Saturday, January 21, 2017

Kisah Dongeng: Menolak dan ditolak

Pada zaman dahulu, tinggallah Sang Burung dan Sang Beruang. Mereka berdua berkawan baik.


Namun, persahabatan mereka menjadi rosak setelah Sang Beruang menyatakan isi hatinya kepada Sang Burung. Meski Sang Burung mengaku amat menyayangi Sang Beruang, tapi hidup Sang Burung bebas, tak bersedia untuk menerima isi hati Sang Beruang. Lalu, Sang Beruang berlalu pergi dari hidup Sang Burung. Sang Burung rasa bersalah yang amat sangat. Tapi dia tak dapat berbuat apa-apa kerana soal hati dan perasaan bukan sesuatu yang dapat dipaksa.


Dalam rimba yang sama, terdapat Sang Singa. Sudah sekian lama Sang Burung menyukai Sang Singa. Sang Singa merupakan seekor pelukis komik yang agak dikenali dalam rimba tersebut. Sang Burung adalah salah seekor dari ramai-ramai peminat Sang Singa.


Sukanya Sang Burung kepada Sang Singa sehingga dia tahu identiti sebenar Sang Singa. Sang Singa tidak tahu bahawa Sang Burung tahu rahsianya itu. Sang Singa memilih untuk merahsiakan identiti sebenar daripada penduduk rimba. Walaupun tahu rahsia ini, Sang Burung pura-pura tidak tahu kerana dia sendiri keliru. Adakah dia suka Sang Singa atau haiwan di sebalik Sang Singa?


Pada suatu hari, Sang Burung mendapat tahu bahawa Sang Singa kini rapat dengan Sang Arnab.


 Perasaan kecewa dan sedih Sang Burung tak dapat digambarkan dengan kata-kata.


Namun, disebalik kesedihan Sang Burung, dia sebenarnya berasa lega yang amat. Nak tahu kenapa? Kerana dia tak dapat buang rasa bersalah terhadap Sang Beruang dahulu. Apabila hatinya pula yang terluka, barulah dia rasa apa yang Sang Beruang rasa. Barulah adil.

Perasaan sedih dan perasaan bersalah hilang. Hanya tinggal perasaan lega.  Sang Burung terbang pergi untuk meneruskan hidupnya seperti biasa.


TAMAT





Apa pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini? Bertenang sahaja dalam hidup. Banyak perkara terjadi di luar kawalan kita. Kita tak berniat nak sakitkan hati orang, tapi kita tersakitkan juga hati orang. Kemudian, tersuka kepada orang yang tak suka kita, bertenang juga. Ada hikmahnya tu. Supaya kita memahami perasaan orang lain yang suka kepada kita.

Ada yang nak tanya adakah ini kisah benar hidup ku? Ya, kisah ini berdasarkan kisah sebenar. Tapi tak perlu tahu secara terperinci siapa watak di sebalik setiap haiwan ini. Ambillah pengajaran sahaja.

Akhir kata, tak perlu kasihankan kepada Sang Burung. Dia sudah menerima semuanya dengan lega. Dia nampak hikmah di sebalik setiap kejadian.

10 comments:

  1. Sebenarnya... sebenarnya... cerita amna ni comel. Tu je nak komen hehehehe X'3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. Terima kasih. Telah dicomelkan. Cerita sebenar tak comel langsung.

      Delete
  2. Comel dalam masa yang sama sedih... saya doakan semoga sang burung terus happy dan success... dari sang tapak sulaiman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kan ending nya Sang Burung dah senyum happy. Terima kasih Sang Tapak Sulaiman.

      Delete
  3. Comel......dan sedih.. I feel you Sang Burung..

    Takpe, akan ada burung yang layak untuk terbang di sisi Sang Burung di awan nan biru suatu hari nanti.. Ok, cubaan nak jadi puitis failed.. QvQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubaan yang bagus. Wah. Saya menanti kemunculan watak baru tersebut.

      Delete
  4. err..apa jadi dengan sang beruang? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama lah kita doakan dia jumpa kebahagiaannya.

      Delete
  5. Amna, Amna.
    Satu perkara yang boleh aku nasihatkan ialah, apa yang dilihat tak semestinya adalah apa yang terjadi. Sentiasa ada cerita lain di sebalik cerita lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita disebaliknya tak penting lagi dah. Dah move on. Tapi, terima kasih atas nasihat.

      Delete