Monday, September 19, 2016

Rakan seperjuangan yang tak terlihat


Ku coretkan luahan di atas, buat rakan seperjuangan ku, Bamboo nib. Ya, Bamboo nib. Tahu Bamboo nib itu apa? Mata bagi pen teblet untuk pengkarya yang menggunakan digital media.

Alkisahnya begini. Baru-baru ini ku rasa tidak selesa menggunakan pen tablet ku. Apabila aku teliti pada matanya, kelihatan matanya sudah haus, pendek, serong, hampir tenggelam ke dalam. Bila difikirkan semula, aku telah menggunakan tablet ini sejak tiga tahun yang lepas. Sepanjang aku menggunakannya, aku tak pernah tukar nib tersebut. Jika tak silap aku, dalam kotak pembelian tablet ini dahulu, ada tersedia nib-nib gantian. Lantas, aku segera menyelongkar kembali kotak tablet ku yang masih tersimpan rapi. Benar seperti sangkaan ku, nib gantian berada di situ.

Setelah bertanya kepada rakan yang menggunakan digital media, juga setelah menonton youtube bagaimana hendak menukar nib, aku pun segera menukarnya. Aku memang dikira MASIH baru dalam alam digital media. Jadi, maafkanlah kebodohanku dalam tidak tahu menukar nib.

Selesai menukar nib, ada satu perasaan bagai baru melihat dunia. Betapa bezanya perasaan menggunakan nib baru. Aku mencapai nib lama untuk dicampakkan ke dalam tong sampah. Namun, entah mengapa terasa berat hati ku untuk membuangnya. Lalu, saat ku merenung nib lama, pelbagai memori muncul secara tiba-tiba ke benak fikiranku.

Ini, nib pertama yang digunakan bersama tablet pertama ku. Bersama dia, aku belajar digital media. Bersama dia, aku bereksperimen untuk pelbagai kerja seni. Bersama dia, aku mengejar deadline. Bersama dia, aku mencari rezeki halal. Bersama dia, aku menghasilkan pelbagai komik. Bersama dia, aku merasai kegagalan dan kejayaan. Bersama dia, bersama dia, bersama dia. Semuanya mengenai karier ku, ada dia di sebalik tabir.

Aku terus membatalkan niat untuk membuang nib lama ini. Sungguh tak sampai hati. Aku pun melekatkan nib lama itu ke dalam sketchbook ku agar aku masih boleh menyimpannya walau dia sudah tidak dapat digunakan.

Mungkin bagi pandangan orang lain, ini hanyalah kepingan plastik. Tapi bagi ku, ini adalah rakan seperjuangan. Rakan seperjuangan yang tidak terlihat selama ini. 


14 comments:

  1. Bamboo pertama saya pun sama, tiga tahun guna tak pernah tukar nib.. sehinggalah dia diserahkan di bawah jagaan tuan yang baru. Saya rasa, masih lagi dengan nib yang sama 😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. tak makin tenggelam ke nib tu?

      Delete
  2. Bamboo pertama saya bukanla Bamboo baru jadi saya pun tak pasti nibnya dah pernah ditukar atau pun belum.. tapi setakat saya pakai (kurang lebih 3 tahun jugak), baru sekali tukar, beberapa minggu lepas. Nib tu pun macam bakal tukar lagi jek sebab semenjak dua menjak ni sedikit aktif melukis..huhuhu..

    R.I.P, rakan seperjuangan Amna.. dan kita semua, si pelukis digital.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. nampaknya dari sini, kita boleh buat kesimpulan: satu nib boleh dipakai sekitar 3 tahun. (berdasarkan komen aujinz di atas juga)

      Delete
  3. Day punya tablet dah pakai lima tahun. Baru pakai lima tahun tapi semua replacement nib yang wacom bagi dah habis pakai. Taktau la pakai untuk melukis ke untuk dikokak tengah-tengah malam. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah, untuk dikokak tengah malam. Hahaha... gurau.

      Delete
  4. *tengok digital bamboo pen sendiri*... ha'ah, nampak macam nak kena tukar nib jugak ni, tapi nak bagi bebetul haus dulu... kekeke X3

    ReplyDelete
  5. walaupun hanya kisah tentang nib, tapi hati saya tersentuh bila membacanya... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana saya menulis dengan hati. Cewah~~

      Delete
  6. nampak sangat ada sentimental value. bila baca entry ni terasa... ouch!

    hahaha

    ReplyDelete
  7. Sentimental betul Amna ni.
    Nib pun nak simpan untuk tatapn cucu. Bagus. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. adakah sentimental itu sesuatu yang bagus atau tidak? saya tak pasti.

      Delete