Showing posts with label aku dan apa-apa saja. Show all posts
Showing posts with label aku dan apa-apa saja. Show all posts

Friday, April 8, 2016

Gadis Misteri 6 tahun

Blog kesayangan hamba, telah cecah usia 6 tahun pada 4 April yang lalu. Bagaimana aku boleh lupa tarikh lahir dia? Aduh, jika dia punya perasaan, dia tentu dah merajuk ni.

Sungguh, aku amat menyayangi blog ini. Usia sudah 6 tahun, follower tak ada la cecah ribu-ribu pun. Tapi aku tetap sayang dia. Aku tulis blog adalah sebagai jurnal catatan perjalanan ku. Oleh sebab itu aku tak pernah peduli follower berapa ramai. Namun, aku sedar aku mempunyai beberapa pembaca setia. Terima kasih untuk itu. Aku hargainya. Selalu juga terjadi, aku tidak membalas komen-komen pembaca aku. Aku rasa bersalah untuk itu. Maafkan aku. Aku akan cuba balas setiap komen selepas ini.

Disebabkan isi kandungan blog ini adalah jurnal aku, ianya bosan. Sekadar apa yang aku lalui, apa yang aku pelajari, apa yang aku nampak, rasa dan sebagainya. Jadi aku faham lah jika tak ramai pembaca. Tapi, sungguh, jutaan terima kasih kepada yang tetap menjadi pembaca sejak dahulu.

Isi kandungan blog ini, boleh dikatakan, 100% jujur dari hati aku. (Melainkan jika post-post yang melawak) Sini adalah tempat aku tulis segalanya secara jujur. Jadi andaikata aku pergi tinggalkan dunia satu hari nanti, andai ketika itu nama aku naik setaraf dengan P Ramlee, maka blog ini boleh dijadikan sebagai rujukan sejarah hidup Amna Shark. Tapi itu kalaulah nama aku naik setaraf P Ramlee. Jika tidak, biarlah blog ini lenyap begitu sahaja.

6 tahun aku setia menulis di sini. Akan terus cuba untuk setia selagi diizinkan Tuhan. Terima kasih semua pembaca.



Lukisan ini dilukis pada 4 April. Bagaimana ketika aku tulis tarikh pada lukisan tersebut, aku boleh lupa tarikh lahir blog ini? Argh... Rasa bersalah pada blog. Oh ya, lukisan di atas adalah avatar aku dan rakan-rakan blogger yang lain. Salah satu kebahagiaan dalam berblog adalah, aku dapat mengenali mereka. 



Sunday, January 17, 2016

GiveAway Contest Gila #7: Saya Nak Komik Percuma!

Seperti yang pernah aku sebut sebelum ini, aku antara 33 orang pelukis yang terlibat dalam menghasilkan Buasir Otak The Komik. Ini, ada promosi buat masa ini, bagi yang mahu dapatkan komik tersebut secara percuma. Apa lagi, mari lah sertai beramai-ramai!!


Langkah-langkah:

1. Like page Buasir Otak: The Komik.
2. Like dan share post di link ini.
3. Tag rakan-rakan facebook anda, seramai yang boleh, di ruangan comment.


Selamat mencuba ya semua !!!


***Oh ya, kepada yang mahu membeli komik ini pun boleh. PM fb Amna Shark.


Saturday, April 4, 2015

Gadis Misteri 5 tahun.




Hei.. Tahukah anda? Blog Gadis Misteri telah mencecah usia 5 tahun. Saja nak beritahu..

Sepanjang 5 tahun menghidupkan blog ini, ramai blogger-blogger hebat yang aku kenal. Terima kasih semua..

Tujuan aku menulis blog, tak lain tak bukan, hanyalah sebagai jurnal kisah perjalanan aku di atas muka bumi ini sahaja. Namun, segelintir manusia adakalanya perli aku. "Amna, sikit-sikit tulis blog.." Dengan nada yang sememangnya berbunyi perli lah. Jika anda bukan seorang penulis blog, tidak apa. Bukannya dosa pun kalau tak tulis blog kan? Tapi, tak usahlah perli kami yang menulis blog. Aku dapat banyak kebaikan daripada menulis blog.

 Antara kebaikan yang aku dapat dengan menulis blog adalah..,

1. Aku berkenalan dengan blogger-blogger lain yang mempunyai minat yang sama. Apabila blog aku penuh dengan lukisan, aku menarik minat blogger-blogger lain yang turut minat melukis. Bagus bukan? Aku boleh bertukar-tukar ilmu dengan mereka.

