Tuesday, April 8, 2014

Amna di Sabah

Baru-baru ini, aku berpeluang menyertai Program Garisan Landasan Sabah. Tidak pernah lagi kaki ku ini menjejak bumi Sabah. Maka dengan gembira dan terujanya aku pergi ke sana. Abah, Umi dan adikku Najaa juga pergi bersama. 

Hari pertama di Sabah, kami pergi ke Tip of Borneo. Subhanallah... Cantik yang teramat tempat ini. Seketika, terdetik di hati aku: "Alangkah bahagianya jika aku boleh hidup sepanjang hayat di sini." Namun aku terus lupakan hajat itu sebaik sahaja teringat aku ada kehidupan sendiri di bandar Shah Alam.








Pada hari kedua aku di Sabah, barulah aku check in sebagai peserta Garisan Landasan Sabah. Lihat!! Dapat tag peserta!


Hari seterusnya, barulah program melukis di atas keretapi bermula. Sejujurnya, aku tak boleh melukis. Aku mahu menghabiskan masa aku dengan menikmati pemandangan di negeri ini. Mana ada masa untuk melukis.



Menikmati pemandangan? Tidaklah juga. Aku tertidur. Hehe.. Sampai di Beaufort, ada sekumpulan anak muda memakai pakaian traditional Sabah menyambut ketibaan kami. Cantik-cantik lah perempuan Sabah. Jadi aku buat keputusan untuk melukis perempuan Sabah seorang.


Aku dan keluarga jalan-jalan di Beaufort sekejap, mencari kedai makan.


Selepas itu, kami meneruskan perjalanan. Kali ini, naik keretapi tua. Sudahlah panas, sesak dan terhuyung hayang pula tu. Nasib baik pemandangan indah sekali. Berbaloi jadinya.




Subhanallah.. Cantik...


Lebih kurang tiga jam kemudian (kalau tak silap), kami selamat tiba di Tenom...



Malam itu, karya aku dipamerkan bersama karya pelukis-pelukis lain.



Tak banyak pun hasil kerja ku. Ada lah tiga keping saja. Atas ini salah satunya. Pagi berikutnya, kami sempat melawat Balai Seni Lukis Sabah sebelum pulang ke semenanjung.


Tamatlah percutian ku. Gembira sekali. Selepas itu, aku mendapat tahu akhbar menyiarkan artikel mengenai program ini. Lihat! Itu muka aku!!!

Baiklah, sampai di sini dulu cerita dari aku.


*Hidup ini indah...

2 comments: