Wednesday, December 31, 2014

Gadis Misteri di Sarawak (Bahagian 4: Hello Kuching)

Ini cerita lama. Baru ada kesempatan bercerita. Selepas aku meninggalkan Mukah, aku tidak terus pulang ke semenanjung. Sebaliknya, aku singgah berjalan-jalan di Kuching dahulu. Yalah, alang-alang sampai Sarawak, haruslah singgah Kuching. Sampai saja di Kuching, sepupu ku Dijah, yang merupakan pelajar di Kuching datang mengambilku. Singgah makan sekejap, selepas itu dia terus membawa ku ke Sarawak Cultural Village. 

Sarawak Cultural Village adalah tempat paling menarik yang aku pernah sampai di Kuching. Dijah dan rakannya dapat masuk ke situ dengan harga student. Aku masuk situ dengan harga normal. Sepatutnya, aku kena datang sewaktu masih student dulu. Hehe..

Sarawak Cultural Village memang menarik. Rumah-rumah, pakaian, dan tarian pelbagai suku kaum di Sarawak dapat dilihat di sini.

Passport ke Sarawak Cultural Village





Berpeluang menggayakan pakaian Bidayuh.

Pada hari kedua aku di Kuching, aku berjalan pula ke Gua Angin, Gua Pari-pari, dan Muzium Kucing. Apa yang tak dijangka adalah, aku memandu kereta ke tempat-tempat berikut. Belum lagi mengenali Kuching, sudah berpeluang memandu di Kuching. Wow. Ini kerana sepupu ku ada hal yang tak dapat dielakkan. Maka dia meminjamkan keretanya padaku, dan rakannya menemani aku untuk menunjuk arah. Syukur ada yang menemani. Tak berani juga memandu sendiri di tempat baru.


Gua Angin.

Gua Pari-pari

Gua Pari-pari amat cantik. Cuma oleh kerana aku gayat, aku tidak dapat naik lebih tinggi.

Akhir sekali, Muzium Kucing. Tempat yang aku teringin pergi sejak kanak-kanak dahulu. 


Tamat sudah kisah aku di Kuching. Maka pulanglah aku ke rumah ku syurga ku, setelah 28 hari di Sarawak. Secara keseluruhannya, Sarawak memang terbaik lah. Mukah amat indah. Terasa tenang sepanjang duduk di Mukah. Mungkin aku akan menjejakkan kaki kembali ke Sarawak satu hari nanti. InsyaAllah...

Guli, budak yang kena tinggal 28 hari.


Lama tidak update blog

Sudah agak lama aku tidak update blog. Minta maaf bagi yang menunggu post dari ku. Semenjak pulang dari Sarawak, entah bagaimana aku boleh menjadi sibuk pula. Sedangkan aku bukan bekerja dengan mana-mana company sekarang. Aku sedang cuba kerja sendiri. Susah rupanya kerja sendiri. Susah nak disiplin kan diri. Haha..


Alang-alang dah bersembang di sini, saja lah aku mahu memberitahu, aku baru buat satu page di FB, page Amna Shark. Semoga dengan ada page ini aku makin rajin untuk berkarya. Yalah, baru aku boleh nampak berapa kerap aku update karya sendiri. Kalau sudi, sila follow ya?



Begitu juga dengan instagram ku, bernama amnashark.




Itu saja buat masa ini. Wah, post pertama dalam bulan Disember adalah dipenghujung bulan? Tahniah Amna.

Saturday, November 15, 2014

Gadis Misteri di Sarawak (Bahagian 3: Melawat Sibu)


Yay... berpeluang jalan-jalan ke Sibu. Perjalanan dalam dua jam dari Mukah akhirnya sampai. Aku ke Sibu sebab menemani kakak mengambil abang ipar aku. Tapi sambil menyelam minum air la. Jalan-jalan jom... Maaf lah ya, banyak gambar aku saja dalam post kali ni. Sebab apa? Sebab kakak aku tukang ambil gambar je. Hehe.. 


