Monday, December 26, 2011

Hidupku yang sempurna

Ok, kenapa kena ada perkataan 'sempurna' dalam tajuk di atas? Nak mengingatkan diri aku agar bersyukur dengan hidup aku. Ada satu post aku sebelum ni, aku bercakap tentang impian aku. Ada baca tak?

Bila aku baca semula, aku terfikir.. Kita sebagai manusia, mengimpikan macam-macam. Benar, pasang impian itu tak salah. Tapi.. bagaimana pula dengan benda yang kita dah miliki? Kita selalu berangan untuk benda yang kita belum ada. Benda yang dah ada, tak terfikir untuk bersyukur. Bila difikir-fikirkan, hidup yang aku baru jalani 21 tahun ni, adalah hidup yang sempurna. Kalau diberi pilihan untuk hidup sebagai orang lain pun, aku taknak. Aku nak jadi aku je, dan aku nak hidup aku yang ini.

Nama aku Amna. Aku orang biasa-biasa saja. Bukan anak raja, bukan anak orang ternama. Hidup aku pun biasa saja. Bukan hidup seperti Puteri dalam kisah dongeng. Tapi bagi aku, hidup aku dah cukup sempurna. Tiada yang kurang. Alhamdulillah...

Hidup yang sempurna, datang dari keluarga yang sempurna. Betul tak? Alhamdulillah, aku ada keluarga yang paling best la kat atas muka Bumi ni. Tak nak keluarga yang lain.


Keluarga aku terdiri daripada tujuh orang. Kami lima beradik perempuan. Kalau dalam cerita rakyat Melayu, selalu ada cerita pasal puteri kayangan tujuh beradik kan? Jadi, ini kisah versi moden, kami lima beradik! Orang yang tak kenal kami akan cakap muka kami sama. Tapi kebenarannya adalah, kami semua terlalu berbeza dengan setiap orang ada perangai tersendiri.

Bagi aku, akulah yang paling berbeza dalam adik beradik aku. Dari segi sifat. Tapi entahlah.. Terpulang kepada yang menilai. Kami lima beradik dah membesar sama-sama, kami dah cukup faham satu sama lain. Aku sayang keluarga aku!!!

Ini kawan baik aku masa sekolah rendah, Nik Nurul Shahida:

Selepas dia pindah rumah semasa darjah lima, kami terputus hubungan. Senyap begitu saja. Aku tak henti-henti cari dia guna Myspace dan Facebook. Sehinggalah pada satu hari, dia yang jumpa aku di Facebook. Bila berjumpa semula, kami masing-masing dah 21 tahun. Rasa lama betul terpisah. Tapi syukur, dapat jumpa semula.

Ini pula Athirah:
Ini pun kawan baik aku. Kami kenal sejak sekolah rendah dan tak pernah putus hubungan sampai sekarang. Comel kan dia ni? Dia muda setahun dari aku. Kisah persahabatan kitorang sangat sweet, tapi malas la nak cerita. Nanti panjang sangat.


Ini Izzatie, kawan baik sekolah menengah:
Kitorang memang selalu sangat bergaduh. Tapi, kawan tetap kawan sehingga sekarang. Dan aku sedang rindu dia sangat-sangat sekarang ni. Dia ni cun kan? Sebab masing-masing sibuk, dah lama tak jumpa dia..

Ini Fathin:
Aku kenal Fathin semasa Diploma. Aku tak ingat macam mana kitorang boleh jadi kawan baik. Mungkin sebab serasi kot. Sedar-sedar, aku memang dah rapat dengan dia. Kami sama-sama Art and Design. Tapi dia Grafik, aku Fine Art.

Nik, Athirah, Izzatie dan Fathin. Keempat-empat mereka ada satu persamaan. Mereka anak sulung! Agaknya, aku jenis serasi dengan anak sulung kot. Hehe..

Ini adalah si Gemok, Bubu:
Sejak kematian Kembang kesayangan aku, aku kecewa yang amat. Tapi sekurang-kurangnya, aku masih memiliki Bubu. Sayang Bubu juga..



Buat masa ni, aku rapat dengan Aiman. Sekelas Fine Art. Tapi dia dari major sculpture. Ok, malas nak cerita apa-apa. Segan. Haha..

Gambar atas ni kelakar kan? Perlu ke ada tangan Nadia tolak aku tu? Haha..


Ini geng sekolah menengah:

Dari kiri: Aku, Shidah, Farahanie, Izzatie dan Arnitha. Sayang diorang semua!!!


Ini pula rakan sekelas:
Ini campur kelas Painting dan kelas Ceramic. Bila difikir-fikirkan semula, aku sebenarnya sedang berada dalam impian masa lampau aku. Masa lampau aku, dulu aku berangan untuk berada dalam kelompok orang yang pandai melukis. Sebab di sekolah dulu, tak ramai yang pandai melukis. Kini, bila aku berada dalam kelas Fine Art aku, sebenarnya, impian masa lampau aku telah tercapai, tapi aku tak sedar. Alhamdulillah.. satu impian aku tercapai, dan dalam usaha mengejar impian yang lain pula. InsyaAllah...

Sebelum berada dalam Fine Art, sinilah tempat ku:
SMK Puncak Alam. Tempat yang membentuk aku. Rindu Cikgu Junita. Cikgu Seni kesayangan aku dulu sehingga sekarang!

Maaf ya, post panjang-panjang. Tidak memaksa sesiapa membaca pun. Aku masih dengan seribu impian aku. Cuma aku tak nak tercicir apa yang telah aku miliki setakat ini. Hidup aku dah sempurna, aku mengejar impian bukan kerana hidup aku tak sempurna. Tetapi, kita perlu ada wawasan. Betul tak? Sebenarnya, ada ramai lagi orang aku nak sebut. Tapi nanti jadi terlalu panjang pula. Jadi, kepada kawan-kawan ku yang tak disebut, bukanlah bermakna aku lupa korang ya?

Masa depan dalam tangan~~~ (mood mengejar impian)

2 comments:

  1. Setiap orang biasa, adalah mereka yang tidak kami kenal. Karena setiap yang kami kenal, adalah orang yang luarbiasa...

    ‪#‎WelcomeToMyRealm‬

    ReplyDelete