Saturday, October 31, 2015

Susahnya memiliki kucing bijak

Aku pernah bercerita bahawa aku memiliki seekor kucing yang bijak bukan? Namanya Tommy Tompok. Tommy ni bijak. Pagi-pagi dia akan masuk melalui tingkap bilikku dan cakar kotak sebagai cara minta makanan.



Biasanya aku malas layan dia. Aku buat-buat tak dengar dan pura-pura tidur.


Baru-baru ni, Tommy telah jumpa cara supaya aku tidak pura-pura tidur lagi. Dia panjat meja dan jatuhkan barang.

Cara ini dia telah guna banyak kali sekarang ni. Bukan sahaja ketika aku tidur. Ketika aku sedang sibuk menghadap PC, dia turut buat perkara yang sama. Aku dah perhati cara dia ni, dia memang cari apa saja untuk dijatuhkan. Guna kaki depannya, dia tolak satu persatu barang.

Benar-benar menguji kesabaran aku. Terpaksalah ikut cakap dia, beri dia makan segera. Susah bela kucing bijak ni.


12 comments:

  1. bahaya kalau suka jatuhkan barang ni, sekali phone adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pernah terbalikkan monitor pc saya.

      Delete
  2. Hahahaha...
    Pandainya dia.
    Mesti kalau train ni boleh jadi lagi pandai ni.
    Hehehe

    ReplyDelete
  3. kucing2 bijak ni sebenarnya ada agenda untuk menakluki dunia huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? patutlah dia selalu meeting dengan geng2 kucing dia.. ada plan besar rupanya. hahah...

      Delete
  4. Today, my master... tomorrow, ZA VORLDDD! X3

    ReplyDelete
  5. hahahaha... sebenanya kucing memang bijak, tapi kengkadang depa malas nak tunjuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang berlagak.. sbb manusia tak sebijak diorang.

      Delete