Wednesday, June 11, 2014

Kalah dan menang

  
Hujung minggu yang lalu, aku menghabiskan masa bermain kad monopoly bersama adik-adikku Najaa dan Tonah. Siapa tahu bagaimana hendak bermain kad monopoly? Permainan ini, mengajar manusia agar mengejar harta dunia dengan cara yang kaya menindas yang miskin. Yang miskin pula tak mampu menindas yang kaya. Mendalam maksud ini, jika anda faham. Nak dijadikan cerita, nasib Tonah baik pula. Berturut-turut dia memenangi permainan ini. Aku dan Najaa kalah saja.


Giliran seterusnya dan seterusnya, Tonah tetap menang...



Akhirnya, setelah entah yang keberapa puluh kali giliran, aku mengecapi kemenangan!!! Aku ketawa sepuas-puas hati depan Tonah. Tonah nak cover malu, dia kata bahawa barulah mencabar permainan ni, asyik menang saja, bosan. Alasan! Dah kalah tu, terima saja lah. Ahahahaha....


Apalah.. Macam budak-budak. Eh? Ke aku yang macam budak-budak?



5 comments:

  1. eh.. ada kad monopoly?
    tak pernah main.. hahahha

    ReplyDelete
  2. hahahah, teringat zaman main Saidina dulu, macam monopoly la, menang kalah tu biasa la, nama pun game ;3

    ReplyDelete
  3. Aku pon tak pernah main kad monopoly...
    tp bila dgr monopoly, aku dah tau dah game dia camne...hheehhe

    Tp tonah mmg betul, tak best laa asyik menang je...hehehe

    ReplyDelete
  4. hahahah...lawak...seronok baca blog ni haha/...

    ReplyDelete
  5. Part yang best bila dah taksub, sampai rasa macam ilang duit and dapat duit betul. Ahahaha.. bila habis main baru la..rasa kosong. XD

    ReplyDelete