Sunday, April 26, 2015

Tommy Tompok menjadi ibu

Ini kisah awal bulan lagi. Tapi aku baru berkesempatan nak bercerita kerana diri dilanda kesibukkan yang tak terperi. Begini kisahnya. Si Tommy Tompok kalut mencari tempat tempat yang tersorok di setiap ceruk bilikku yang kecil ini. Lalu tedetik di hati ku, mungkinkah Tommy Tompok mahu beranak? Susah mahu percaya kerana Tommy Tompok masih lagi seekor budak bagi keluarga kami. Malah perangainya yang nakal tahap monyet menyebabkan tak dapat bayangkan jika Tommy Tompok menjadi seekor ibu. Lagipun, badannya yang kecil buat kami tak perasan bahawa dia sedang bunting. Akhirnya, Tommy Tompok duduk dengan selesa dalam sebuah kotak dalam bilik ku. Aku membiarkan dia dan sambung menghadap kerja ku yang bertimbun. Entah  berapa minit kemudian, kedengaran bunyi anak kucing. Ya, Tommy Tompok kini menjadi seekor ibu. Umi aku mendengar khabar ini juga seakan tak percaya dan ketawa.. "Tommy ada anak? Haha.."


Sebelum ini, Tommy Tompok dilihat ber dating dengan si Guli, buah hati ku. Pernah Guli mengiau di tingkap bilikku, lalu Tommy Tompok segera keluar berjumpa Guli. Jadi, apabila Tommy Tompok beranak, aku syak anak-anaknya ini adalah anak Guli. Jika betul ini adalah anak Guli, bahagianya... aku terbayang semuanya perangai seperti Guli, baik, diam, dan suka guling-guling. Oh.. comel sekali.


Namun, aku dihantui bayangan yang menakutkan. Bagaimana jika anak Tommy Tompok semuanya seperti si Tommy Tompok? Berganda-gandalah kenakalan yang aku harus hadapi. Pen hilang. Katil penuh tapak kaki, panjat riba aku, panjat rak, kejar jarum jam, barang-barang atas rak jatuh, kaki mu di lukisan ku, dan lain-lain lagi.


Bagaimanakah rupa anak Tommy Tompok? Nantikan lain hari jika aku rajin cerita. Haha.. kerja masih ada yang perlu disiapkan lah. Terima kasih sudi baca. 



9 comments:

  1. Semoga anak2 Tommy Tompok menjadi baik2 belaka ;3

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.. Tahniah amna dah jadi makcik. Semoga tommy tompok lebih matang setelah bergelar ibu ni.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Yayyy.. Tahniah, Amna dah jadi nenek.. wkwkwkwkw

    ReplyDelete
  5. Naluri jahat aku macam nakkan anak-anak Tommy nakal macam Tommy...Hahaha
    Nanti tak selamatlah pen yang ada tu, Amna..heheh

    ReplyDelete
  6. Hahahah apasal kisah cinta tommy tompok dengan si guli ni lagi sweet dari drama melayu? yeyy harap kittens tu mcm their mommy ;p

    Congrats Amna dah jadi nenek ><

    ReplyDelete
  7. Hahahah apasal kisah cinta tommy tompok dengan si guli ni lagi sweet dari drama melayu? yeyy harap kittens tu mcm their mommy ;p

    Congrats Amna dah jadi nenek ><

    ReplyDelete
  8. Uwwwaaaaah, tahniah, Amna dah jadik ......errr, nenek ke? Dapat cucu? Ke makcik sedara, dapat anak sedara? Hehe..

    Baby kucens, chumilll..!!! >v<

    ReplyDelete