Tuesday, January 15, 2013

Perkara tentang aku yang orang tak tahu, bila orang tahu, tidak misteri lagi dah

Tu dia... Panjang benar tajuknya. Ya, aku mahu bercerita tentang aku. Sesuatu yang orang lain tak tahu. Walaupun bila aku ceritakannya akan membuatkan aku kelihatan lemah, tapi aku buat keputusan untuk cerita juga. Sebab tak tahu nak mengadu pada siapa lagi dah. 

Ada sesuatu tentang aku yang tak ramai orang tahu. Cuma kawan-kawan terdekat yang selalu keluar jalan-jalan dengan aku saja yang tahu mengenai ini. Sebenarnya aku, sebenarnya aku.... aku tak pandai nak lintas jalan. Takut.  Betul, tak tipu. Aku mula sedar akan kelemahan aku ini semasa tingkatan satu. Aku jalan kaki ke sekolah bersama kakak aku. Tapi, setiap kali kakak aku tiada, aku kena ke sekolah sendiri. Ketika itulah aku sedar bahawa aku takut nak lintas jalan.

Tapi, kelemahan seperti ini bukan masalah besar. Sebab aku dah tahu cara nak selesaikannya dengan bijak. Aku cuma perlu tunggu sehingga ada orang lain yang hendak melintas jalan, selepas itu aku cepat-cepat ikut di belakang orang itu. Lama kelamaan, aku dah boleh lintas jalan sendiri. Bijak-bijak... Eh, puji diri sendiri pula.



Setakat takut hendak melintas jalan tu, hal kecil je. Ada perkara lain lagi tentang aku yang orang lain semua tak tahu. Rasanya cuma Umi aku yang tahu. Apa dia tu? Begini, sebenarnya, aku ada masalah mabuk kereta.  Mabuk kereta? Aku sendiri sukar nak percaya. Macam mana boleh mabuk? Hairan sungguh.

Bila naik kereta, ada kalanya aku mabuk. Bila dah mabuk, aku duduk senyap-senyap. Kalau sesiapa nampak aku dah senyap dengan muka monyok dalam kereta tu, haa... dah mabuk lah tu. Kadang kala, aku muntah. Pernah sekali tu, bila aku muntah, Abah aku tanya pada Umi aku: "Aik? Orang lain yang demam, dia pula yang muntah?" Lalu Umi jawab: "Diakan mabuk kereta..." Jadi, tahulah aku bahawa Abah tak tahu aku ada masalah mabuk kereta. Aku tak pasti adik beradik aku tahu atau pun tidak mengenai aku mabuk kereta ni. Kalau kawan-kawan, memang tak ada sorang pun tahu. Tidak ada orang yang tahu kecuali Umi. Sebab masalah begini, orang tak nampak. Setiap kali mabuk, aku senyap. Jadi tiada siapa tahu. Umi tahu kerana Umi seorang Ibu. Seorang Ibu sememangnya tahu segala-galanya mengenai anaknya. Betul bukan?


Mabuk kereta? Ini mengingatkan aku pada seseorang lah... Siapa ya? Oh ya!!! Natsu dari Fairytail! Anda kenal Natsu dari anime Fairytail? Dia mabuk kenderaan. Muka kacak, tapi mabuk kenderaan. Sangat tak cool.


Selain dari mabuk kenderaan. Ada lagi perkara mengenai aku yang ramai orang tak tahu. Aku ni, susah hafal jalan, susah tahu arah. Err.. masalah macam ni, apa nama dia ya?

Contah yang paling ketara, apartment yang aku sewa sekarang ni sementara kerja. Aku pasti benar bahawa apartment ini sebelah stadium. Tapi hairan, mengapa dari tingkap bilik aku tak nampak stadium? Tingkap bilik aku berada dari arah mana apabila dilihat dari luar apartment? Depan? Belakang? Tepi? Sehingga kini aku belum dapat jawapan. Adakah penjelasan aku boleh difahami?

Contoh yang lain, pernah aku bersembang dengan housemate. "Tadi saya pergi 7e" Sambil tangan menunjuk ke arah kanan. Lalu housemate menjawab: "Owh, 7e sana?" Sambil tangan tunjuk ke arah kiri. Err... Itulah masalah aku. Sukar mengenalpasti arah. Ada ke orang lain yang memiliki masalah sama seperti ini? Tak pernah dengar pun.





Orang yang memiliki masalah sama begini, aku tak pernah jumpa. Tapi watak anime yang selalu sesat tu, aku tahulah. Ryoga dari anime Ranma 1/2, dan Roronoa Zoro dari anime One Piece. Anda kenal dengan mereka? Mereka memang selalu sesat dan tak tahu arah. Adakah aku berada dalam katogeri sama seperti mereka?


