-sebab aku masuk 'ladies coach'!
Best taw!! rasa macam perempuan diberi keutamaan... Hujan renyai renyai di luar. Aku tiba di rumah Fiqah ketika langit hampir senja. Perjalanan ni tak berjaya buat aku lupa pada masalah aku. Dalam otak aku, satu benda sahaja~ "aduh... pointer aku jatuh teruk!!!!"
Bermalam di rumah Fiqah, aku mendapat sedikit semangat. Sebagai seorang rakan, Fiqah berikan semangat untuk aku bangkit semula. Katanya, degree, mestilah lain dari diploma. Aku belum biasakan diri lagi.
Pagi Sabtu, setelah aku dan Fiqah bersiap, kami pergi menjemput Ijal yang baru tiba di stesen LRT Ampang. Kemudian, kami menunggu Mohsin tiba. Selepas itu, kami berempat menuju ke Melaka.
Pertandingan melukis bertemakan sungai Melaka, berjalan lancar. Tangan aku laju mengisikan kertas di hadapanku. Kertas warna putih bertukar kepada warna tanah kerana aku pilih untuk menggunakan warna tersebut.
Sejujurnya, perasaan aku tak tenang ketika melukis. Dalam otak aku, "Itu bukan pointer Amna, itu mesti pointer Syakira!" Syakira yang tak berdosa dipersalahkan. Padahal, aku dan Syakira itu orang yang sama. Akhirnya, kesalahan naik ke bahu aku semula. Mungkin aku tak tenang sebab asyik merenung kertas yang berwarna coklat ni. Warna coklat membangkitkan kekecewaan! Aku salahkan warna pula...
Satu ketika dulu, Mohsin, senior yang aku kagumi, pernah tanya aku, bagaimana dengan 'fast track'. Aku jawab: "Entah.. kami pelajar penerapan ni bagai 'bahan kajian' je." Kemudian Mohsin menjawab: "Bahan kajian akan berakhir dengan dua kemungkinan sahaja. Sama ada terlalu teruk, atau terlalu bagus. Jadilah yang terlalu bagus!" Sekarang, aku jadi segan dengan Mohsin sebab aku telah jadi bahan kajian yang berakhir dengan sangat teruk!
Pertandingan berakhir. Aku mendapat tempat naib johan. Alhamdulillah... rezeki... Ijal, senior yang aku hormati mendapat johan. Selepas itu, kami berempat pergi makan. Fiqah ada menegur aku, suruh aku senyum. Baru aku sedar, aku tak senyum. Tak boleh ke aku bersyukur dengan kejayaan ni dan menerima pointer aku seadanya? Jadi, aku pun senyum. Nampak sangat ayat ni tipu!!! Tak, aku tak boleh terima pointer macam tu!
Tibalah waktu untuk pulang, Mohsin menghantar kami ke rumah Fiqah. Di situ, kami semua berpisah, kecuali aku dan Ijal. Kami bersama sama menaiki LRT. Sepanjang dalam LRT, Ijal banyak beri nasihat. Aku sedar sesuatu yang aku tak pernah sedar sebelum ni. Aku meletakkan cita cita aku terlalu tinggi, jadi aku tak pernah merasai perasaan cita cita tercapai. Sebab itu la hidup aku tak gembira. Bak kata Ijal, "Kita tak boleh menangkap dua ekor burung serentak. Kita kena menangkap seekor dulu, simpan, kemudian baru menangkap lagi seekor. Kalau kita menangkap kedua duanya serentak, ada kemungkinan, kita akan terlepas kedua duanya sekali."
LRT yang kami naiki tiba di Bandaraya. Di situ, aku dan Ijal berpisah. Aku menaiki KTM dan destinasi aku ialah Batu Tiga. Namun, aku tiba tiba tersedar bahawa KTM yang aku naiki telah melalui Seputeh. "Nanti dulu, sepatutnya tiada Seputeh dalam perjalanan ke Batu Tiga !". Ok, aku dah salah.. Aku sepatutnya turun di KL Central tadi, dan tukar. Jadi, aku pun turun di stesen seterusnya iaitu Salak Selatan. Selepas itu, aku patah balik ke KL Centaral dan menuju ke Batu Tiga. Yalah, ini serupa seperti peribahasa 'Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan'. Persamaan keadaan ini dan hidup aku sekarang ialah... ya, pointer aku yang jatuh ini ialah penghujung jalan yang salah, jadi apa yang perlu aku buat ialah, mulakan semula usaha aku! Ooo ada hikmahnya aku sampai ke Salak Selatan ni...
Aku sampai ke rumah dengan selamat. Alhamdulillah... Aku fikir semula yang Ijal kata tadi. Aku patut tahu apa yang aku nak. Mana yang penting, mana yang patut didahulukan... Lepas tu aku terfikir.. kan bagus kalau aku boleh pecahkan diri aku, menjadikan diri aku, lebih dari seorang. Lepas tu, dapat la aku buat semua yang aku nak...
Amna A buat Fine Art, Amna B buat animation, Amna C fokus pada teater, dan Amna D buat manga! Haha, kalau betul ini terjadi, aku rasa aku tahu apa akan berlaku.
Berlaku lah perbualan antara Amna-Amna itu...
Amna A: Aku suka fine art... tapi, entahlaa. Amna B, nak tak kita tukar? Aku nak animation.
Amna B: Aku suka Fine Art, tapi err.. tukar?
Amna C: Amna A, tak aci!!! kenapa kau yang dapat Fine Art???
Amna B: Aku suka Fine Art, tapi err.. tukar?
Amna C: Amna A, tak aci!!! kenapa kau yang dapat Fine Art???
muncullah Amna D untuk tenangkan huru hara ini...
Amna D: Sudah, jangan bertengkar lagi!!! Apa kata, kita bergabung dan buat semuanya
bersama ?
maka, semua Amna-Amna itu bergabung. Akhirnya, Amna jadi seorang semula... Kesimpulannya, semua ni aku kena buat seorang. Tak guna kalau dapat jadikan diri aku lebih dari seorang. Huhu...
Hari Sabtu berakhir, dan Ahad menjelma. Adik aku Diba, berkata sesuatu pada aku. "Letak la cita cita pada yang boleh capai dulu, kemudian baru letak lebih tinggi." Aku faham... seolah olah menaiki tangga. Aku patut capai satu persatu ikut turutan. Bukan terus nak capai yang tertinggi. Kata kata Diba mirip kata kata Ijal mengenai tangkap dua ekor burung tu. Umi pula kata, "Kita takkan selama lamanya tinggi. Sekali sekala kita akan jatuh..." Betul, aku kena belajar terima kejatuhan ni...
Sampai sekarang aku tak dapat terima kejatuhan ni. Tapi aku sedar, dari kejatuhan ini lah aku belajar banyak benda... Lagi pun, aku patut berhenti bersungut. Tuhan baru sahaja beri aku rezeki naib johan...
amna,..nnt tnye ilhm mcmn ilhm atasi masalah yg sme sem lps k..gudluck..
ReplyDeletesharing is everythg..
thnks...
ReplyDeletex pe, skng da ok da....