 100% jujur dari hati aku. (Melainkan jika post-post yang melawak) Sini adalah tempat aku tulis segalanya secara jujur. Jadi andaikata aku pergi tinggalkan dunia satu hari nanti, andai ketika itu nama aku naik setaraf dengan P Ramlee, maka blog ini boleh dijadikan sebagai rujukan sejarah hidup Amna Shark. Tapi itu kalaulah nama aku naik setaraf P Ramlee. Jika tidak, biarlah blog ini lenyap begitu sahaja.

6 tahun aku setia menulis di sini. Akan terus cuba untuk setia selagi diizinkan Tuhan. Terima kasih semua pembaca.



Lukisan ini dilukis pada 4 April. Bagaimana ketika aku tulis tarikh pada lukisan tersebut, aku boleh lupa tarikh lahir blog ini? Argh... Rasa bersalah pada blog. Oh ya, lukisan di atas adalah avatar aku dan rakan-rakan blogger yang lain. Salah satu kebahagiaan dalam berblog adalah, aku dapat mengenali mereka. 



7 comments:

  1. Selamat 6 tahun! *balik konfetti*
    Awal-awal dulu kejar jugak followers, tapi sekarang sbb dah tau scene blogging makin slow, so tak kejar sangat dah. Hahahah
    Teruskan menulis di sini.
    Macam aku, walaupun seorang yg masih membaca blog aku, aku tetap akan menulis. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Cero.. kalau tinggal seorang je yang masih baca tu, tu mesti saya kan? Hehehehe...

      Delete