2. Aku tajamkan skill penulisanku. Memandangkan aku bukan lagi pelajar sekolah yang perlu tulis karangan, maka di sinilah tempat aku tulis karangan.

3. Aku tahu apa yang telah aku lalui. Kadang dalam hidup ini, pelbagai ujian kita lalui. Bila aku menulis blog, aku mencatit apa yang telah aku lalui. Jadi apabila sesuatu ujian mencabar datang kepadaku, aku mengingatkan semula diri aku. Aku telah lalui bla.. bla.. bla.. Tentu ujian kali ini juga aku mampu lalui.

4. Aku menolong orang orang yang sama nasib dengan aku. Dalam dunia realiti, agak susah untuk aku bertemu dengan orang yang ada scoliosis seperti aku. Tapi dengan menulis blog, mereka-mereka boleh menemui aku dan kami saling bertukar cerita.

5. Aku bahagia. Ya, aku bahagia menulis blog. Mungkin mereka-mereka yang perli aku menulis blog, sebenarnya cemburu sebab mereka tak merasai kebahagiaan seperti ku. Muahahahahaaha....


Selamat menyambut ulang tahun yang ke-5 wahai blog ku. (hehe.. sendiri ucap.) Aku akan terus menulis di sini selagi diizinkan Tuhan.



Tuesday, April 8, 2014

Amna di Sabah

Baru-baru ini, aku berpeluang menyertai Program Garisan Landasan Sabah. Tidak pernah lagi kaki ku ini menjejak bumi Sabah. Maka dengan gembira dan terujanya aku pergi ke sana. Abah, Umi dan adikku Najaa juga pergi bersama. 

Hari pertama di Sabah, kami pergi ke Tip of Borneo. Subhanallah... Cantik yang teramat tempat ini. Seketika, terdetik di hati aku: "Alangkah bahagianya jika aku boleh hidup sepanjang hayat di sini." Namun aku terus lupakan hajat itu sebaik sahaja teringat aku ada kehidupan sendiri di bandar Shah Alam.








Pada hari kedua aku di Sabah, barulah aku check in sebagai peserta Garisan Landasan Sabah. Lihat!! Dapat tag peserta!


Hari seterusnya, barulah program melukis di atas keretapi bermula. Sejujurnya, aku tak boleh melukis. Aku mahu menghabiskan masa aku dengan menikmati pemandangan di negeri ini. Mana ada masa untuk melukis.



Menikmati pemandangan? Tidaklah juga. Aku tertidur. Hehe.. Sampai di Beaufort, ada sekumpulan anak muda memakai pakaian traditional Sabah menyambut ketibaan kami. Cantik-cantik lah perempuan Sabah. Jadi aku buat keputusan untuk melukis perempuan Sabah seorang.


Aku dan keluarga jalan-jalan di Beaufort sekejap, mencari kedai makan.


Selepas itu, kami meneruskan perjalanan. Kali ini, naik keretapi tua. Sudahlah panas, sesak dan terhuyung hayang pula tu. Nasib baik pemandangan indah sekali. Berbaloi jadinya.




Subhanallah.. Cantik...


Lebih kurang tiga jam kemudian (kalau tak silap), kami selamat tiba di Tenom...



Malam itu, karya aku dipamerkan bersama karya pelukis-pelukis lain.



Tak banyak pun hasil kerja ku. Ada lah tiga keping saja. Atas ini salah satunya. Pagi berikutnya, kami sempat melawat Balai Seni Lukis Sabah sebelum pulang ke semenanjung.


Tamatlah percutian ku. Gembira sekali. Selepas itu, aku mendapat tahu akhbar menyiarkan artikel mengenai program ini. Lihat! Itu muka aku!!!

Baiklah, sampai di sini dulu cerita dari aku.


*Hidup ini indah...

Thursday, January 9, 2014

Mari buat Ice Cream Cake

Semasa hari jadi Umi tempoh hari, aku berani-berani cuba buat ice cream cake, walaupun tak pernah buat sebelum ini. Selepas mengkaji beberapa resipi di internet, aku ubah suai resipi nternet ikut cara aku. Err.. sebenarnya bukan ubah suai, tapi terpaksa ubah berdasarkan bahan apa yang aku mampu dapatkan. Nasib baik la ice cream cake itu menjadi walaupun kejutan sudah tak jadi. Haha..