Tokong sebelum sampai ke Sibu.


Sibu Lake Garden






Simbol Sibu adalah Swan. Boleh didapati banyak swan di sini.

Tak banyak nak diceritakan mengenai Sibu, sebab aku di sana satu hari sahaja. Errr... tak sampai satu hari pun. Itu saja cerita buat masa ini. Terima kasih singgah...



Tuesday, November 11, 2014

Gadis Misteri di Sarawak (Bahagian 2: Mukah yang indah)

Sudah hampir tiga minggu aku berada di Mukah. Sudah tentu aku mulai rindu kampung halaman ku. Namun, buat masa ini, aku hanya mahu menikmati saat saat di Mukah. Mukah adalah sebuah tempat yang indah. Langit sentiasa cantik, malam sentiasa dingin, jauh dari kebisingan kota. Jika aku mampu, hari tua aku nanti aku rela habiskan di sini. Kalau boleh la.

Mula-mula aku turun bas ketika sampai Mukah, aku terlihat bangunan ini:


Kemudian kakak aku memberitahu bahawa kebanyakan bangunan di sini memiliki bentuk kon seperti itu di atasnya. Ia melambangkan topi nelayan kerana Mukah adalah tempat yang kaya dengan  hasil laut. Oh begitu. Ya, aku mula nampak bangunan-bangunan lain yang turut memiliki 'topi nelayan' itu.



Gambar di atas ini pula adalah masjid Mukah dari dalam. Masuk ke masjid ini, akan terpukau dengan keindahan silingnya. Corak terperinci yang agaknya semua dilukis dengan tangan.


Tersengih di tepi jeti.


Ada satu hari tu, kakak aku membawa aku jalan-jalan sekitar kampung berdekatan. Rumah kampung di sini semuanya bagaikan pemandangan lukisan. Kebiasaannya mereka ada laluan titi ke rumah mereka.


Mukah ada pantai. Lihat, langit cantik bukan? Ya, sini langit amat cantik.





Matahari terbenam.


Pelangi petang.


Jalan menuju kebahagiaan mungkin?


Pekan Sabtu Oya.


Di sebelah Pekan tadi.


Cerombong asap dari kilang sagu Mukah dari abad ke20

Begitulah sedikit gambar untuk menunjukkan keindahan Mukah. Masih banyak lagi aku mahu bercerita. Harap aku mampu sambung lagi post mengenai kisahku di Sarawak. Terima kasih singgah...


Wednesday, November 5, 2014

Gadis Misteri di Sarawak (Bahagian 1: Sarawak! Aku datang!)


"Guli, aku mahu pergi ke Sarawak ni." kata ku kepada Guli, kucing hitam ku. Guli hanya membalas dengan wajah tak berminat. Bagi anda semua yang pernah melihat Guli dari Instagram ku (amnashark), ya, Guli sememangnya kucing yang berwajah sombong sikit. Disebabkan Guli tidak berminat, maka aku tinggalkan lah dia. Sebenarnya aku tak pernah ada niat nak bawak Guli pun. Hahaha.. padan muka, sombong lagi dengan aku. Kan dah kena tinggal.


Tanggal 20 Oktober 2014, iaitu sebelas hari yang lalu jika ikut sewaktu post ini ditaip, aku berangkat ke Sarawak. Tiba di lapangan terbang Sibu, seorang sepupuku yang ku panggil Kak Nini, mengambil ku bawa pulang ke rumahnya. Alhamdulillah.. Tidaklah sendirian di negeri orang. Ada saudara yang bekerja di sana. Selepas itu aku bermalam di Sibu selama satu malam.

Sketchbook aku, semasa malam pertama aku di Sibu.


Kak Nini bawa aku makan di sini. Halal.  


