Thursday, June 5, 2014

Kami! Rileks, Benda Boleh Settle!



Buku KAMI telah selamat sampai ke tangan aku. Terima kasih abang postmen.

Apa itu buku KAMI? Mesti ramai yang sudah tahu. Tapi aku terangkan juga kalau-kalau ada yang belum tahu. Ini adalah buku hasil kerjasama tiga orang blogger, iaitu Aujinz, Nazha Anua dan Cero.



Apa yang boleh aku kata mengenai buku ini adalah, aku suka!!! Suka sangat!!!! Ia menceritakan tentang kisah ketiga-tiga blogger ini disertai dengan lukisan masing masing. Mula-mula pembaca akan mengikuti kisah Aujinz dahulu. Tak banyak aku nak kata mengenai lukisan Aujinz. Sudah lama aku ikuti blog dia. Lukisannya memang comel. Rasanya memang ramai yang dah kenal Aujinz bukan?

Seterusnya, pembaca akan mengikuti kisah Nazha Anua. Aku baru saja kenal dengan blog dia selepas aku mengetahui kewujudan buku ini. Lukisan dia comel!!! Ceritanya pula banyak berkisar tentang zaman kanak-kanaknya bersama adik beradik, ibu bapa, dan kampung halaman. Dia membawa pembaca ke dalam hidup dia. Selepas satu, satu watak dikenalkan. Perwatakan setiap watak juga ditunjukkan dengan jelas. Pembaca boleh tahu, oh abang dia begini, ibu dia begini, dan sebagainya. Menarik! Sehingga bila tamat bahagian Nazha Anua, aku mengeluh.. "laa.. dah habis ke?"

Akhir sekali, pembaca boleh ikuti kisah Cero. Apa yang unik mengenai blogger ini adalah, dia lebih banyak bercerita mengenai pemikiran dia. Apa yang dia fikir, proses pemikiran dia, dan pandangan dia. Jika Cero baca tulisan aku ni, aku nak cakap, "Cero, kita ni macam serupa lah..." 

Secara keseluruhannya, aku suka dengan buku KAMI. Eh, aku sudah beritahunya tadi bukan? Apa-apa lah. Itu saja. Suka sangat. Tak rugi beli. Bagi anda semua yang sudah membaca KAMI, cuba kongsi pendapat mengenai buku tersebut di sini. Bagi yang belum baca, jika berminat bolehlah minta pada Aujinz, Nazha Anua atau Cero. Tapi rasanya, Aujinz pernah kata buku ini dah habis. Entahlah..

Sekian...


3 comments:

  1. wahhh, dah ada orang review~ haha, aku dapat bayangkan mesti ke3-3 bloggers tu baca entry ni dengan perasaan yang cukup "cloud-9", tehee~ ;3

    ReplyDelete
  2. Waaahhhh...
    Terima kasih sbb buat review...
    Terima kasih jugak sbb memiliki buku KAMI.
    Ko kata kita serupa? kita patut duduk semeja ngeteh sesama, cerita psal pemikiran masing2. Mesti seronok...heheh

    Terima kasih sekali lagi... :)

    ReplyDelete
  3. hehehehe..
    Terima kasih sbb buat review...
    Terima kasih jugak sbb memiliki buku KAMI.
    terima kasih kerana menyokong ya Cik Amna.. koh koh koh

    ReplyDelete