Friday, February 14, 2014

Kisah zaman kanak-kanak (Geng 4A)

Setiap orang ada kisah zaman kanak-kanak mereka. Aku juga tak terkecuali. Makin usia meningkat dewasa ni, makin kerap pula terkenang zaman kanak-kanak. Zaman kecil, jujur dan tak berdosa. Patutlah indah sekali.

Apa yang aku nak cerita kali ni, kisah ketika aku darjah dua. (Darjah dua, aku masih pakai skirt lagi di sekolah) Aku berada dalam satu geng. Geng yang wujudnya secara semula jadi. Biarlah aku panggil geng itu dengan nama '4A'. Ini kerana kebetulan pula kami berempat yang berada dalam geng tersebut, nama bermula dengan huruf A.



4A terdiri daripada Amna (aku), Asyraf, Ayu dan Adam. Bagaimana geng ini boleh terbentuk? Kisahnya begini, cikgu kelas tidak mahu kelas bising, jadi cikgu telah atur tempat duduk dalam kelas selang seli lelaki dan perempuan. Pada pandangan cikgu, kelas akan senyap jika begini. Sebab perempuan dan lelaki tidak berkawan. Tapi nampaknya cikgu silap. Kami terlalu kanak-kanak pada ketika itu. Sekejap sahaja, kami berempat boleh berkawan. Bukan kami kisah lelaki atau perempuan. Kanak-kanak memang mudah berkawan.


Disebabkan aku duduk disebelah Asyraf, memori aku bersama dia lebih banyak berbanding memori aku bersama Ayu dan Adam. Yang paling aku ingat, aku dan dia selalu berlawan salin tulis dari papan hitam, siapa lebih cepat. Ada ketikanya Asyraf menang. Ada ketikanya aku yang menang. Tapi entah kenapa aku lebih ingat memori ketika aku yang menang. Kenapa ye? Hehe.. Oh.. rupanya sikap suka berlawan dengan lelaki ni, aku dah miliki sejak kecil. Buruknya perangai. Bawa perangai begitu sehingga ke universiti.


Aku ingat lagi, Asyraf kalau lumba tulis cepat dengan aku, sampai bergegar gegar meja. Muka dah hampir ke permukaan meja. Lidah terkeluar. Keadaan aku sendiri pula macam mana pula ya? Tak ingat. Tapi agaknya aku comel kot. (ceh..)


Biasalah kanak-kanak. Ada waktu bergaduh juga. Err.. kerap jugalah bergaduh. Tak ingat apa punca gaduh. Tapi setiap kali bergaduh, aku di pihak Ayu, Asyraf pula di pihak Adam. Bela kawan sejantina saja. Apa yang aku ingat, nakal juga Adam dan Asyraf apabila mereka bergabung.


Gaduh, gaduh juga. Tapi ada juga waktu kami ketawa bersama. Aku ingat lagi pada suatu hari.. ada seorang budak perempuan dari kelas yg terletak bertentangan dengan kelas kami. Budak perempuan tersebut comel, berambut panjang, diikat. Sebenarnya aku tak ingat pun wajah budak perempuan itu. Budak perempuan itu bernama Ayuni. (Nama mula dengan huruf A juga) Ayuni sedang menyapu lantai kelasnya. Asyraf yang berada di kelas kami ternampak dia, tiba-tiba saja Asyraf menjerit di pintu kelas: "Ayuni, Aku suka kau!" Kami bertiga terbahak-bahak ketawa. Hai.. kanak-kanak. Belajar dari TV agaknya?

Selepas tamatnya darjah dua, persahabatan kami pun tamat begitu sahaja. Seingat aku, Ayu masih selalu berjumpa aku walaupun sudah berlainan kelas, itupun sehingga darjah lima saja. Selepas tu tak dengar khabar lagi darinya. Adam dan Asyraf pula, aku langsung tak tahu apa khabar mereka. Pernah juga aku terdetik nak mencari mereka semula ketika aku dah besar /tua ni. Tapi memandangkan nama penuh mereka pun aku tak tahu, tak dapatlah nak mencari melalui FB. Entah-entah ada diantara mereka kini dah ada anak dah. Siapa tahu.

Begitulah sedikit kisah zaman kanak-kanak aku. Uniknya kanak-kanak, mereka boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Andai Ayu, Asyraf atau Adam ada terbaca ini, jangan segan silu, silalah tegur Amna. Hehe.. Jika ada lah.. Jadi, anda yang lain, bagaimana kisah kanak-kanak anda?

Zaman kanak-kanak itu indah.. Hidup ini indah...




7 comments:

  1. fuhh...bestnye cite...jadi rindu la pulak zman sekolah rendah dulu...ada jugak geng2 ni, tp semua lelaki....klau kwan ngan pompuan nanti kena ejek....

    ReplyDelete
  2. saya pun ada banyak kenangan zaman sekolah dulu.. hua hua hua...

    nama Amna unik.. kalau diorang ingat mungkin diorang akan cari kot.. XD

    ReplyDelete
  3. kan, childhood satu zaman yang sgt indah, kalau pintu suka hati doremon wujud mmg zaman kekanak yg gua nak pergi :3

    ReplyDelete
  4. darjah 2? aaaa nak cari gambar . kene check nie . mana familiar nama tu . cuma lupa yg mana . entah2 eira still contact dgn dorg ke kn. haha :D

    ReplyDelete
  5. Zahirah: cari la gamba. Nanti amna tunjuk diorang yg mana. Yelaa.. eira dok lama kat sana. Maybe masih contact diorang..

    ReplyDelete
  6. seronokkna zaman kanak-kanak.. Mujurlah sis sempat rasa zaman kanak-kanak sebelum sakit semasa bermumur 10 tahun.... :')

    ReplyDelete