Tuesday, December 29, 2015

Perjalanan Pendar Ratna bahagian 6

Episod 6 Pendar Ratna mengambil masa yang agak lama untuk siap. Sebenarnya ada kisah panjang yang aku belum ceritakan kepada semua. Di sini aku tulis kisah di sebalik pembikinan episod 6. Aku tulis untuk rujukan diri aku sendiri di masa akan datang. Dalam erti kata lain, sebagai jurnal lah. (Kepada Amna di masa hadapan, kisah ini adalah catatan dari masa silam mu. Ambil sebagai pengajaran.)


*****
Kisahnya begini, oleh kerana aku membuat komik 'Gema Pemikiran', untuk tujuan Cabaran Komik Online Malaysia 2015, Pendar Ratna direhatkan seketika. Namun, itu bukan satu-satunya sebab. Lagi sekali, aku alami jatuh semangat. Aku hilang keyakinan terhadap Pendar Ratna. Meskipun respon yang diterima dari pembaca rata-rata semuanya positif, tapi aku tak nampak jalan yang membolehkan Pendar Ratna mampu pergi ke tahap yang lebih tinggi. Seolah-olah selama-lamanya Pendar Ratna akan berada dalam takuk yang sama. Memikirkan yang aku juga manusia biasa yang memiliki kerja lain selain melukis Pendar Ratna, aku mula terfikir. Lebih baik aku gunakan masa aku untuk buat sesuatu yang boleh ke tahap lebih tinggi bukan?

Sampai satu tahap, aku rasa, "Amna, sudahlah, hentikan Pendar Ratna." Malah, ketika pihak Supreme benarkan untuk buat pilihan masih mahu editor atau tidak, aku telah pilih tak mahu editor. Ya, TAK MAHU. Sebab aku sudah pun putus asa terhadap Pendar Ratna. Selepas Pendar Ratna ketiadaan editor, aku rasa sedikit gayat. Berdiri sendiri. Tidak dipantau lagi. Ada sedikit rasa menyesal, tetapi memandangkan aku fikir mahu berhenti, aku abaikan perasaan menyesal tu. Betulkah mahu hentikan Pendar Ratna? Hati aku masih lagi berbelah bagi.

Setiap kali aku rasa hilang semangat, aku kembali mencari Prof. Orang yang paling aku kagumi dan hormati dalam bidang ini. Seseorang yang terlalu tinggi tarafnya, terlalu tinggi ilmunya. Bak pepatah Melayu, "Sukakan gaharu kerana baunya. Sukakan guru kerana ilmunya." Aku amat suka Prof. Sejak mula memasuki bidang komik, aku memang mengejar untuk menjadi seperti beliau.


Tapi agaknya, di sini lah silap aku. Aku terlalu mengejar sesuatu yang tarafnya jauh lebih tinggi, mana mungkin tercapai dalam masa yang singkat. Untuk menjadi seperti beliau, kemungkinan besar aku perlukan 20 atau 30 tahun lagi. Prof amat baik. Prof tak pernah abaikan aku. Prof memberi respon setiap kali aku mencarinya. Namun, cara ini salah. Seorang anak murid mana boleh dimanjakan. Aku tak boleh kacau Prof dengan setiap hal remeh temeh begini. Aku kena berusaha, barulah tunjukkan kepada Prof hasil yang boleh dibanggakan.



Sudahlah tak ada editor, ke mana lagi harus aku rujuk? Akhirnya aku mendapat bimbingan dari seseorang yang luar biasa. Dia bukan editor atau pelukis komik. Jadi dia memandang kes aku dari sudut lain. Dia bagai seorang pakar motivasi pula. Dia seorang yang mampu melihat kebaikan dalam apa jua situasi. Dengan mudah, semangat aku kembali, dan aku mula atur langkah perjalanan ku dengan cara yang berbeza. Selain dia, aku juga mendapat bimbingan dari Hasif Rayyan, penulis D'Raksha / bekas editor di Supreme, dan Putra Nubhan, salah seorang editor Supreme. Masih banyak ilmu aku perlu pelajari dari mereka.

Dengan ini, Pendar Ratna kembali bangkit!


*****
Bagi membuktikan kepada diri aku sendiri bahawa Pendar Ratna telah bangkit, aku buat perubahan wajah kepada Pendar Ratna. Tidak, aku tak ubah cerita Pendar Ratna. Cerita Pendar Ratna sudah lock lama dah, tak akan diubah suai saja-saja. Aku hanya buat perubahan kepada 'wajah' Pendar Ratna.

Cover utama Pendar Ratna, aku gantikan dengan yang baru.

Cover sebelum dan selepas tukar.

Aku rujuk poster 'The Phantom of the Opera' untuk dapatkan mood seperti filem tersebut.

