Wednesday, September 21, 2011

Untuk Pencinta Warisan Bangsa

Untuk Pencinta Warisan Bangsa...

Hati aku berbunga-bunga sebaik sahaja baca sebaris ayat tersebut yang dijumpai di halaman pertama sebuah buku. Aku membelek buku tersebut kerana sedang mencari idea. Namun, aku rasa bagai kata-kata itu ditujukan kepada aku. Ya, aku mengaku aku cinta warisan bangsa ku.

Benarkah kata lecturer ku, golongan yang cintakan warisan bangsa kita, tidak ramai? Aku menoleh kiri dan kanan. Aku lihat rakan-rakan yang sama-sama berada dalam kelas Liberal. Mengapa mereka boleh berada dalam kelas Liberal? Tentu kerana minat kan?

Aku bayangkan... Satu hari nanti, apabila kami masing-masing membawa haluan sendiri, apa yang kami akan buat? Mungkinkah ada di antara kami yang akan menulis buku mengenai budaya kita? Mungkinkah ada yang menjadi lecturer dan menyebarkan ilmu? Aku bayangkan, andai kami semua membuat sesuatu yang menyumbang kepada warisan bangsa kita, itu sudah cukup bagus!

Aku dan rakan rakan sekelas Liberal ini merupaka batch pertama yang belajar subjek minor Liberal ini. Di bawah kami, terdapat junior-junior yang merupakan batch seterusnya. Bila lihat begini, ramai rupanya yang belajar Liberal. Harap-harap mereka semua yang belajar Liberal adalah pencinta budaya.

Aku juga, andai panjang umur, InsyaAllah aku berjuang untuk menyebarkan pengetahuan mengenai budaya kita. Ini janji ku kepada bangsa ku. Harap aku mampu.. Lihat, bertuah bangsa kita kerana memiliki seseorang seperti aku! Haha.. gurau je.. Sebenarnya, aku yang bertuah kerana lahir di dalam bangsa yang kaya dengan seni warisan ni.

Maka, aku undur diri dengan harapan sesiapa yang baca ini turut bersama-sama cintakan warisan bangsa. Sekian...

No comments:

Post a Comment