Tengah hari esoknya, aku pergi ke Mukah menaiki bas. Dua jam lebih perjalanan jika tak silap. Hampir mabuk, aku gagahkan diri juga. Pemandangan sepanjang perjalanan, cantik. Sekali sekala terlihat rumah panjang. Kalaulah aku dapat melawat rumah panjang. Hampir sampai ke Mukah, akan nampak pemandangan laut. Akhirnya, Alhamdulillah, sampai juga aku ke Mukah.

Lain kali aku cerita pasal Mukah pula. Huhu.. haraplah aku rajin. Post ini saja dah lama taip tapi tak siapkan. Bukan sebab malas. Kurang rajin je. Hehe... Apa apapun, Sarawak best! Nanti akan sambung cerita lagi. InsyaAllah.


Thursday, October 16, 2014

1 year post-op

Sedar tak sedar, bulan ini sudah cukup 1 tahun selepas aku selamat menjalani pembedahan. Ada beberapa rakan-rakan yang turut mempunyai scoliosis bertanya pelbagai soalan kepada ku. Tidak apa, teruskan bertanya. Aku gembira jika pengalaman aku boleh membantu rakan-rakan scoliosis yang lain.

Alhamdulillah, setakat ini aku sihat sejahtera. Boleh melompat-lompat, boleh berlari, boleh menari-nari, boleh berbasikal. Setakat ini scoliosis tidak menghalang aku dengan aktiviti harian. Tapi untuk langkah berjaga-jaga, aku tetap mengelak dari mengangkat barang yang berat.

Kepada rakan-rakan scoliosis yang lain, jangan putus asa. kuatkan semangat. Kita adalah orang yang kuat dapat bertahan hidup dengan scoliosis. Hidup ini indah...


lukisan yang dilukis semasa 11 bulan post-op


Tuesday, September 16, 2014

Abah

Aku akhirnya diberi kebenaran untuk memandu sendiri ke tempat kerja. Maklumlah hari ni kan cuti hari Malaysia. Aku pula perlu ke tempat kerja atas sedikit urusan. 


Abah yang memberi kebenaran untuk aku memandu melihat saja aku pergi...


....sambil berdoa.


Hehe.. bapa mana tak risau pada anaknya. Ye tak? Alhamdulillah, sudah selamat sampai.

Friday, September 12, 2014

Memaafkan

Adikku, Tona, kini sudah pulang ke Canada. Ini adalah kisah sebelum dia pulang. Semasa dia masih di Malaysia, sudah menjadi tanggungjawab dia menghantar aku pergi office. Setiap pagi, kami akan bersarapan bersama sama. Upah untuk dia sebab tolong hantarkan lah.

Pada suatu pagi, di sebuah restoran mamak tidak jauh dari office aku, kami menantikan roti telur dan Teh O ais kami sampai. (menu yang sama hari-hari) Lepas tu, mamak tu tak sengaja tertumpahkan kuah dal pula. Dia cepat-cepat mengelapnya.








Aku terkena semula dengan ayat sendiri.



*Sibuk yang teramat sekarang. Maaf jarang update. Maaf lukisan juga semakin buruk.

Tuesday, September 9, 2014

2 September 2014

Tarikh 2 September tiba lagi. Bertambahlah umur aku tua setahun. Umur hanyalah angka, itu pendapat aku dulu-dulu. Tapi untuk umur 24 ini, terasa ia bukan sekadar angka. Ianya lebih dari itu. Antara umur 23 dan 24 dalam hayat aku, pelbagai peristiwa terjadi. Dalam tempoh hanya setahun itu, macam-macam aku pelajari yang membuatkan aku berubah sepenuhnya dari segi emosi atau pemikiran. Namun, kisah perjalanan 23-24 itu aku pilih untuk tidak cerita. Kerana ia mungkin hanya bermakna untuk diri aku. Bukan untuk orang lain.
Tahun ini juga, entah kenapa terasa lebih disayangi. Dapat banyak kek. Dapat kek dari rakan baik, dapat kek buatan adik sendiri, Tona. Juga dapat kek dari rakan-rakan usrah yang aku sayang. Kuantiti kek bukanlah bermakna kuantiti kasih sayang. Cuma terasa bahagia menerima kek sempena ulang tahun kelahiran.
 Kata orang, makin kita dewasa, kawan kita akan semakin berkurangan. Benar. Itu apa yang aku rasa sekarang. Tapi, kawan-kawan yang masih kekal di sisi terasa lebih mahal. Biar sikit kawan, Asal kawan yang sedikit itu adalah kawan sejati. Kalau boleh kawan sehingga Syurga.
Banyak lagi ingin aku tulis. Tapi kebelakangan ini aku diburu kesibukkan. Itulah sebabnya jarang update blog. Terima kasih kepada yang masih mengunjung walau aku jarang update. Aku cuba apdate lebih kerap lagi. InsyaAllah. Sehingga berjumpa lagi...




Wednesday, August 13, 2014

Kisah Pengapit

Beberapa hari yang lalu, selesai sudah majlis kahwin kakak aku. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Disebabkan aku adalah adik dia yang paling cantik, aku dipilih jadi pengapit kakak aku. (Ni namanya sengaja mencari pasal dengan adik beradik sendiri. Hehe...) 


Tapi, pada hari tersebut, aku diserang bertubi-tubi oleh ramai oarang. Serangan soalan.


Ianya tekanan yang amat besar. Aku tak perlu jelaskan bagaimana perasaannya. Sebab aku tahu ramai di luar sana yang turut rasa apa yang aku rasa ini. Malah kawan-kawan aku sendiri juga ramai yang mengalami tekanan yang sama. 


Soalan tak logik lah. Bagai tanya "Kau mati bila?" Yalah, soal jodoh macam soal maut juga. Hanya Tuhan yang tahu. Pergi tanya pada aku, bagaimana nak jawab? 

Bila aku dah stress dengan soalan tersebut, pantas aku menjawab: "Esok..." Tergelak-gelak mereka yang bertanya tadi. Tu lah, tanya tak logik, balasnya loyar buruk lah. Maaf lah atas kasar bahasa.

Bukannya aku memilih sangat sebab tu belum ada calon. Aku memilih sikit-sikit je. Tak nak perokok, nak yang jaga solat, pandai mengaji, bla.. bla.. bla.. bla... bla.. Oh ya, memang aku memilih. Hehe.. 

Itu saja cerita untuk hari ini. Terima kasih berkunjung di blog ini. Sekian.. 



*Alhamdulillah, best jugak ada abang ipar. 





Tuesday, July 22, 2014

Jangan Buat Dia Marah

Selalunya, pada petang Jumaat, adikku Tonah akan mengambil aku dari tempat kerja untuk bawa ku pulang ke rumah. Maklumlah, Tonah ni driver aku. Err.. sebenarnya, aku yang tidak memiliki kereta. Miliki lesen tapi belum pandai lagi memandu. Kenalah Tonah ambil aku agar dapat aku pulang ke rumah Ayahanda dan Bonda. Hehe..

Sepanjang dalam perjalanan, terpaksalah dengar cerita-ceritanya. Cerita di tempat kerjanya, ini, itu, macam-macam lah.


Kadang-kadang, aku ni nakal sikit. Kadang-kadang saja lah. Selalunya aku baik. Percaya tak? Bila aku dah nakal, aku usik Tonah. Aku perli cara dia bercakap dengan guna nada yang dia selalu guna.


Bila Tonah dah marah pada aku. Satu ayat ni saja yang mesti dia guna: "Keluar sekarang!"


Maka, tinggallah aku seorang diri di tepi highway...


Hehe.. Gurau sajalah. Yang panel terakhir tu, tak betul pun. Mana mungkin Tonah akan tinggalkan aku di tepi highway walaupun sudah beberapa kali dia kata 'keluar sekarang'. Nanti, siapa lagi nak belanja dia makan kan? hehe..


*Ramadhan sudah hampir berakhir. Sekejapnya masa berlalu...