Sudah hampir tiga minggu aku berada di Mukah. Sudah tentu aku mulai rindu kampung halaman ku. Namun, buat masa ini, aku hanya mahu menikmati saat saat di Mukah. Mukah adalah sebuah tempat yang indah. Langit sentiasa cantik, malam sentiasa dingin, jauh dari kebisingan kota. Jika aku mampu, hari tua aku nanti aku rela habiskan di sini. Kalau boleh la.
Mula-mula aku turun bas ketika sampai Mukah, aku terlihat bangunan ini:
Kemudian kakak aku memberitahu bahawa kebanyakan bangunan di sini memiliki bentuk kon seperti itu di atasnya. Ia melambangkan topi nelayan kerana Mukah adalah tempat yang kaya dengan hasil laut. Oh begitu. Ya, aku mula nampak bangunan-bangunan lain yang turut memiliki 'topi nelayan' itu.
Gambar di atas ini pula adalah masjid Mukah dari dalam. Masuk ke masjid ini, akan terpukau dengan keindahan silingnya. Corak terperinci yang agaknya semua dilukis dengan tangan.
Tersengih di tepi jeti.
Ada satu hari tu, kakak aku membawa aku jalan-jalan sekitar kampung berdekatan. Rumah kampung di sini semuanya bagaikan pemandangan lukisan. Kebiasaannya mereka ada laluan titi ke rumah mereka.
Mukah ada pantai. Lihat, langit cantik bukan? Ya, sini langit amat cantik.
Matahari terbenam.
Pelangi petang.
Jalan menuju kebahagiaan mungkin?
Pekan Sabtu Oya.
Di sebelah Pekan tadi.
Cerombong asap dari kilang sagu Mukah dari abad ke20
Begitulah sedikit gambar untuk menunjukkan keindahan Mukah. Masih banyak lagi aku mahu bercerita. Harap aku mampu sambung lagi post mengenai kisahku di Sarawak. Terima kasih singgah...
Cantik pemandangan, orangnya pun comel, selamat menikmati Sarawak :3
ReplyDeleteTeringin jugak nak sampai sarawak...
ReplyDeleteTak sampai-sampai lagi ni...hehehe