Wednesday, December 31, 2014

Gadis Misteri di Sarawak (Bahagian 4: Hello Kuching)

Ini cerita lama. Baru ada kesempatan bercerita. Selepas aku meninggalkan Mukah, aku tidak terus pulang ke semenanjung. Sebaliknya, aku singgah berjalan-jalan di Kuching dahulu. Yalah, alang-alang sampai Sarawak, haruslah singgah Kuching. Sampai saja di Kuching, sepupu ku Dijah, yang merupakan pelajar di Kuching datang mengambilku. Singgah makan sekejap, selepas itu dia terus membawa ku ke Sarawak Cultural Village. 

Sarawak Cultural Village adalah tempat paling menarik yang aku pernah sampai di Kuching. Dijah dan rakannya dapat masuk ke situ dengan harga student. Aku masuk situ dengan harga normal. Sepatutnya, aku kena datang sewaktu masih student dulu. Hehe..

Sarawak Cultural Village memang menarik. Rumah-rumah, pakaian, dan tarian pelbagai suku kaum di Sarawak dapat dilihat di sini.

Passport ke Sarawak Cultural Village





Berpeluang menggayakan pakaian Bidayuh.

Pada hari kedua aku di Kuching, aku berjalan pula ke Gua Angin, Gua Pari-pari, dan Muzium Kucing. Apa yang tak dijangka adalah, aku memandu kereta ke tempat-tempat berikut. Belum lagi mengenali Kuching, sudah berpeluang memandu di Kuching. Wow. Ini kerana sepupu ku ada hal yang tak dapat dielakkan. Maka dia meminjamkan keretanya padaku, dan rakannya menemani aku untuk menunjuk arah. Syukur ada yang menemani. Tak berani juga memandu sendiri di tempat baru.


Gua Angin.

Gua Pari-pari

Gua Pari-pari amat cantik. Cuma oleh kerana aku gayat, aku tidak dapat naik lebih tinggi.

Akhir sekali, Muzium Kucing. Tempat yang aku teringin pergi sejak kanak-kanak dahulu. 


Tamat sudah kisah aku di Kuching. Maka pulanglah aku ke rumah ku syurga ku, setelah 28 hari di Sarawak. Secara keseluruhannya, Sarawak memang terbaik lah. Mukah amat indah. Terasa tenang sepanjang duduk di Mukah. Mungkin aku akan menjejakkan kaki kembali ke Sarawak satu hari nanti. InsyaAllah...

Guli, budak yang kena tinggal 28 hari.


2 comments:

  1. BESTNYA SARAWAK!!!!
    Bila ntah aku nak sampai sana...
    KL pon tak habis jalan lagi...hehehe

    ReplyDelete
  2. btw,
    Selamat tahun baru 2015, Cik Gadis Misteri :)

    ReplyDelete