Tuesday, April 12, 2011

Painting

Tadi, assessment painting selesai. Aku rasa bersyukur sangat belajar di UiTM Shah Alam. Aku berkesempatan belajar dengan Prof Awang Damit. Aku suka dia. Dia sangat hebat. Dalam setiap kata-kata dia, aku mempelajari sesuatu. Begitu juga dengan hari ini. Aku belajar sesuatu.

Sudah agak lama aku lari dari Fine Art. Aku cuba nikmati kehidupan luar dari Fine Art. Aku kata pada kawan-kawan aku, aku dah tawar hati pada Fine Art. Bukanlah aku berputus asa dengan Fine Art. Aku hanya rasa jemu. Sebab aku tak nampak. Siapa aku dalam Fine Art sebenarnya?

Ketika prof Awang mengkritik painting aku tadi, aku bertanya pada beliau, di mana tahap aku sebenarnya? Jawabnya, aku mempunyai idea, tapi aku harus bekerja lebih untuk membaiki teknikal aku. Katanya juga, aku harus banyak melihat karya semasa.

Karya semasa?? Karya apa yang aku suka lihat ye? Hmm.. Aku suka lihat karya Hoessein Enas. Tapi itu karya zaman 50an atau 60an dulu.. Tak boleh dikira karya semasa lah kan? Nampaknya aku tak ambil peduli pasal karya semasa. Kena berubah lah Amna. (Tapi buat masa sekarang, aku suka lihat karya seorang senior Melaka aku. Siapa dia? Itu rahsia.. Hehe..)

Aku ada idea? Tapi ke mana idea aku boleh pergi dengan bakat yang sebegini je? Aku ingat, idea adalah segala-galanya. Tapi rupanya, tanpa teknikal, idea tak boleh berdiri. Teringat satu penyataan dari Joseph Kosuth; “Art as idea as idea”. Aku masih lagi mencari apa yang cuba disampaikannya.

Aku bukan artist... Malaysia perlukan Amna Syakira tak untuk jadi artist? Kalau tak perlu, tak payah lah aku susah-susah..

Mampu ke jadi artist satu hari nanti? Ada dua kemungkinan je di sini. Iaitu: 1. Aku akan jadi artist. 2.Aku tak akan jadi artist. Tu je. Apa saja kesudahannya, aku tak kisah. Asalkan aku tahu apa yang aku buat.

Aku masih dihantui dengan kenyataan: "Its the audience who make the art." Kalau begitu, siapakah artist? Aku merenung painting ku yang baru dikritik tadi. Semua painting aku menghadapi masalah dengan audience. Tak kan lah mata semua audience yang salah kan??? Yang salah mestilah tangan si artist yang menghasilkannya. Lagi sekali aku cakap, aku bukan putus asa! Aku cuma bosan, ok?? Ramai yang sangka aku berputus asa. Ketika aku suarakan kekecewaan aku terhadap painting yang sebelum ini pun, orang sangka aku putus asa. Putus asa dengan bosan adalah dua benda yang berbeza kan???

Perjalanan harus diteruskan. Bosan atau tak bosan, kaki kena melangkah. Tengoklah... Aku buat apa yang aku mampu.

Karya final aku untuk semester ini.

3 comments: