Kami berbual rancak. Selepas itu, kelas kami semua bergegas pulang sebaik sahaja loceng dibunyikan.
Keesokan harinya, cikgu Bahasa Melayu kami marah kami. Sebabnya? Sebab kelas kami keluar kelas macam tu je tanpa ucap terima kasih cikgu.
Kalau sekarang aku teringat balik kisah ni, aku tak rasa apa.. Tapi pada ketika kejadian ini berlaku dulu, tahu tak apa aku rasa? Aku rasa macam aku yang bersalah dalam kes ni. Sebab? Sebab... kelas tak ucap terima kasih, sebab ketua kelas tak mulakan. Ketua kelas tak ucap terima kasih sebab sedang bersembang dengan aku. Jadi, aku lah yang salah. Hahaha... Itu pemikiran aku ketika itu. Kuatnya kuasa seorang perempuan, boleh buat satu kelas dimarah. Huhu..
No comments:
Post a Comment