Selepas siap, aku post gambar ice cream cake itu di instagram. Niat nak menunjuk-nunjuk kepada adikku Tonah yang turut suka menunjuk semua benda yang dia masak di instagram. (Niat tak baik tu. Mohon jangan sesiapa contohi. Aku sendiri kesal) Aku dan Tonah, baru-baru ni seperti suka lawan masak pula. Pelik tu. Oh, siapa nak follow instagram aku, boleh saja. Cari 'amnashark' ya?

Kepada rakan-rakan yang meminta resipi, hari ini aku nak berkongsi cara aku buat ice cream cake. Tak pernah pula blog aku memiliki resipi. Pelik bukan? Tak apa, baca sajalah. Mana tahu berguna.


Amat mudah!!! Benar-benar amat mudah! Apa yang perlu, dapatkan dulu bahan-bahan seperti di bawah:


Bahan-bahan:
1. Biskut Chipsmore (mungkin sekitar 18-20 keping, bergantung kepada saiz dulang anda)
2. Dua jenis ice cream yg berlainan perisa. (kalau nak cantik, pilih warna yang berbeza)
3. Mentega (kuantiti bergantung kepada jumlah biskut anda. Mungkin separuh dari sebuku mentega)


Mula-mula, hancurkan biskut dan cairkan mentega. Campur keduanya dan gaul.


2. Guna dulang yang boleh ditolak lantainya. (tak tahu apa nama dulang ni. maaf) Ambil campuran biskut dan mentega tadi dan padatkannya pada seluruh lantai dulang dan dinding dulang. Selepas itu, masukkan ke peti sejuk (frozen) selama 15 minit.


Selepas itu, ambil satu jenis aiskrim dan biarkan ianya lembik dahulu. Lembikkan saja, tak perlu cair sampai jadi air. Ratakan aiskrim itu dalam dulang tadi. Masukkan semula dalam peti sejuk (frozen) selama 30 minit. Selepas itu, ulang langkah yang sama untuk layer atas, dengan menggunakan lagi satu perisa aiskrim.


Hias lah ikut cita rasa sendiri. Akhir sekali, masukkan semula ke dalam peti sejuk (frozen) selama 4 jam atau lebih. Kena sabar menanti ya. Nah!!!! Siap!!! ice cream cake mudah dan malas, tapi InsyaAllah hasilnya cantik dan sedap.

Serlahkan kreativiti mu!! Gabungkan perisa-perisa aiskrim yang unik mengikut citarasa masing-masing. Boleh juga campurkan chocolate chips, chocolate rice, m&m, marshmallow atau kekacang ke dalam aiskrim semasa ia lembik tadi, sebelum masukkan ke dulang. Terpulanglah, ikut selera masing-masing.

Selamat mencuba!!!



Peliknya, aku buat resipi kat blog? Haha.. tak apalah.. Jumpa lagi dalam post akan datang. Hidup ini indah!!!




Thursday, December 19, 2013

Header baru


Sudah agak seketika juga aku tidak menukar header blog. Oh yeah!!! Hari ini aku berjaya mencuri masa sedikit untuk membuat header baru.

Header baru aku ni, mungkin tak ada sebarang makna tersirat. Itu pun sama ada ia mempunyai makna atau tidak, bergantung kepada orang yang menilainya bukan?

Mungkin ia sekadar beberapa watak yang aku suka-suka lukis. Mungkin juga ia melambangkan diri pelukis itu sendiri. Mungkin juga ia melambangkan satu impian yang terpendam. Siapa tahu kan?

Tapi, tak perlu serabut otak fikir apa maknanya. Sebab, bila header ini mempunyai makna, kelihatan agak poyo lah pulak. Jadi, biarkan ia tanpa sebarang makna. Jika mempunyai makna pun, biarkan ia kekal misteri.....

Sekian, Jumpa lagi dalam post akan datang~~~~


Saturday, December 7, 2013

Disney- Frozen

Beberapa hari lepas, aku pergi menonton Frozen. Bersama aku ialah Umi dan adikku. Secara keseluruhan, ianya satu cerita yang bagus. Tak rugi tengok.



Berlagak macam dalam cerita tu kononnya.
Tapi hakikatnya, aku teramatlah tidak tahan sejuk.


Ok, memang tak ada apa nak cerita pun. Sekadar memastikan blog ku tidak sunyi sepi.


