Saturday, April 10, 2010

Kisah belakang studio part3....

Di belakang studio part3 UiTM melaka, terdapat satu kawasan.... Tempat tu aman dengan pemandangan pokok pokok...

Ketika aku part3, aku dan kawan kawan aku selalu lepak di belakang studio itu...Biasanya, kami yang suka lepak disitu ialah aku, Wahida, Qistina, dan Boss. Boleh dikatakan, setiap kali waktu kelas apabila lecturer tiada, kami akan pergi lepak disana... Sehinggakan, pernah sekali tu lecturer sangka aku dan Wahida curi curi makan di situ ketika bulan puasa.

Disitu juga, terdapat kesan laluan lori yang menghala ke ke dalam hutan. (bukan hutan pun... pokok pokok je...) Laluan lori tu meninggalkan kesan seakan akan bentuk pintu dicelah celah pokok tu...

Kisah yang aku nak ceritakan ni, berlaku semasa bulan ramadhan 2009. Aku dan Wahida sedang duduk di atas sebuah sculpture di belakang studio... Kami duduk menghadap laluan lori tu... Tiba tiba aku tanya Wahida: "Wahida, ko tak rasa tu macam pintu ke dunia lain tak?" (sambil tunjuk kesan laluan lori tu...) Aku tahu... soalan aku ni tak logik pun... nampak sangat imaginasi je lebih.... Tapi, Wahida yang berimaginasi tinggi tu pun menjawab: "Haah!!! dah lama perasan... seolah olah itu pintu masuk ke dunia lain, yang penuh keajaiban..."

"pernah teringin nak masuk tak?" soal aku lagi... "jom" dengan serius je Wahida jawab. Kitorang pun masuk. Tapi sebelum tu, kitorang bagitahu Qistina dulu... Bukan apa, untuk keselamatan, lebih baik ada orang tahu kitorang ke mana...

Aku dan Wahida pun, mulakan pengembaraan kitorang ke 'dunia lain'... Tempat tu tak ada apa apa pun selain pokok dan semak... Tapi, rasa seronok sangat. Sebab melawat dunia lain kot. haha....Walaupun rasa takut, aku teruskan juga berjalan. LagipunWahida tak pula kelihatan takut. Perjalanan kitorang terhenti apabila jalan yang kitorang lalu, bercabang dua. Cabang kiri kelihatan tak boleh dilalui lagi memandangkan semak samun menutup jalan. Cabang kanan pula, walaupun dilitupi semak samun, masih boleh lihat jalan itu menuju jauh lagi kehadapan.

Aku dan Wahida putuskan untuk ~patah balik. Namun, sebelum kitorang patah balik, terdengar bunyi tapak kaki menuju ke arah kitorang. Rupa rupanya, Qistina berlari ke arah kitorang, diikuti dengan Boss di belakangnya. Dengan adanya Boss, ketakutan aku terus hilang! Orang macam Boss yang dah biasa masuk keluar hutan ni, mestilah ini semua bukan apa pun... 'Hutan' bagi kitorang, hanyalah semak samun je bagi Boss...

Dengan adanya Boss, perjalanan kami berempat diteruskan... Kami ikut cabang di sebelah kanan. Di hujung jalan kanan ini, kami boleh nampak jalan raya, dan tanah lapang untuk pembinaan. Selepas itu, kami patah balik... Kembali je kat belakang studio, satu perasaan muncul. Perasaan seolah olah telah kembali dari dunia lain ke realiti... ye, realitinya, kerja kerja kami masih menunggu di studio!

Selepas bulan Ramadhan berakhir, aku ada niat untuk mengembara kat situ lagi.. Tapi, Wahida larang... Katanya, dia dan Qistina pernah cuba masuk sekali lagi, tapi seolah olah ada sesuatu menghalang mereka masuk. Dan sejak mereka masuk ke situ lah, studio kami sering diganggu 'benda lain'. Memang betul pun, selepas bulan puasa, banyak kisah aneh terjadi kepada kawan kawan kami yang buat kerja di studio sehingga lewat malam. Salah satunya, ada di antara mereka yang terdengar suara aku marah marah di studio, padahal aku baru sahaja meninggalkan studio. Aku tak pasti nak percaya ke tak kisah ni, haha....

Itulah kisah kami dan pengembaraan ke 'dunia lain'..... Zaman part3 kami dah berakhir... Jadi, kami tidak lagi lepak di belakang studio itu... Agak agaknya, ada tak lagi orang seperti kami yang masuk 'hutan' tu? hehe... siapa tau.....

< Studio Part3 dari belakang....















< Watak watak dalam kisah ini...
Dari kiri, Wahida, Boss, Qistina, dan aku...














< Tempat lepak kami... belakang studio part3...













< Pintu masuk ke dunia lain/ kesan laluan lori...

dan sculpture yang menjadi tempat duduk kami...

No comments:

Post a Comment