Takut melintas jalan, mabuk kenderaan, dan tak tahu arah. Apa lagi tentang aku  yang orang tak tahu dan tak sangka? Oh, baru baru ini, aku sedar satu lagi kelemahan yang aku miliki. Apa dia tu? Aku... err... bagaimana nak beritahu ya? Begini, sebenarnya aku, aku... err... aku... tak pandai bawa kereta!!!!

Tolong jangan ketawa, hampir setiap hari aku mennagis bila terkenangkan ini. Aku sudah datang kelas memandu lebih banyak daripada orang biasa. Tapi aku tetap begitu. Bila difikir-fikirkan semula, semua kelemahan yang aku nyatakan tadi, semuanya ada kaitan dengan jalan. Aku ada masalah dengan jalan la kot. Bawa kereta juga sesuatu yang mengenai jalan.

Aku tak suka betul bila terfikirkan ini.... Tidak pandai membawa kereta, maka aku sama seperti.... korang pun tahu bukan...



Sama seperti Spongebob Squarepants. Huh...


Itulah kisahnya... Aku tulis di sini bukanlah sebab nak beritahu semua orang bahawa aku tak pandai bawa kereta. Tapi aku pun tak tahu nak mengadu pada siapa. Tak ada orang boleh beri nasihat yang membantu. Aku cuma berharap, semoga sesiapa yang terbaca ni, tolong doakan aku dapat menerima ilmu memandu kereta dengan mudah. Aku sedang cuba. Bukannya aku tak cuba.

Ok lah... Itu saja. Jumpa lagi.



13 comments:

  1. amna, dba pun ade masalah arah tu..sebijik mcm yg amna explain ni.

    ReplyDelete
  2. Kawan2 tonah ckp dorang risau kat tonah sbb tonah xde sense of direction. Bnyk kali dh sesat kt sini smpai terpaksa call orang. Kita sama.

    ReplyDelete
  3. masalah lintas jalan, pernah juga alami camtu, sampai skrg. sb masa zmn oldskol dulu, selalu sgt mimpi lintas jalan yang lebar..seolah-olah kelebaran jln tu jauh sgt utk dlintas (bygkan lintasan highway), bila yakin nak melintas, sy kena langgar.. lpstu mimpi pun habis. berulang smpai 1 hari tu mg tergolek atas jln 2 hala. haizz fobia dgn jln. tp apa jd klo tiada jln.. =.="

    ReplyDelete
  4. xtau knape, tp post niey comel.. hee~~ oowh, my tablemate kim salam, blog lawa! ^^

    ReplyDelete
  5. tentang arah tu 45% sama. tp masih dlm kategori terkawal lg laa.. haha... nk ingat jln tu mmng susah. wlupun jln yg biasa lalu tp bila dh lama sket x lalu, lupa blik.
    padahal orng lain yg lalu sekali jln tu terus ingat.

    mari kita doakan amna dpt suami bleh bwk kereta, mudah ingt jln, dan tak mabuk kereta. haha

    ReplyDelete
  6. takut lintas jalan di namakan Agyrophobia.. hahahahha.. mungkin sebab tak boleh nak bajet dari mana kereta datang atau tak boleh nak agak berapa jauh jarak kereta..

    mabuk kereta - motion sickness sebab mata tak selaras dengan otak, dia jadi pening.. yang ini boleh di rawat.. kena ada terapi


    aaa... yang takut memandu tue.. err.. err.. NoCarDrivePhobia... kah kah kah.. nak tak nak kena beranikan juga.. koh koh koh

    ReplyDelete
  7. sebiji la kita kak cuma tang kereta tu tak sama la sebab saya pandai jugak bawak HAHA. cuma takut sikit nak bawak sebab takut kena sound, XD

    ReplyDelete
  8. hmmm ya i dulu pun stress gila masa mula2 belajar bawak keta, cuak campur kekok nak get the hang of driving.. after dah dpt lesen, slalu drive so dah jadi benda biasa, sense of direction pun lama2 jadi makin baik, psychomotor pun makin in sync... ganbatte ne ^^

    masa baru pindah masuk skolah menengah baru dulu pernah sesat dalam kawasan skolah, tak jumpa pagar nak kuar... 2 org junior nampak so dorang dpt agak i sesat jalan, so dorang terus bantu tunjukkkan arah gate.. LoL malu gila bila tingat balik XD

    ReplyDelete
  9. oh..
    ramai juga ada masalah lack of sense of direction rupanya!
    ingatkan aku sorang ada masalah ni!

    ReplyDelete
  10. lol, this entry is funny..
    Since you put an anime and cartoon character that have the same problem like you does, Zoro and Natsu lol xD
    Zoro are always adorable when he got lost, if you watch Tonari no Kaibutsu Kun, there is a character with that habits as well, his name is Kenji Yamaguchi.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete