Sunday, February 17, 2013

Kenangan

Kenangan...


Makin lama kita hidup di atas muka Bumi ini, makin banyak kenangan-kenangan yang disimpan dalam memori kita. Hebat benar Allah SWT menciptakan manusia. Bagaimana otak kita boleh menyimpan begitu banyak memori? Malah, memori ketika aku berusia empat tahun juga masih ada dalam ingatan ini.


Hari terus berlalu. Umur semakin meningkat. Kenangan yang disimpan dalam diri ini juga bertambah. Setiap hari, tercipta kenangan-kenangan baru untuk hari esok. Jika kenangan itu boleh dikira, berapakan jumlah kenangan yang berada dalam diri aku?

Orang yang sudah tiada di sisi aku, dia akan terus berada dalam kenangan aku. Tertanya-tanya juga, adakah diri aku berada dalam kenangan dia, seperti dia berada di dalam kenangan aku?


Sebagai seorang yang beragama Islam, aku faham benar bahawa dunia ini bersifat sementara. Malah segala-galanya dalam dunia ini juga tak akan kekal. Tapi, bagaimana dengan kenanagan? Adakah kenangan juga merupakan sesuatu yang tidak kekal? Adakah satu hari nanti kenangan-kenangan ini akan terhapus? 

Jika kenangan ini masih terus berada dalam ingatan, ke manakan kenangan ini semua akan di bawa? Mungkinkah akan di bawa masuk kubur? Apakah kenangan itu penting sangat untuk terus disimpan? Tapi jika ingin membuang kenangan? Ada kah caranya?


Mungkin... hanya mungkin ya, bukan fakta. Mungkin kenangan ini tujuannya untuk kita mengingati bahawa kita sudah semakin tua. Makin kita tua, makin banyak kenangan ada bersama kita.

Mungkin juga, kenangan ini tujuannya supaya kita berubah ke arah yang legih baik. Ini kerana kita mempunyai kenangan mengenai hari semalam. Jadi, kita boleh berusaha untuk menjadi lebih baik untuk hari ini. Kenangan itu adalah untuk mengelakkan kita mengulangi kesalahan semalam.


Ajaibnya mengenai kenangan, walaupun sesuatu perkara itu telah lama berlalu, tetapi apabila kita mengenang kembali perkara tersebut, ianya masih sama. Walaupun ketika kita mengenangnya itu diri kita sudah tua, namun dalam kenangan, kita masih muda. Seperti dulu.


Apabila kita terkenangkan sesuatu perkara, adakah kita menyesali dengan sesuatu yang telah berlaku? Adakah kita berharap agar masa boleh diundur agar kita boleh membaiki semula perkara tersebut? Ataupun, kita terima saja apa yang telah terjadi dan percaya bahawa semua yang terjadi, ada hikmahnya?


Jika aku boleh melihat bagaimana keadaan dalam otak aku, mungkin aku terkejut kerana mendapati terlalu banyak kenangan, bersepah-sepah berada dalam otak aku. Atau, mungkin juga aku terkejut kerana masih ada banyak ruang untuk aku terus mengumpul dan menyimpan kenangan dalam otak ini. Munginkah begitu?

Aku bukan nak mempersoalkan mengenai adakah kenangan itu perlu disimpan atau tidak, atau apakah fungsi kenangan kepada kita... Aku sekadar, terkenang dan berterima kasih kepada Pencipta. Terima kasih juga kepada orang yang kekal dalam kenangan aku. Aku berharap agar aku juga berada dalam kenangan orang itu.


...kenangan akan terus bertambah. Tapi kenangan lama akan tetap kekal dalam ingatan...


No comments:

Post a Comment