Thursday, November 12, 2015

Setia kah?

Siapa masih ingat entri blog aku mengenai kesetiaan aku terhadap phone ku? Boleh baca di sini jika mahu.

Jika entri dulu berkaitan phone, kali ini mengenai dompet pula. Dompet yang aku guna sekarang ni, telah ku guna sejak tahun 2006 lagi. Aku Tingkatan 4 ketika itu. Ya, sejak aku tingkatan 4 ! Berapa tahun sudah lamanya itu? 9 tahun!!! Kenapa aku tak beli dompet baru sepanjang 9 tahun ini? Aku juga tak tahu. Aku tak pernah terfikir langsung kenapa.


Nak dijadikan cerita, Kelmarin aku jalan-jalan di shopping mall bersama teman-teman karib, mata ku terpandang kepada satu dompet. Bukan dompet branded pun. Tak ada lah cantik pun. Tapi warnanya, membuat aku rasa seolah-olah dompet tersebut tercipta hanya untukku. Jika jiwa aku berwarna, aku percaya itulah warnanya. Kuning merah.

Aku ragu-ragu nak beli atau tidak, lalu rakan ku berkata :"Belilah.. Bila lagi nak tukar dompet?" Saat itulah, buat pertama kali dalam 9 tahun ni, aku baru sedar yang aku tak pernah tukar dompet! Maka, terus ku bawa pulang dompet tersebut. (selepas membuat bayaranlah)


Setibanya di rumah, apabila aku mahu mengalih duit, kad pengenalan dan lain-lain barangan dari dompet lama ke dompet baru, hasrat ku terhenti. Aku fikir beberapa kali, aku sudah terlalu selesa dengan yang lama. Kenapa perlu tukar yang baru? Jadi, sehingga kini, (saat post ini ditaip) aku masih belum beralih ke dompet baru itu.


Baiklah, ceritanya di sini, rupanya bukan phone sahaja yang aku pakai lama-lama. Dompet juga. Tak tahu lah jika ada barangan lain yang aku pakai bertahun-tahun begini juga.

Apakah faktor utama yang menyebabkan aku susah untuk tukar kepada sesuatu yang baru? Mula-mula aku fikir, "Oh, aku ni tentu seorang yang setia. Sedangkan dengan barang aku boleh setia. Apatah lagi dengan orang. Eh, ke situ pula.."

Tapi, selain faktor 'kesetiaan', kemungkinan besar, ianya faktor 'tak selesa dengan perubahan'. Bila difikirkan kembali, Saat aku hampir tamat sekolah menengah, aku rasa terlalu sayang nak tinggalkan sekolah. Kemudian, saat nak tamat universiti, aku sangat sayang nak tamatkan universiti. Aku jenis yang jika aku sudah selesa dengan sesuatu keadaan, aku tak nak perubahan. Ini bukanlah satu sifat yang baik untuk aku banggakan pun. Perubahan itu perlu jika mahu berjaya. Bukan?

Ya nampaknya ini bukan faktor kesetiaan. Ini mengenai aku yang tak suka perubahan. Jadi andai sesiapa berniat nak masuk dalam hidup aku, jangan pernah berniat untuk ubah aku. Hahahahahahahahahahaha... Amboi gelak besar.


10 comments:

  1. samalah dompet dah 7 tahun tak tukar.

    ReplyDelete
  2. Dompet aku tak laa lama, tapi aku faham perasaan taknakkan perubahan tu.
    Masa nak bertukar dompet kepada yg lebih baru, macam2 benda merungut.
    Kad tak muat laa, duit tak tertutup laa, tebal laa,
    tapi sebabkan dompet lama macam dah purba sangat, siap busuk bau peluh lagi (sebab selalu letak dalam poket belakang seluar) so walaupun banyak rungutan tetap bertukar jugak.
    Last2 okey je sebenarnya bila bertukar...hahahha

    (komen panjang macam entri. Maafkan saya...)

    ReplyDelete
  3. Ambuiii dia gelak besar.. hahahahha...
    Saya setia pada brand. Sebagai contoh, kalau saya suka sesuatu Brand tu, saya akan guna brand yang sama. Contohnya, saya masih setia dengan pensil berjenama Zebra, pen Pilot dan tablet Wacom. brand jer laaa... dia punya model saya dah byk kali tukar.. wkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoih sama la aku pun, aku tetap suka pada Sony, brand lain aku tak selesa langsung ;3

      Delete
  4. hiks. sana lah. saya pun jenis setia dengan benda, kalau guna satu barang tu, biar sampai lusuh habis tak dapat pakai lagi baru plan tukar baru. tu pun mau plan ambil masa yang lama. haha

    ReplyDelete
  5. Beberapa bulan yang lepas baru tukar dompet baru juga, yang lama dibiar jadi tukun mengumpul habuk... huhuh

    ReplyDelete
  6. BV pun kalau dh selesa dgn suatu benda, taknak perubahan. tapi perubahan itu perlu T^T

    dulu takpakai purse, sekrang baru ada XD

    ReplyDelete
  7. oooo ni pelukis ratna2 tu oo ok...

    ReplyDelete
  8. wah dasyat betul 9 tahun. Memang xlakulah bisnes org buat dompet kalau ramai org seperti amna ;)

    ReplyDelete
  9. selama ni Aqu tak pernah perasan yang Aqu tak sukakan perubahan... Wowowow

    ReplyDelete