Saja lah aku mahu bercerita tentang perangai segelintir manusia. Segelintir saja manusia begini. Nasib baik manusia begini tidak banyak. Ada lah perangai segelintir manusia ni, ketika aku jatuh teruk, ketika aku tidak berjaya, dia ketawa dan mengejek apa yang aku buat, di belakang aku. Di belakang, bukan di depan. Tapi dia tidak tahu bahawa aku tahu dia sedang mengejek dan mentertawakan aku. Siap ajak geng sama-sama kutuk aku. Nasib baik aku pandai buat-buat pekak dan buta.
Namun, tatkala aku mula menunjukkan sedikit peningkatan yang elok, tatkala orang sekeliling mula membuka mata melihat apa yang aku buat, ketika itu lah dia tampil di depan aku. Dia kritik apa yang aku buat, dengan alasan mahu membantu aku supaya aku boleh meningkat lagi.
Jangan salah faham tentang post ini, bukannya aku tidak suka dikritik. Aku amat menghargai orang yang mengkritik karya aku. Barulah aku boleh improve dengan adanya kritikan. Cuma yang aku nak ceritakan di sini, segelintir manusia jenis ini, sebenarnya mengkritik aku untuk apa? Jika benar kritik sebab mahu bantu aku, kenapa saat aku jatuh teruk dulu kau antara yang mengutuk aku? Kenapa saat aku boleh berdiri baru kau nak tampil kritik konon untuk bantu? Jadi, apa tujuan kau kritik? Betul mahu bantu? Tepuk dada tanya niat.
Aku sedar, ramai yang kritik aku untuk bantu aku improve. Aku sangat-sangat menghargainya. Terima kasih semua. Cuma segelintir ni, yang kutuk saat aku jatuh, bila aku menunjukkan sedikit peningkatan baru nak tampil kritik konon untuk bantu, aku tak rasa kritikan dari golongan tersebut sebenarnya mahu membantu aku.
Namun, tidak kisahlah. Berada dalam bidang seni ni memang pelbagai kerenah harus ditempuhi. Aku tetap menerima semua kritikan walau apa pun niat golongan tersebut.
Aku paham perasaan ni. Sabarlah Amna. Ada sesetengah orang hanya akan rasa gembira kalau boleh buat orang lain rasa sedih. Some people just need to show everyone that they're better. Anggaplah diorang tu ada masalah inferiority complex. Takyah anggap. Memang fakta pun sebenarnya.
ReplyDeleteem, kita tak tau apa modus operandi mereka. tapi tak reti pulak nk bersangka baik dalam situasi begini, haha. tp org mcmtu mmg byk.
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletejust share this.
Opinions are cheap, unless it is from someone that actually pays for your effort.
Pengalaman kerja. :)
Just nak jadikan segalanya lebih baik,
ReplyDeleteassume je yang kritikan 'membina' diorang tu sebagai satu tanda acknowledgement kepada apa yang Amna buat...
...walaupun kita semua tahu yang dia kritik sebab dia nak tunjuk kononnya dia lagi bagus. Kan?
owh yes, me agree with deaday n cEro in this matter, cheer up and chin up amna! yosh ;3
ReplyDeleteSaya belajar untuk menerima kritikan walopon dulu ego tu kemain menebal.. tapi lama kelamaan dah boleh kikis ego tersebut dan belajar, setiap apa yang kita buat, boleh di jadikan lebih baik lagi.
ReplyDelete.. tapi mungkin orang yang kritik Amna tu dah sedar kot kesilapan dia... mungkin.
let them be. pekakkan aje telinga... kita pun kadang2 suka buat2 pekak telinga..buat2 buta mata.. manusia , kadang2 tu suka tengok orang jatuh
ReplyDelete