Adikku, Tona dari Canada sudi hantar gambarnya sebagai rujukan cover terbaru ini.

Selain cover Pendar Ratna, aku juga telah ubah logonya. Mengubah logo, adalah sesuatu yang agak berat hati untuk dilaksanakan. Namun aku kebalkan hati aku untuk ubah juga tanpa ada perasaan sayang terhadap logo lama yang memang sudah tidak diragui lagi kehodohannya itu.


Antara sketches sepanjang mencari rupa logo baru.

Cover episod 6 juga aku buat perubahan. Kiri sebelum, manakala kanan selepas.


******

Untuk Amna di masa hadapan, ini apa yang boleh dipelajari dari kisah kali ini:
1. Kau boleh dengar pendapat ramai orang, suka hati kau nak terima atau tidak, tapi akhirnya, yang buat keputusan untuk kau, adalah diri kau sendiri.

2. Jangan terlalu sayang. Apa saja yang menghalang kau untuk maju, buang! (Dalam kes kali ini, ianya logo. Tapi boleh digunakan dalam situasi lain juga)

3. Dalam keadaan paling buruk sekalipun, cuba pandang dari sudut berbeza. Mungkin ada cantiknya.


*****

Sekian sahaja buat masa ini. Untuk membaca Pendar Ratna episod 6, boleh baca di sini. Jika suka, jangan lupa undi di sini. Sebarang kritikan, boleh terus kritik di ruangan komen. 





12 comments:

  1. "yang memang sudah tidak diragui lagi kehodohannya itu."
    hahaha yg tu lawak..

    umi pernah cakap kat ilam, habiskan apa yang kita da start.

    lagipun nie ape yg ilam rasa, kalau kau asek xhabiskan cerita sebab xyakin dengan cerita tu, lepas ni aku malas da nak ikut cerita kau, takut dikecewekan dengan cerita tergantung.
    lagi satu, kalau kau sendiri xyakin dengan cerita kau, cane org luar nak yakin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha..

      bukan tak yakin dengan cerita. Cerita dah lock. Tak akan ubah. Tak yakin dengan manfaat apa yang Pendar Ratna boleh beri kepada amna. Masa ada 24 jam sehari. Amna ada kerja lain selain melukis Pendar Ratna. Tapi buat masa ni, ya, amna akan teruskan Pendar Ratna. Tolong terus vote. Terima kasih...

      Delete
  2. Cover baru itu.... cover baru itu... sungguh...

    *
    *
    *

    AWESOME! homaigad amna... sungguh ohsem (; w ;)... teruskan, tukang vote anda ini sentiasa akan vote punya, teruskan X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, terima kasih.. setiap sokongan amat-amat bermakna~

      Delete
  3. Alhamdulillah... Allah tetap izinkan Akak terus berkarya
    Pendar Ratna best apa. Serius tak tipu
    First impression, memanglah kurang sikit (sejujurnya disebabkan cover yang kurang menarik perhatian) namun setelah habis je baca episod 1,
    "OH WOW. Best giler!! Nak sambungan!"
    Dan perasaan ini berterusan sebab akak pandai buat cliffhanger pada setiap hujung episod
    Teruskan berkarya
    Moga Allah redha dan permudahkan akak berkarya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... teruskan beri kritikan, pendapat, dan respon. Ia amat membantu akak :D

      Delete
  4. Ini namanya proses menjadi matang.
    Tapi memang betul, boleh minta pendapat dengan sesiapa sahaja, asalkan keputusan akhirnya kita sendiri yang tentukan.
    Bukannya apa, kalau keputusan itu salah, kita tak boleh salahkan sesiapa kecuali diri kita, kan?

    So kalau Amna nak pandangan orang lain tentang hal remhe temeh, aku ada.
    Tapi kalau nak tanya bab teknikal dsb, aku masih lagi belajar. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, tepat sekali. Cuma diri sendiri boleh disalahkan dalam apa saja kesan/akibat nanti.

      Terima kasih cero. Ya, saya akan cari cero pula untuk hal remeh temeh selepas ni. Hehe..

      Delete
  5. Sebenarnya... sebenarnya.. saya sukakan... Amna punya logo baru... hahahaha.. nampak kena dengan cerita Pendar Ratna.. huhuhu

    Sekurang kurangnya, amna ada hala tuju untuk komik. Saya tak tau apa nak buat selepas habis CKOM sebab takde komitmen apa apa... byk idea tapi... malashhh.. wkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka yang baru ya? Hehe.. tak sia-sia saya tukar. Aujinz mana boleh malas. Dengan skill aujinz tu, boleh pergi lebih jauh. Huhu.. Good luck untuk aujinz.

      Delete