(Cerita ini panjang dan bosan. Tak perlu baca)
SELASA YANG TRAGIS
6 DISEMBER 2011
Segalanya bermula pada hari Selasa baru-baru ni. Oh ya, ianya memang tragis! Betul!!! Tragis sekali! Tak percaya? Kisahnya begini.. Biasalah aku sebagai student Fine Art.. Sepanjang malam berjaga. Lagi-lagi sebab Khamis ni nak tunjuk sketches pada lecturer painting. Tapi, hari Selasa aku ada kelas pagi. Aku cukup risau takut tak bangun pagi. Maka, sebelum tidur, aku memang pasang alarm clock, dan pasang niat kuat di hati: "Esok aku harus bangan pagi!"
Alhamdulillah, pagi Selasa itu aku bangun awal! Syukur!! Pergi kelas dengan muka bangga sebab berjaya bangun pagi. Ok, kisah bertukar jadi tragis selepas itu. Disebabkan tak cukup tidur, Balik saja dari kelas pagi, aku tertidur sehingga terlepas kelas petang! Ya Allah!! Ruginya! Aku tak pernah lagi tinggal kelas petang. Ia seolah-olah satu bayaran! Bayaran berjaya pergi kelas pagi, ialah tak pergi kelas petang! Tragis bukan? Haha.. "Amna.. Amna.." Tu je lah aku mampu cakap.
RABU TANPA KELAS
7 DISEMBER 2011
Tiada kelas untuk hari Rabu. Bolehlah aku duduk membuat sketches untuk ditunjukkan pada hari Khamis. Hari yang berjalan lancar.
KHAMIS DI PUNCAK
8 DISEMBER 2011
Hari ini tiba juga.. Sketches yang dibuat selama seminggu ni, akan ditunjukkan hari ini. Tapi, kelas hari ini diadakan di Puncak Alam. Ini kerana studio lecturer kami, Ahmad Shukri Mohamed terletak di Puncak Alam. Oh ya, cerita kali ni sedih sekali. Nak tahu kenapa? Rumah aku juga terletak di Puncak Alam. Bayangkan perasaan aku ketika itu. Sudah berada terlalu hampir dengan rumah, tapi tak boleh pulang. Yelah, aku ke sana dengan bas UiTM. Tiada siapa boleh tolong hantar aku ke rumah aku kalau aku nak singgah sekejap sekalipun. Nak jalan kaki, jauh jugalah.
Sepanjang di studio lecturer kami, aku mengantuk saja. Semalam tak cukup tidur. Tapi sempat curi-curi tidur semasa rehat untuk solat Zohor. Akhirnya, tibalah waktu untuk aku tunjukkan sketches aku. Kali ni lain dari sebelum-sebelum ini. Kali ni, kami kelas painting bercampur dengan kelas Ceramic sekali. Pertama kali tunjuk artwork depan kawan-kawan ceramic. Tak sangka, aku ni ada sifat malu juga rupanya. Yelah, kalau depan kawan-kawan painting saja, aku dah tak reti malu dah. Kawan-kawan painting memang dah tahu baik buruk artwork aku. Baik buruk diri aku pun, aku rasa diorang tahu dah. Alhamdulillah. Lecturer seperti menerima saja sketches aku. Dia nampak setuju untuk aku teruskan projek seterusnya dengan sketches aku tu. Syukur. Berbaloi tak cukup tidur beberapa hari ni.
Tamat lah waktu untuk berada di Puncak Alam. Pulanglah kami semua ke UiTM Shah Alam. Aku rasa aku tahu kenapa lecturer aku jemput kami semua ke studionya. Dia macam nak dedahkan kami dengan kehidupan sebagai artist je. Baguslah. Aku pun ada niat nak jadi artist, Tapi kanvas bukanlah pilihan aku. Mungkin artist dalam medium lain. Entah. Tak perlu terangkan terperinci sangat di sini. Cuma tolong doakan aku mampu capainya. Ok?
Petang, ada kelas Time Based pula. Bayangkan, aku sudah penat... Tapi memandangkan group aku dah present minggu lepas, minggu ni aku lihat kumpulan lain present je. Kelas Time Based berakhir lambat. Hinggakan solat Maghrib di Fakulti. Aku tak rehat lagi hari ni.Penat.. Begitulah kisah Khamis ku yang panjang.
JUMAAT YANG TAK SERIUS
9 DISEMBER 2011
Kenapa aku kata Jumaat yang tak serius? Sebab aku memang tak pernah serius hari Jumaat. Subjek-subjek hari Jumaat ialah Communication, Entrepreneurship, dan Aesthetic. Ok, aku tak kata subjek-subjek ni tak patut untuk dipelajari. Cuma.. Subjek semester ini BANYAK laa! Semua orang mengadu benda yang sama. Kami terlalu sibuk dengan major dan minor. Ada pulak third language dan Time Based Media. Jadi, tiga subjek hari Jumaat ni menjadi beban la. Serius beban!
