19 June 2010
Cat Art Festival...Aku hadir sebagai peminat seni atau peminat kucing?
Tak kisah lah.. sebab aku memang peminat seni DAN kucing.
Sedar tak sedar, rupa rupanya banyak benda yang aku pelajari luar dari UiTM.
Apa yang aku belajar hari ni?
-Semua artist yang terlibat ialah artist wanita. Hebat kan? Hebat kan? Hebat kan?
-Kucing memang comel!!!
Hehe.. Bukan itu yang aku belajar.
Rasanya, aku belajar untuk mendengar dan melihat sekitar aku.
Selama ni, mungkin aku hanya mendengar dan melihat diri aku sendiri saja tanpa menyedari dunia sekeliling...
Senior aku, Ijal, dia kata bila dia berada dalam kesibukan kota, dia selalu memerhati orang. Kenapa orang itu berjalan ke sana? kenapa orang ini duduk disitu? Kenapa tiang lampu tegak? Semua benda di sekitar kita ini, ada 'kenapa'. Lepas tu, aku jawab: "Kalau aku, aku melihat dengan cara ini; aku adalah watak utama, setiap orang yang lalu lalang disekitar kota ini adalah watak sampingan. Kenapa mereka lalu disini, adalah kerana mereka sebahagian dari latar belakang." Nampaknya, cara aku dan Ijal memerhati dunia, berbeza. Ijal kata, pendapat aku itu seperti teater.
Aku tak membangkang pendapat Ijal. Aku terima, tapi aku masih dengan pendapat aku. Sewaktu perjalanan pulang, aku rasa kini aku melihat dunia dengan cara yang lain. Aku masih dengan pandangan aku, dan pendapat aku. Cuma mungkin aku menerima juga pendapat Ijal.
Susah nak terangkan disini.. apa yang aku tahu ialah, aku tahu apa yang aku tahu. Sesiapa yang baca ini mungkin tak tahu apa yang aku tahu sebab cuma aku yang tahu apa yang aku tahu. Sekarang, bunyinya macam merepek pulak. Tapi aku tahu aku tak merepek.
Cat Art Festival, ia mengajar aku sesuatu yang aku belum nampak. Jadi, aku kena cuba untuk nampak!
*Minta maaf la kalau susah untuk difahami... Sebab aku betul betul tulis apa yang aku nak tulis...
No comments:
Post a Comment