Saturday, April 4, 2015

Gadis Misteri 5 tahun.




Hei.. Tahukah anda? Blog Gadis Misteri telah mencecah usia 5 tahun. Saja nak beritahu..

Sepanjang 5 tahun menghidupkan blog ini, ramai blogger-blogger hebat yang aku kenal. Terima kasih semua..

Tujuan aku menulis blog, tak lain tak bukan, hanyalah sebagai jurnal kisah perjalanan aku di atas muka bumi ini sahaja. Namun, segelintir manusia adakalanya perli aku. "Amna, sikit-sikit tulis blog.." Dengan nada yang sememangnya berbunyi perli lah. Jika anda bukan seorang penulis blog, tidak apa. Bukannya dosa pun kalau tak tulis blog kan? Tapi, tak usahlah perli kami yang menulis blog. Aku dapat banyak kebaikan daripada menulis blog.

 Antara kebaikan yang aku dapat dengan menulis blog adalah..,

1. Aku berkenalan dengan blogger-blogger lain yang mempunyai minat yang sama. Apabila blog aku penuh dengan lukisan, aku menarik minat blogger-blogger lain yang turut minat melukis. Bagus bukan? Aku boleh bertukar-tukar ilmu dengan mereka.

2. Aku tajamkan skill penulisanku. Memandangkan aku bukan lagi pelajar sekolah yang perlu tulis karangan, maka di sinilah tempat aku tulis karangan.

3. Aku tahu apa yang telah aku lalui. Kadang dalam hidup ini, pelbagai ujian kita lalui. Bila aku menulis blog, aku mencatit apa yang telah aku lalui. Jadi apabila sesuatu ujian mencabar datang kepadaku, aku mengingatkan semula diri aku. Aku telah lalui bla.. bla.. bla.. Tentu ujian kali ini juga aku mampu lalui.

4. Aku menolong orang orang yang sama nasib dengan aku. Dalam dunia realiti, agak susah untuk aku bertemu dengan orang yang ada scoliosis seperti aku. Tapi dengan menulis blog, mereka-mereka boleh menemui aku dan kami saling bertukar cerita.

5. Aku bahagia. Ya, aku bahagia menulis blog. Mungkin mereka-mereka yang perli aku menulis blog, sebenarnya cemburu sebab mereka tak merasai kebahagiaan seperti ku. Muahahahahaaha....


Selamat menyambut ulang tahun yang ke-5 wahai blog ku. (hehe.. sendiri ucap.) Aku akan terus menulis di sini selagi diizinkan Tuhan.



7 comments:

  1. A professional writer is an amateur who didn't quit - Richard Bach

    Happy Anniversary Gadis Misteghi! ><

    ReplyDelete
  2. I like your answers Amna, please continue... heheheh ;3

    ReplyDelete
  3. Some people akan kata menulis blog dah ketinggalan zaman, soooo 2005.

    Tapi itu diorang yg tulis blog sbb nak ikut trend.

    Orang mcam Amna tulis blog sbb passion. Passion tak ada zaman. Kan?

    Terus dan teruslah maju, Amna :)

    ReplyDelete
  4. Salah satu sebab kenapa orang orang yang rapat dengan saya tidak di maklumkan tentang blog saya.

    Hua hua hua....

    takpe, walopon iorang kabo dah ketinggalan zaman, saya masih menyokong blogger-blogger macam Amna dan yang lelain...

    hehehee... Pis Yo!

    ReplyDelete
  5. follow sini #264. btw lukisan awak lawaa

    ReplyDelete
  6. Congrats amna...dah 5 tahun dah blog ni. Sape tu memperlekeh blogger. Aku baru tulis blog x sampai setahun pun, tapi aku dpt rasa kepuasan bila menulis entri dan dibaca org ramai. Rasa berbaloi bila apa yg kita tulis sampai kepada umum.

    Tapi memang org yg x pernah tulis blog x tahu apa bestnya dan menariknya tulis blog ni...aku ni pun buat blog x bg tau ramai...sebab aku tau nanti diorang semua mesti perlu punya...so, aku biarkan blog aku misteri jek...

    Bertabah la amna...blog ni memang best dengan lukisan lagi.keep It up. Menulis sebab minat membuatkan blogger bertahan lama. :)

    ReplyDelete