Wednesday, May 13, 2015

Anak-anak Tommy

Seperti yang aku janji sebelum ini, aku akan cerita kisah anak-anak Tommy. Tommy mendapat tiga ekor anak. Seekor corak tompok seperti Tommy. Seekor lagi hitam keseluruhan badan. Hitam sehitam hitamnya, bagai bontot kuali. Sehingga tak nampak mukanya. Seekor lagi, berwarna kelabu. Kelabu bagaikan kucing Russian Blue pula. Namun, tiada seekor pun bercorak seperti Guli. Ini membuatkan aku mula rasa Guli bukan bapa mereka.


Adikku Najaa, dan Umi, suka betul dapat anak kucing kelabu. Main cop-cop pulak. "Cop, yang kelabu Najaa punya.." Hampir setiap hari aku dengar ayat ini. Aku malas lah nak berebut. Biar mereka dua beranak je berebut. Aku suka yang hitam.


Lama-kelamaan, si kelabu mula tunjukkan belang. Tidak, ini bukan tunjuk belang seperti peribahasa yang bermaksud tunjuk perangai sebenar tu. Ini benar-benar tunjuk belang. Badannnya yang sebelum ini kelabu, makin lama makin kelihatan corak belang. Kini, semua kaki dan mukanya bercorak belang. Warna juga makin keperangan. Ekor menjadi hitam. Hanya tinggal badan sahaja yang masih kelabu. Makin menyerupai corak Guli. Aku kembali syak bahawa Guli adalah bapa mereka.


Apa jadi kepada Umi dan adikku yang suka kucing kelabu? Mereka mula mengeluh "Alaa.. janganlah ada belang". Boleh pula nak pilih-pilih corak kucing. Haha..




8 comments:

  1. kucing menunjukkan belangnya.. hahahah kiutlah

    ReplyDelete
  2. hahaha gua pun suka kucing kelabu. ala2 russian blue yg rare. haritu kat rumah abang ada beranak 3 ekor. tapi tiga2 kaler teh ais :3

    ReplyDelete
  3. Ada satu kucing jiran dekat rumah aku warna kelabu, dan bulunya sangat lawa dan bersinar. Badan dia pun boleh tahan bulat. Nampak mmg kiut kalau kucing kelabu ni...

    Tapi kalau belang pun kiut jugak...hehehe

    ReplyDelete
  4. eeeeyyhh, samala semua macam kucing2 aku kat umah, batch ke bape entah tapi yang tinggal sekarang cuma kelabu dan hitam saje.. Yang tompok x berjaya survive..huhuhu..

    Haaa, semua kucing comel..! ^^

    ReplyDelete
  5. rasisnya mereka itu, tak suka pada kucing belang... huhuu sampai hati (" -___-)

    ReplyDelete
  6. ahai comelnyaaaa. tengok lukisan pun comel. boleh pulak nak pilih2 corak bulu kucing ek.. hhehee

    ReplyDelete
  7. Haha...aku suka gak kalau kucing warna kelabu ni. Biasanya time kecik2 warna dia kelabu, memang comel dan nampak rate. Tp dah besar biasanya akan keluar belang dia, hilang kecomelan kat situ. Bagi aku la...kucing masa kecik2 semua comel x kisah la warna apa pun. Dah besar tu yg kecomelan ditentukan dgn bulu dan warna belangnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. *rare....typo lak...haha... autocorrect punya angkara..

      Delete