Sunday, January 24, 2016

Lembaga Kerusi Belakang



Ini adalah drawing ku berdasarkan novel 'Lembaga Kerusi Belakang'. Selepas membaca novel tersebut, tergerak untuk melukis sesuatu yang membawa mood seram. Tapi hasilnya, tak seram langsung. Comel bukan? Haha.. Sedangkan aku melukis pada pukul tiga pagi dalam bilik seorang diri bagi mendapatkan mood seram. Tidak mengapalah. Biarlah begini.

Bercakap mengenai novel 'Lembaga Kerusi Belakang', ini adalah sebuah novel dari Aman Wan. Selama ini aku mengenali Aman Wan dengan karya-karya komiknya yang kelakar. Jadi apabila aku mendapat tahu beliau menulis novel, cerita seram pula tu, aku kagum. Wow.. serba boleh rupanya.

Satu ketika dahulu, semasa aku sekolah menengah, aku merupakan peminat novel seram. Jadi, apa salahnya aku cuba membaca Lembaga Kerusi Belakang ini. Mengembalikan perasaan zaman sekolah menengah aku. Tak sangka pula ia benar-benar mengembalikan perasaan tersebut. Sepanjang cerita berjalan, aku terasa dekat dengan kehidupan pelajar sekolah menengah. Watak utama yang ada isu dalam menyiapkan kerja rumah, dimarahi guru, pernah ada waktu bertengkar dengan rakan-rakan, ada lagenda di sekolah yang karut, ada pak guard yang kacak, watak utama mendesak bapa atas kecuaian sendiri yang tertinggal buku, dan sebagainya. Perkara-perkara yang kecil begini membuatkan aku terasa bagai ini kisah pelajar sekolah menengah yang benar, bukan rekaan.

Baik, aku perlu berhenti taip sebelum aku terberi spoiler pula. Tambahan pula aku perlu siapkan komik aku, tak mampu nak taip panjang-panjang. Sesiapa berminat untuk baca buku ini, bolehlah pergi dapatkannya.





*Sedang menyiapkan Pendar Ratna secepat mungkin. Terima kasih semua yang sabar menanti.

14 comments:

  1. Suka sangat cerita seram yg sentuh seram yg semua sgt familiar. Ingt memory2 kite zman remaja, kanak2. Suka!

    ReplyDelete
  2. Uuu. Nak kena cari gak laaa... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Uuu. Nak kena cari gak laaa... huhuhu

    ReplyDelete
  4. Nak jugak buku yg ada tandatangan Aman Wan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu saya punya~~~ Hehe.. pergi minta kat aman wan sendiri. :D

      Delete
  5. Sampai kot mood seram dia..dah lama tak baca/tengok benda2 seram. Since 2009 memang cuba elak. Mungkin satu hari nanti akan update dekat blog kenapa :p

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Oh aku ada terjumpa buku ni hari tu tapi disebabkan aku memang bukanlah pembaca tegar, maka aku tangguhkan dulu niat nak membelinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... begitu.. bolehlah lepas ni dapatkan juga. Hehe..

      Delete
  8. Buku novel seram terakhir yang saya pernah baca bertajuk "momon", waktu tu zaman sekolah menengah. Ehehee...

    ReplyDelete
  9. Yeah!! Thanks Amna sudi bagi feedback. Yup2, harapnya watak-watak dalam cerita itu nampak realistik. InsyaAllah akan datang mahu buat lebih horror dan gory. Hehe.

    Btw, lawa lukisan tu! Boleh lah buat nomik hantu lepas ni. :D

    ReplyDelete