Friday, June 5, 2015

6 perkara mengenai Pendar Ratna

Seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ini, aku ada buat komik baru, Pendar Ratna tajuknya. Alhamdulillah, syukur.. Pendar Ratna berjaya disirikan. Dalam erti kata lain, anda akan dapat membaca sambungannya tak lama lagi. InsyaAllah. Terima kasih buat yang menyokong dan tak henti-henti memberi semangat kepadaku saat aku hampir putus asa.

Sementara menunggu sambungan Pendar Ratna, biarlah aku bercerita sedikit mengenai Pendar Ratna. Berikut adalah 6 perkara mengenai Pendar Ratna: (mungkin ada yang sudah tahu, tapi, tidak apa lah, aku cerita ulang-ulang. Haha..)


1. Maksud 'Pendar Ratna'



Menurut Kamus Dewan, 'Pendar' bermaksud: Cahaya atau sinar seperti yang kelihatan pada kunang-kunang (permukaan laut di waktu malam dll)

Panjang lagi huraian dalam Kamus Dewan. Jika mahu tahu, dipersilakan buka Kamus Dewan.

'Ratna' pula bermaksud 'permata', 'manikam' atau 'intan'.

Kenapa tajuk diberi sekian rupa? Ini kerana dalam komik ini, aku akan sentuh soal 'nilai'. Jika permata itu sesuatu yang bernilai, ini pula mengenai nilai dalam diri manusia. Tak perlu kupas panjang lebar, nanti jangan lupa baca ya?



2. Intan, watak utama


Nama watak utama dalam cerita ini, Intan, juga bermaksud 'permata', sama seperti maksud 'ratna'. Kebetulan? Kebetulan yang disengajakan.



3. Putera Kayangan


Percaya atau tidak, watak Putera Kayangan telah ku reka sejak tahun 2011 lagi. Namun cerita mengenainya tak pernah sempurna direka. Asyik mengalami perubahan saja. Pendar Ratna adalah hasil cerita yang asyik diubah suai sejak dulu.



4. Muzium Seri Bakawali.


Muzium Seri Bakawali adalah sebuah Muzium rekaan, tidak wujud. Namun rupa bentuk bangunan tersebut berasal daripada bangunan Muzium Sultan Alam Shah. Bagi yang menetap di Shah Alam, anda mungkin sering melihat bangunan tersebut.

Nak tahu satu rahsia? (Ahaha.. tak rahsia pun) Aku sendiri pernah menjalani latihan praktikal di Muzium Sultan Alam Shah. Mula-mula dapat idea cerita ini sebab diri sendiri pernah praktikal di muzium lah.



5. wajah-wajah awal Putera Kayangan


Gambar di atas adalah antara rekaan-rekaan awal rupa Putera Kayangan. Pelbagai kostum telah aku cuba berikan kepadanya, namun rambutnya tetap seperti itu. Rambut panjang dan menutupi sebahagian muka. Ini kerana aku rasa rambut panjang kelihatan misteri. Ok, sebenarnya, sebab aku suka lelaki berambut panjang. Ahahaha... ok, next... 


6. Penasihat utama Pendar Ratna


Komik Pendar Ratna ini, selain aku sebagai pelukis dan penulis, ada seorang Tuan Penasihat. Dia adalah, adik aku sendiri, Najaa. Najaa merupakan adik bongsu aku, berusia 14 tahun. Memandangkan dia seorang yang kuat baca komik, bijak pula tu.. Aku selalu mendapatkan nasihat mengenai Pendar Ratna daripadanya. Jadi, buat masa ini, selain diriku, Najaa adalah satu-satunya manusia yang tahu jalan cerita ini. (Tapi, janganlah pergi korek rahsia dari Najaa pula. Haha..) Sekarang Pendar Ratna juga memiliki seorang editor. Tapi aku belum beri sinopsis cerita kepada beliau lagi. Selepas ini aku akan ikut nasihat beliau pula.


Buat masa ini, cuma 6 perkara ini sahaja yang aku terfikir nak ceritakan. 

*****
Masih banyak benda yang aku perlu pelajari dalam menghasilkan komik. Harap kesemua guru komik yang pernah mengajarku tak bosan untuk terus ajar aku.


Sekian... Layan lah teaser Pendar Ratna ku:





7 comments:

  1. fuyoh fuyyohh... siap ada trailer, tahniah amna, saspen nih saspen~ :D

    siapakah pemilik suara2 dalam trailer pendar ratnamu itu? X3

    ReplyDelete
  2. fuhh...ada teaser la siap karun beranimasi lagi....fuh.... seram pulak dengar intan gelak mengilai last tu....congrats n good job! :)

    ReplyDelete
  3. Ni yang buat makin tak sabar lagi ni nak tunggu sambungan dia....hehehe

    ReplyDelete
  4. Teaser sangat cooolll...! *thumbs up.*

    Congrates sebab pendar ratna berjaya disirikan..! ^^


    Ok, suara ngilai2 last tuh seram.. =w=

    ReplyDelete
  5. Terima kasih korang sume. Teruskan menyokong Pendar Ratna ya? Huhu.. suara2 dlm teaser tu, suara rakan2 saya. dan... suara mengilai tu suara saya. ahahahahahahaha.....

    ReplyDelete
  6. rambut putera kayangan tu macam gua, muahahahaha! (nak jugak perasan)

    Anyway double thumbs up to Amna! Teaser yang sangat Marvelous ^_^

    ReplyDelete
  7. Tahniah Amna... sekarang dia makin bizi lah jawabnya.. harap harap Pendar Ratna akan dicetak juga... hua hua hua..

    Saya pun rasa rambut menutup separuh muka adalah misteri.. saya ada melukis satu watak dalam buku sketch dengan gaya rambut yang serupa...

    dan juga watak Adiff dalam Origami Biru juga dengan juntaian rambut yang sama.. koh koh koh

    ReplyDelete