Saturday, August 13, 2016

Endu Tidak Bertuan



Sebelum anda mula membaca ini, biar aku jelaskan, ini bukan kisah puji diri sendiri. Bukan! Ini kisah untuk naikkan semangat aku sahaja.

Pada satu malam, aku mendapat satu mimpi. Aku bermimpi, ada seseorang di laman sosial yang menggunakan nama 'Endu Tidak Bertuan'. Dia membuat satu kenyataan secara terbuka, yang memuji-muji aku.

Endu Tidak Bertuan bukan memuji aku seperti mana kebiasaan orang lain puji aku. Tapi dia puji segala perkara terperinci mengenai diriku. Perilaku ku, tingkah laku ku dan sebagainya yang remeh-remeh, yang orang lain tak akan nampak pada diriku. Aku amat terkejut, bagaimana boleh muncul seseorang yang terlalu kenal diriku? Kerana terlalu ingin tahu, aku cuba untuk cari profile nya di laman sosial. Tapi sebaik sahaja aku hendak cari, aku terjaga dari tidur. Maka aku tercampur dengan alam sebenar. Aku cari nama tersebut setelah aku bangun dari tidur. Namun hampa, tak jumpa apa-apa. Setelah aku mandi, pergi kerja dan jalani aktiviti seharian, aku sudah lupa mengenai mimpi tersebut. Tapi apabila aku lihat history search ku, aku ternampak perkataan 'Endu Tidak Bertuan'. Kemudian, segala memori mengenai mimpi itu kembali ke minda ku.

Selepas cuba memahami segalanya, kini aku boleh buat satu kesimpulan dari mimpi tersebut. Endu Tidak Bertuan itu adalah, sebahagian dari diriku. Sebahagian dari pemikiran ku yang telah ku lupakan. Dia begitu kenal diriku kerana, dia adalah aku.

Situasi aku kini, agaknya telah diracuni pemikiran masyarakat. Aku mula fikir cara kebanyakan manusia berfikir. Contohnya, adik-adik aku yang belajar di luar negara, dianggap berjaya. Pekerjaan doktor, dianggap berjaya. Ada master, dianggap berjaya. Pemikiran kebanyakan manusia. Disebabkan aku tidak memiliki satu apa pun yang masyarakat boleh anggap berjaya, maka aku anggap diriku tidak berjaya.

Endu Tidak Bertuan, berfikir seperti aku dari masa muda dahulu. Jika aku dari masa silam tahu apa yang telah aku yang kini kecapi, tentu dia gembira. Aku telah miliki segalanya yang aku dari masa silam impikan. Benar. Segalanya yang aku pernah impikan, telah aku miliki! Ya Allah, kenapa aku lupa untuk bersyukur? Ya, apa yang aku kecapi kini, bukanlah kejayaan di mata orang lain. Tidak belajar luar negara, tidak kerja sebagai doktor, tidak miliki master, tidak kerja gaji besar, tidak miliki kereta, tidak ada pasangan hidup. Namun di mata aku yang dulu, yang aku miliki kini, adalah segala-galanya! Setelah menyedari ini, aku terasa ingin hantar message kepada aku yang dulu, "Amna, cita-cita kau bakal tercapai". Agar dia terus bahagia untuk meneruskan hidup.

Buat Endu Tidak Bertuan, kau adalah aku. Kau adalah sebahagian dari diri aku yang telah aku lupakan. Jika satu hari nanti aku lupakan kau lagi, tolong muncul kembali. Aku perlu pemikiran seperti kau.

Buat anda semua yang baca ini sehingga habis, suka saya ingin ingatkan, marilah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki. Bukannya pandang pada apa yang tidak kita miliki.



*'Endu Tidak Bertuan' sungguh sedap bunyinya. Rasa bagai hendak buat tajuk novel.
*Sudah google, tiada maksud untuk 'Endu Tidak Bertuan'. Endu itu apa? Kenapa ia tidak bertuan?

*Bukan selalu mimpi memberi pengajaran.


18 comments:

  1. T^T terima kasih atas entry ni, somehow saya pun rasa cmni smlm. Wlu mcm mana pun, diri saya 5 tahun dulu mmg hrpkan apa yg saya ada kini, syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Alhamdu7lillah untuk pencapaian setakat ini.

      Delete
  2. ya kadang2 kita terlepas pandang,
    banyak nikmat yang telah dapat namun tidak kita hargai.
    peringatan untuk diri sendiri juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, manusia selalu lupa bersyukur. (cakap diri sendiri juga)

      Delete
  3. Betul..memang masyarakat pun yang buat kita selalu tak pernah puas..
    Thanks for the post..! Peringatan yang bagus untuk diri sendiri.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://doubleidlife.blogspot.my/2016/08/superpowah-tagged.html?showComment=1471573690095#c7262416461144669730

      You're tagged..! ^^v

      Delete
    2. Jika post ini membawa kebaikan, Alhamdulillah.

      Delete
  4. Good reminder amna, dan saya sokong kalau jalan cerita mimpi ini dijadikan one shot comic! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat komik pun best kan. Huhu.. semoga saya rajin. amin.

      Delete
  5. Hai amna...
    Terima kasih amna...
    mok cik terkesan...

    endu = xtao makna
    tp kalo
    endok = wedok(anak perempuan;)

    mok cik.. peminat karya mu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mokcik :D
      wow. saya belajar perkataan baru hari ini.

      Delete
  6. Sebenarnya kan Amna,
    semua mimpi ada pengajaran.
    Tapi kita manusia ni kekadang tak mencari pengajaran yang ada.
    Sebab hanya yang mencari akan menjumpai.

    Sedap dengar frasa 'Endu Tidak Bertuan' tu.
    Rasanya kalau singkap, ada kot maksudnya. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan frasa tu. Muncul macam tu saja. Bukan dari mana2 memori saya.

      Delete
  7. wow... dahsyat betul mimpi ni. kadang-kadang melalui mimpilah kita dapat pengajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Bukan kali pertama saya dapat pengajaran melalui mimpi.

      Delete