Sunday, May 17, 2015

Pendar Ratna oleh Amna Shark



Hai semua.... aku ada hasilkan komik baru. Pendar Ratna tajuknya. Pendar bererti sinar atau kilau manakala ratna bererti permata. Mengisahkan tentang Intan yang menjalani latihan praktikal di sebuah muzium. Tidak disangka-sangka, muzium tersebut menyimpan satu kisah lain...


Nama watak utama, Intan, juga bermaksud permata. Semasa memikirkan tajuk komik ini, ada beberapa tajuk lain yang aku pertimbangkan. Antaranya ialah 'Sinar Ratna' dan 'Relap Ratna'. Tapi aku pilih Pendar Ratna kerana Umi aku suka tajuk itu. Memandangkan Umi adalah orang sastera, aku mempercayai pilihan Umi.

Kini, Pendar Ratna boleh dibaca di sini.

Jika anda suka komik tersebut dan mahu baca sambungannya, kenalah undi. Kerana jika mendapat undian top 6 sahaja aku boleh teruskan melukis Pendar Ratna.

Tolong undi di sini.

Sebarang kritikan atau pandangan mengenai Pendar Ratna, jangan segan silu untuk memberitahu ku. Kerana aku masih perlu belajar banyak perkara dalam komik. Terima kasih...



11 comments:

  1. saya dah undi!
    penuh dengan unsur suspens
    jalan cerita pun tersusun
    karakter dan background pun cun
    teruskan berkarya amna

    ReplyDelete
  2. congrats amna, awak mmg ada ciri-ciri buat cerita gaya steven spielberg gitu, saspenssss. hahaha

    dah undi, tazzabar nk tggu episod seterusnya! ^^,

    p/s: putera tu mmg kacak betul :p

    ReplyDelete
  3. Dah undiiii...!!! Nak sambungaaann..!! >A<

    ReplyDelete
  4. best komik amna. saya dah undi dah, semoga berjaya.

    ReplyDelete
  5. Saya dah undi! Sambung sambung! Lepas ni boleh buat siri mcm upin ipin!


    Komik ni klu pergi jauh boleh jdi drama tau ahaha

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  7. Rajinnya Amna buat komik!
    Kalau dapat aura rajin Amna 6% je pun dah takpe dah...hehehe

    Belum undi, tp akan undi nanti.
    Hehe

    ReplyDelete
  8. Saya dah baca cuma belum sempat undi sebab opis saya block page undian....

    Cerita Amna suspen dan pandai letak kesaspenan tu kat page last.. sekaagn kalau nak tahu sambungannya, terpaksalah undi sampai Amna menang.... koh koh koh

    ReplyDelete
  9. saya suka, saya suka, saya sukaaaa!!! XDDD

    ReplyDelete
  10. Wahhh...best komik ni. memang ada unsur2 saspen..x sabar ni nak tahu camne intan nak deal dgn putera kayangan....apapun terbaik la amna. Keep It up! Teruskan melukis dan mencipta komik. :)

    ReplyDelete
  11. Terima kasih korang sume. Alhamdulillah komik ni dapat disirikan. Semuanya sbb jasa korang. tq tq...

    ReplyDelete