Tuesday, July 22, 2014

Jangan Buat Dia Marah

Selalunya, pada petang Jumaat, adikku Tonah akan mengambil aku dari tempat kerja untuk bawa ku pulang ke rumah. Maklumlah, Tonah ni driver aku. Err.. sebenarnya, aku yang tidak memiliki kereta. Miliki lesen tapi belum pandai lagi memandu. Kenalah Tonah ambil aku agar dapat aku pulang ke rumah Ayahanda dan Bonda. Hehe..

Sepanjang dalam perjalanan, terpaksalah dengar cerita-ceritanya. Cerita di tempat kerjanya, ini, itu, macam-macam lah.


Kadang-kadang, aku ni nakal sikit. Kadang-kadang saja lah. Selalunya aku baik. Percaya tak? Bila aku dah nakal, aku usik Tonah. Aku perli cara dia bercakap dengan guna nada yang dia selalu guna.


Bila Tonah dah marah pada aku. Satu ayat ni saja yang mesti dia guna: "Keluar sekarang!"


Maka, tinggallah aku seorang diri di tepi highway...


Hehe.. Gurau sajalah. Yang panel terakhir tu, tak betul pun. Mana mungkin Tonah akan tinggalkan aku di tepi highway walaupun sudah beberapa kali dia kata 'keluar sekarang'. Nanti, siapa lagi nak belanja dia makan kan? hehe..


*Ramadhan sudah hampir berakhir. Sekejapnya masa berlalu...


3 comments:

  1. Memang simbiosis hubungan ko dengan tonah ni. Kalau aku ngan adik-adik aku memang hubungan mangsa pemangsa. Bab duit aku yang mangsa. Bab kerja rumah, aku la pemangsa. Hahahaha

    ReplyDelete
  2. tu namanya "kemesraan" antara adik beradik... kalau bebetul gaduh, "silent war" akan digunakan... kekeke ;3

    ReplyDelete
  3. Aku plak, aku yg selalu jadi driver adik2 aku...
    Tapi jadi driver pon ada untungnya.
    Aku letak syarat.
    Selalunya, syaratnya diorg yg menumpang ni kena angkat segala barang yg ada (barangan shopping, beg, barang runcit) balik rumah.
    Aku berlenggang je...hehehe

    ReplyDelete