Monday, August 12, 2013

Drama Pendek: Kisah Tiga Hidupan

Hai pembaca Gadis Misteri sekalian. Hari ini, aku sediakan sebuah drama pendek, untuk anda semua berfikir seketika. Selamat membaca!!!

*****

Pada zaman dahulu, ada dua sahabat. Sang Burung dan Sang Kucing. Mereka telah lama berkawan.



Pada suatu hari, muncul lah kekasih lama Sang Kucing. 


Konflik terjadi. Sang Kucing tersepit antara dua. Ada dua hati yang perlu dijaga oleh Sang Kucing.


Maka, Sang Burung ambil keputusan untuk pergi jauh dari Sang Kucing. Ini dapat membantu Sang Kucing yang tak boleh membuat pilihan itu.



Tamat....

*****



Ini ada beberapa nasihat yang boleh kita ambil dari cerita ini:



Baik, mari guna akal dan pendapat pembaca-pembaca sekalian. Jika anda ialah Sang Burung, adakah anda akan membuat tindakan yang sama seperti Sang Burung? Atau anda ada jalan lain yang lebih baik? Sila tinggalkan pendapat masing-masing.

Terima kasih...

Tuesday, August 6, 2013

Buat semua pembaca Gadis Misteri...


Selamat hari raya, maaf zahir batin. Terima kasih kerana menyokong blog ini selama ini.


Sunday, May 5, 2013

Apa ada dalam beg anda?

Dalam keadaan laptop rosak, sempat curi-curi online sekejap guna laptop mak masa balik rumah hujung minggu, sempat lagi aku join segmen Tangan Punya Kerja ni. Sesiapa nak join, marilah ramai-ramai. Best segmen ni.

Aku ni, seorang yang sweet simple macam tu je. Eh? Macam puji diri sendiri. Ahaha... Bukanlah, maksud aku, lebih kurang begini je apabila aku ke kerja. Aku suka berbaju putih. Lepas tu, handbag kegemaranku, adalah handbag kuning ini. Apa dalam handbag ku?

Biasa-biasa je. Seperti mana-mana perempuan lain... Adalah sedikit alat solek, dompet yang dah pakai semenjak sekolah menengah, tak pernah terbuka pintu hati nak beli dompet baru. Dan pendrive yang disangkut teddybear kecil.


Tapi, ada beberapa barang yang buat semak beg aku je, tapi terpaksa juga letak sebab ianya barang keperluan. Kad lrt, kad apartment ku, kad hospital la pulak. Tambahan pulak tag office tu, dan lain-lain lagi. Ini memang buat semak beg. Tapi terpaksa jugak letak. Ahaha... At least, tak adalah berus jamban macam si Lanun Ranggi tu cakap di entri dia. Haha..

Ok, berjaya sertai dalam keadaan tanpa laptop pun. Ahaha.. Anda semua dijemput sertai...





Wednesday, April 10, 2013

Gadis Misteri 3 Tahun (Tempoh penyertaan kini sudah ditutup)

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi sertai
segmen tak seberapa dari ku ini.
Seperti yang aku janjikan, akan ku tamatkan tempohnya setelah penyertaan mencapai jumlah yang aku mahu. Tak sangka betul-betul boleh capai jumlah tu.
Tempoh menyertai kini telah tamat.


Gembiranya. Tak sangka dapat sambutan. Kepada semua peserta, sila tunggu ya. Semua karya anda akan disiarkan tak lama lagi. Terima kasih atas sokongan semua. Teruskan menyokong Gadis Misteri ya?

Thursday, April 4, 2013

Gadis Misteri 3 Tahun

4 April... Tarikh ini, genablah usia blog ku 3 tahun. Terima kasih pembaca Gadis Misteri semua. Sedar tak sedar, blog kesayangan ku ini sudah cecah umur 3 tahun. Jadi, sempena ulang tahun blog ku ini. Aku mahu memberi hadiah kepada pembaca-pembaca ku. Sebab tanpa korang, blog ni mungkin bosan. (walaupun pada asalnya, niat aku untuk terus menulis blog walaupun tak ada orang baca. Tapi bila ada orang baca, gembira rasa hati tau.)

Berbalik kepada topik asal, ada sesiapa di antara pembaca ku mahu hadiah tak? Hadiah apa? Oh, hadiah tu misteri, sebab nama blog ni pun misteri. Hehe. Mahu tak?

Sebelum aku beritahu cara-cara untuk mendapatkan hadiah misteri yang sebenarnya tak adalah misteri sangat tu, aku ingin membuka satu cerita dulu.


