Friday, April 8, 2016

Di bawah cendawan


Conteng-conteng tak sampai 1 minit tadi. Maka, abaikan kesalahan proportion, tiada quality of line dan sebagainya. Nama pun conteng-conteng saja kan.

Dua atau tiga hari ni, fikiran aku penuh dengan pelbagai perkara. Bukan masalah. cuma perkara remeh. Macam-macam perkara remeh difikirkan sehingga hati ni rasa berat semacam. Terasa perlu cari teman berbual. Tapi kawan-kawan aku masing-masing ada masalah sendiri. Jadi, apa lah sangat dengan hal-hal remeh aku ini kan? Akhirnya aku pilih untuk tidak bercerita. Ya, sebab cuma hal remeh. Cuma hal remeh Amna oi. Jangan fikir banyak sangat.

Kau adalah Amna Shark ! Tarik nafas, hembus. Alhamdulillah, masih hidup. Hidup ini umpama bermain Chess. Jangan terburu-buru sayang. Tidak apa lambat. Atur strategi betul-betul. Aku percaya kau ! Aku sayang kau. Buat yang terbaik.

Nasihat dari aku untuk aku. Haha.. Kelakar juga kau ni Amna. Tahu pun, pemberi nasihat yang terbaik adalah diri sendiri. Bukan?


10 comments:

  1. Kamu adalah shark. Kamu kuat seperti shark. Cenonetnyer siap bole berteduh bwh cendawan

    ReplyDelete
  2. amna...sometimes we can be a very good listener to others but none can be a good listener as we are to the others. Sometimes, to relieve our heart from the biggest problem is by crying. Maybe it can make you feel better and suddenly your smile is the prettiest ever in this world. ^^

    ReplyDelete
  3. Amna shark fighting ! Kadang kadang guna jalan bawah lagi banyak benda yg kita boleh blajar, Walaupun lambat sampai. *apakaitandenganjalanerggghhh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul, ada sedikit kaitan dengan 'jalan'.

      Delete
  4. Hmm.. aku pernah rasa macam ni, bile cinta tak dibalas.. :(

    ReplyDelete
  5. Semua orang ada cerita sendiri, ada naik turun sendiri.
    Sekali sekala boleh diselesaikan sendiri, sekali sekala apa salahnya cari pendengar yang lain. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. bila nak cari pendengar, carilah Cero~~ Hehe... nasib baik saya tak kacau cero hari-hari. Kan?

      Delete