Operate ini mengajar aku banyak perkara. Malah membuka mata aku untuk melihat dunia dari sudut berbeza. Apa yang aku dapat daripada ujian yang menimpaku ini adalah, 'Hidup ini indah'. Ya, hidup ini indah sangat.
Langit itu indah, hujan itu indah.. Setiap saat aku bernafas itu adalah indah.
Umi dan Abah menjaga ku dengan baik setiap saat. Tok sedara yang berusaha mencari ikan haruan untuk sembuhkan aku. Ibu saudara, bapa saudara, datang melawat dari jauh. Teman seperjuangan di UiTM datang menjenguk.. Ya, hidup ini indah...
Terbaring di katil tak buat apa-apa, mempunyai impian itu indah. Impikan satu hari nanti aku akan berlari di padang yang luas. Satu hari nanti aku akan melompat. Satu hari nanti aku akan menirap, berguling-guling. Semua perkara yang aku pernah buat satu ketika dahulu semasa tubuh masih sihat, semuanya indah. Tapi aku tak pernah sedar bahawa setiap benda remeh itu indah.. sehinggalah jadi begini, baru nampak.
Cerita hidupku yang diaturkan Tuhan, juga indah. Seseorang yang dulu amat rapat denganku dan aku sayang sangat padanya, dia langsung tak ambil peduli apa jadi kepadaku selepas operate. Tapi musuh ketatku yang aku benci sepenuh hati satu ketika dahulu, menjadi baik terhadapku selepas operate. Pelik, aneh sekali rasaku. Terlalu diluar dugaan. Bagai warna putih menjadi hitam, dan warna hitam pula menjadi putih. Tuhan tunjuk kepada ku begini sekali.
Ini adalah satu perasaan yang dah lama hilang dari diri aku. Bagai menjadi kanak-kanak semula. Rasa setiap perkara yang terjadi itu indah.
Aku kesal dengan sikap aku sebelum ini. Jika aku tidak rasa hidup aku indah sebelum ini, itu tandanya aku kurang bersyukur. Apabila kita bersyukur dan rasa cukup dengan apa yang Tuhan beri, ya, dari situlah kita mula rasa hidup ini indah. Sangat indah.
Ini adalah lukisan yang aku hasilkan semasa proses sembuh.
Menggambarkan kini aku melihat dunia dari sudut berbeza.
Adik-adik yang ada scoliosis di luar sana, jangan sedih-sedih. Kuatkan semangat. Hidup ini indah!
tahniah dan syukur.
ReplyDeletesalam amna, hyeee~
ReplyDeletealhamdulillah, welcome back amna :D
Alhamdulillah...
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ya cik Amna XD
semoga cepat sembuh....boleh lompat2 :)
ReplyDeletepembedahan ape kak? cepat sembuh, insyaAllah..
ReplyDeleteSalam pertama kali sampai...
ReplyDeleteAlhamdulillah pembedahan berjalan dgn selamat.
Aku sendiri pernah kena bedah, tp bukan scoliosis la. Hehe..
Memang benar, sebelum dan selepas bedah byk bezanya...
Sgt byk, smpaikan ke tahap kita nampak dunia dr sudut yg sgt berbeza...
Semoga cepat sembuh...
insyaAllah, akan singgah lagi lain kali :)
Terima kasih Amna utk cerita yg sangat indah ini.
ReplyDeleteYe, hidup ini indah. Kita akan nmpak keindahan sebenarnya hanya selepas beberapa nikmat ditarik sama ada secara kekal atau sementara.