Bagi yang dah lama ikuti blog aku, tentu korang kenal watak di atas ini kan? Ada yang pernah tanya ku, mengapa watak mesti mini skirt serta singlet? Ini jawapannya... Ada kalanya, watak ini boleh muncul menutup aurat dengan sempurna. Tapi, aku lebih suka dia seperti di atas. Sebenarnya, walaupun umur aku sudah agak tua, namun jauh di sudut hatiku, aku masih memiliki jiwa kanak-kanak. Cewah, ayat... Maka, watak ini menggambarkan aku yang masih kanak-kanak walaupun cerita yang di ceritakan adalah cerita hari ini. Ketika kecil dulu, rambut aku seperti watak inilah. Lepas tu, aku ada satu mini skirt yang menjadi kegemaranku. Lepas tu, warna kuning adalah warna kegemaran ku. Dulu kalau main-main jadi power rangers, aku mesti ambil watak power rangers kuning. Haha.. betul. Jadi kesimpulannya, watak ini direka berdasarkan diri aku di zaman kanak-kanak, tapi aku buat dia dewasa lah. 

Aku waktu kecil, beserta mini skirt kegemaran ku ketika itu.


Oh ya, mengenai hadiah misteri untuk para pembara ku. Maaf, intro tadi begitu panjang pula. Hehe..


Hadiah untuk pembaca Gadis Misteri

Caranya mudah saja... Eh, er..rasanya mudah je. Begini caranya:

1. Buat satu entri di blog masing-masing yang bertajuk 'Gadis Misteri 3 Tahun'.

2. Letak gambar WATAK KARTUN di atas (bukan yang gambar sebenar aku tu) dan link kan gambar tersebut ke entri ini.

3. Lukis watak tersebut, (rambut hitam, baju kuning dan skirt merah itu) tetapi sila lukis dalam style masing-masing. (maksudnya, style lukisan masing-masing) Hehe.. teringin aku nak melihat watak kesayangan ku itu dalam style yang berbeza. Jangan lah beri alasan tak pandai lukis ya? Cuba je lah... Boleh tak?  Selepas itu, jangan lupa untuk tunjukkan lukisan anda dalam entri tersebut.

4. Tarikh tutup penyertaan: Memandangkan aku ingin memberi hadiah kepada SEMUA yang menyertai, jadi aku akan tutup selepas aku menerima penyertaan dalam jumlah yang aku mahu. Jadi, tarikh tutup akan diberitahu kemudian.

5. Jangan lupa berikan link entri anda di sini.


Semua di jemput menyertai!!!!! Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Terharu...


Friday, October 5, 2012

The Phantom of the Opera

Phantom of the Opera... Aku masih ingat cerita yang dipelajari sebagai subjek literature semasa tingkatan dua dulu. Ia sememangnya cerita kegemaran aku sehingga hari ini. Malah, movie nya juga menarik. Minggu lepas,  TV2 menyiarkan cerita tersebut. Walaupun dah pernah menontonnya satu ketika dulu, aku tetap ternanti-nanti cerita ini disiarkan di TV. Selepas itu, aku menghasilkan doodle Phantom of the Opera. Sebab aku suka sangat!!!

 Phantom of the Opera.
Lukis spontan je ni. Lukis semasa tunggu giliran di hospital.



Ceritanya berbentuk muzikal. Setiap dialog dalam lagu. Kostum cantik-cantik. Set pun cantik. Pelakon pun cantik!
 The Phantom




Christine Daae.

Christine Daae sangat cantik. Suka tengok muka dia. Walaupun pernah ada orang kata muka Christine Daae ni macam aku, tapi sebagai tuan badan aku menafikannya lah. Tak sama pun. Oh ya, bukan kerana tu aku suka cerita ni ya? 


Salah satu babak.


Terus terang, aku jatuh cinta la dengan The Phantom ni. Dia cool dan misteri. Sering tinggalkan bunga ros merah yang diikat reben hitam untuk Christine Daae. Tapi, cool macam mana pun dia, dia tetap watak jahat. Banyak membunuh orang dan pentingkan diri sendiri, semua harus ikut kehendak dia, panas baran. Kalau semua sifat negatif dia tu tak ada, dia sempurna. Hehe..


Kini, sebaris lagu dari cerita ini sering terngiang-ngiang di telinga ku....


"The Phantom of the Opera is here... Inside my mind..."