Saturday, April 7, 2012

Tangan Punya Kerja


Tangan Punya Kerja adalah salah satu blog yang dah lama aku ikuti. Bagi yang belum kenal blog ini, biar aku perkenalkan. Blog ini, apa yang aku lihat, secara keseluruhannya ia mengenai kehidupan harian si pemilik blog, Faten Osman. Apa yang menariknya, kehidupannya digambarkan dalam bentuk lukisan dan kartun. Malah, cerita-ceritanya adakalanya dilebih-lebihkan dengan ekspresi muka watak yang berlebihan. Ini menimbulkan rasa geli hati. Cerita-ceritanya kebanyakannya tak berat pun. Santai saja bila membacanya. Namun, semua ini hanya pendapat peribadiku. Anda bolehlah lihat sendiri bagaimana blog tersebut dan menilainya sendiri.

Baru-baru ini, Tangan Punya Kerja menganjurkan satu giveaway. Akibat jatuh cinta pada hadiah yang ditawarkan, aku pun menyertailah. (Alamak, terjujur sangat pulak) Lagipun, sebab aku memang suka blog ni, apa salahnya sokong aktiviti yang dianjurkannya kan?

Jadi, bagi memenuhi tuntutan giveaway tersebut, aku akan menjawab soalan-soalan yang ditanya.

Soalan 1: Ceritakan bagaimana korang jumpa blog ini dan entry yang korang rasa paling best.


Oh.. aku jumpa blog ni dalam mimpi. Pada satu malam, aku bermimpi ada seorang lelaki tua berpakaian serba putih, datang kepadaku dan memesan agar aku follow blog Tangan Punya Kerja. Bila terjaga dari tidur, aku menerpa ke arah laptop ku dan follow blog tersebut. Haha, yelah.. aku tipu je. Mana ada mimpi macam ni. Aku tak ingat aku jumpa di mana, tapi yang pasti, aku terbaca dekat satu blog lain yang bercakap pasal blog ni. Kalau mengenai entry yang paling aku suka, aku tak tahulah. Selagi ada lukisan, selagi tu aku suka.


Soalan 2: Nyatakan apa yang korang suka dan tak suka tentang blog ini.

Semestinya, aku suka sebab lukisan-lukisan dan cara penceritaan. Lagi satu, aku memang suka latar kosong tak ada apa-apa tu. Nampak kemas. Kalau nak kata tak suka pula, tak adalah sangat. Bukan cakap macam ni sebab nak bodek taw. Cuma tak ada apa yang tak kena. Mungkin satu kekurangannya ialah, jarang update. (Atau aku je yang rasa dia jarang update?)


Soalan 3: Cadangkan apa-apa perubahan yang patut aku lakukan untuk tambah baik blog ini.

Aku cadangkan agar Faten Osman tidak mendengar cadangan orang lain. Hehe.. maaf, agak kasar ke bunyinya? Maksud aku, jadi je diri sendiri. Tak perlu ikut kata orang lain, buat apa yang sendiri suka di blog. Barulah blog akan nampak ciri-ciri diri sendiri. Betul tak?


Ok, itu saja dari ku. Anda semua yang nak sertai giveaway ini boleh klik sini. Harap aku dah menjawab persoalan-persoalan Faten Osman. Tekasar bahasa atau terkecilkan hati sesiapa, harap dimaafkan. Tiada niat. Apa lagi? Mari lah ramai-ramai sertai!


2 comments:

  1. haha. cadangan yang bagus amna - jangan ikut cadangan orang lain XD

    thanks ya join ^u^

    ReplyDelete