Thursday, October 3, 2013

Aku dan Shin Chan

Selepas aku buat post yang aku tiru gaya Shin Chan hari tu, adik aku tiba-tiba bagi gambar Shin Chan kepada ku. Dia tanya, apa persamaan Shin Chan dengan aku. Kemudian, aku tersedar.


Warna pakaian kami sama! Hehe Shin Chan, aku tak ada niat nak tiru kau pun. Warna pakaian doodle aku begini sebab aku suka warna kuning. Merah pula warna yang aku suka selepas kuning.

*****

Baiklah, nak cerita topik lain pula. Hari tu, selepas menonton filem animasi Aladdin (Disney), aku tergerak untuk menghasilkan doodle ini:

Aku menaiki permaidani ajaib bersama Guli


Sejak kecil lagi aku dah menonton animasi tersebut. Bahagian yang paling aku suka dalam cerita itu adalah bahagian menaiki permaidani ajaib dan terbang. Lagu 'Whole new world' yang mengiringi babak tersebut juga merupakan antara lagu kegemaranku.

Aku tertanya-tanya juga pada diri sendiri, mengapa aku suka sangat babak ni sejak kecil? Mungkin bagi aku, indah sekali jika dapat pergi jauh seketika. Hanya seketika saja. Jauh dari kebisingan dunia ini. Pergi melihat tempat yang aku belum pernah lihat. Indah bukan?

Satu hari nanti, aku nak buat kartun sendiri, dan beri kanak-kanak lain pula berangan. Tak salah berangan. Dari angan-angan lah kanak-kanak pasang impian dan cita-cita.


7 comments:

  1. betul tu...angan-angan tu takpe...manatau jadi realiti

    ReplyDelete
  2. Pergilah naik kapal terbang.. melancong tempat yg tak pernah pergi..

    ReplyDelete
  3. Kero,kapal dah ramai orang naik,tak best lah. Kan kan kan Amna? Kalau naik permaidani terbang boleh menikmati keindahan yang ada,tak terkurung macam dalam kapal terbang.

    Tapi....boleh naik dalam mimpi je la kihkihkih

    ReplyDelete
  4. boleh je naik permaidani terbang,
    naik atas bangunan tinggi , bawak permaidani, terjun dr bngunan tu bersama permaidani. sila cuba *serius

    ReplyDelete
  5. haaaa... kannn... saya pun sebenarnya suka bab yang dia naik permaidani tue.. hu hu hu.. kan best kalau permaidani terbang benar benar wujud
    *imaginasi masih kuat walopon dah meningkat umur*

    ReplyDelete
  6. Keri: Alaa keri, npe cakap mcm tu? Keri ada apa-apa dendam ngan saya ke sampai suruh terjun bangunan? huhu..

    Aujinz: Sama la kita... da tua2 pn imaginasi mcm2 lg.

    ReplyDelete
  7. barangkali saudara keri ada pengalaman pahit bersama tikar dan bumbung bangunan... heheheh

    oh citer aladdin dari disney tu mmg antara citer disney kegemaran ai masa dulu2... bestnya kalo dpt naik flying carpet bebetul heee~ XD

    ReplyDelete