Aku agak terharu. Selepas aku menyatakan kelemahan-kelemahan ku dalam post yang lepas, (baca di sini) aku menerima respon-respon yang positif. Ada beberapa orang yang mengatakan bahawa mereka juga mempunyai kelemahan yang sama. Ada juga yang tolong doakan aku dapat suami yang tak miliki kelemahan seperti aku. Terima kasih la ya, untuk doa macam tu. Terharu pula rasa. Lepas tu, ada juga yang kata kelemahan aku tu comel. Terima kasih... aku sendiri tak nampak semua tu comel pun.
Tapi, yang paling membuatkan aku gembira adalah, respon dari dua orang adikku.
Hahaha... rupanya mereka memiliki masalah susah ingat arah, sama seperti aku. Aku baru tahu sekerang! Kami sama rupanya. Sememangnya adik beradik!!!
haha perlu ke bagitau satu dunia?
ReplyDeletetake care betul ni
ReplyDeleteThis reminds me of the book called Why Men don't Listen, Why Girls can't read maps.
ReplyDelete