Kelas communication tiada hari ni. Lega sikit. Lepas tu kelas Entrepreneurship, aku saja tak datang atau aku sengaja tertidur? Entah.. Tapi yang pasti aku tak datang. Ini bukan contoh sifat student yang sepatutnya.. Tapi minta maaf. Aku dah capai limit aku. Aku memerlukan rehat dan kelas tersebut beban! Aku tak masuk art and design untuk belajar bisnes, ok?!!!
Kelas Aesthetic petang itu, aku datang. tetapi lewat. Yang ajaibnya, selepas aku datang, ada ramai lagi kawan-kawan yang lewat. Yang datang lewat lepas aku, kena pergi minta maaf depan kelas. Entah tuah apa yang menyelamatkan aku. Aku tak dipanggil ke depan. Yang datang lepas aku semua kena ke depan. Serius, ramainya yang lewat! Tapi ini membuktikan, yang kawan-kawan aku semuanya seperti aku. Kami dah tak larat dengan kelas hari Jumaat! Subjek sudah terlalu banyak! Aku yakin mereka pun letih dan terasa beban seperti aku. Aku yakin 100%!
Siapa yang sebenar-benarnya faham situasi kami melainkan kami sendiri? Lecturer-lecturer, atau sesiapa yang buat jadual waktu kami tu, aku yakin mereka tak faham situasi kami. Dan kami? Kepada siap nak mengadu? Orang lain tentu akan kata: "Lumrah belajar, begitulah.." Apa-apalah.. susah nak terangklan.
Pada malamnya, aku mengikuti rakan-rakan ku pergi aktiviti Kelab Bahasa Korea. Aktivitinya adalah tonton movie Korea. Boleh dapat kupon aktiviti kolej. Sebab tulah aku pergi. Aku ulang.. Aku pergi sebab nak kupon aktiviti kolej je. Hehe.. Tapi memang tak rugilah pergi. Dapat rehatkan minda. Yelah, tengok movie je. Movie pun cerita best sampai leleh-leleh air mata tengok. Lupa segala masalah belajar sekejap. Movie tu tajuk dia ' Harmony'. Bolehlah korang cuba tengok. Sedih.. Pasal perasaan seorang ibu. Jadi, inilah kisah Jumaat yang tak serius aku.
SABTU YANG TERHARU
10 DISEMBER 2011
Sebenarnya, pagi Sabtu, Umi cadang nak sarapan bersamaku kerana selepas itu Umi dan seluruh ahli keluargaku akan pergi bercuti TANPA AKU. Bukan apa, aku sibuk.. tak dapat sertai pula percutian keluarga begini. Malangnya, aku tak dapat bersarapan bersama mereka kerana aku ada teater dari pagi sampai petang.
Aku berfikir banyak kali juga. Patut kah aku memilih untuk pergi teater dan lepaskan peluang sarapan bersama keluarga? Aku tak sangka aku memilh teater. Rasa kejam pulak memilih teater daripada family. Tapi kalau bersarapan dengan keluarga pun, bukannya aku dapat ikut percutian mereka. Cuma satu sarapan je. Maka aku pilih untuk lepaskan sarapan dengan keluarga. Berat hati ni taw. Ini bukan keputusan mudah bagi seorang yang sayangkan family lebih dari segala-galanya seperti aku. (Ayat nak drama di situ)
Syukur.. Tak sia-sia juga untuk aku lepaskan teater. Belajar banyak benda hari ni. Dan yang paling penting, boleh buat diri lupa pada masalah Fine Art sekejap. Satu Hari berlalu dengan macam-macam perkara terjadi. Aku suka teater, itu semestinya.
Pulang saja dari teater, di bilik aku di kolej, ada pelbagai makanan sedap-sedap. Umi hantar! Memang Umi ada beritahu nak bagi makanan pada aku. Makanan-makanan tersebut memang sumpah sangat sedap lah kan. Masakan Umi pulak tu. Kek yang dibuat oleh adik aku pun ada. Aku makan dengan perasaan terharu yang amat. Suka, sedap, terharu, semua rasa ada. Walaupun tak dapat ikuti percutian bersama keluarga, Umi memang takkan lupa aku. Terharu taw!! Korang yang baca ni terharu tak? Ni lebih menyentuh hati daripada kasih sayang ibu dalam cerita 'Harmony' yang aku tonton semalam. Beginilah kisah Sabtu yang terharu... Agaknya, apalah kisah hari Ahad ku esok?
***
Ok, bagi anda-anda semua yang baca cerita panjang dan bosan aku ni, mesti ada yang fikir: "Apahal kau nak tulis diary kat blog pulak?" Haha.. Minta maaflah ya? Aku dah pesan awal-awal, cerita ni panjang dan bosan.. Aku memerlukan tempat untuk bercerita. Tu saja.. Terima Kasih bagi yang baca..
ehehe..lai bace sume skli smpi abess..
ReplyDeletemmg lgkap prjlanan hdup slme sminggu dtulis dsni aek..
yeah..mmg lumrah pljar cmtu kutt..lai p0m alaminyerr..
hihi.. Lai baca? malunyer... huhu...
ReplyDelete