Siapa masih ingat entri blog aku mengenai kesetiaan aku terhadap phone ku? Boleh baca di sini jika mahu.
Jika entri dulu berkaitan phone, kali ini mengenai dompet pula. Dompet yang aku guna sekarang ni, telah ku guna sejak tahun 2006 lagi. Aku Tingkatan 4 ketika itu. Ya, sejak aku tingkatan 4 ! Berapa tahun sudah lamanya itu? 9 tahun!!! Kenapa aku tak beli dompet baru sepanjang 9 tahun ini? Aku juga tak tahu. Aku tak pernah terfikir langsung kenapa.
Nak dijadikan cerita, Kelmarin aku jalan-jalan di shopping mall bersama teman-teman karib, mata ku terpandang kepada satu dompet. Bukan dompet branded pun. Tak ada lah cantik pun. Tapi warnanya, membuat aku rasa seolah-olah dompet tersebut tercipta hanya untukku. Jika jiwa aku berwarna, aku percaya itulah warnanya. Kuning merah.
Aku ragu-ragu nak beli atau tidak, lalu rakan ku berkata :"Belilah.. Bila lagi nak tukar dompet?" Saat itulah, buat pertama kali dalam 9 tahun ni, aku baru sedar yang aku tak pernah tukar dompet! Maka, terus ku bawa pulang dompet tersebut. (selepas membuat bayaranlah)
Setibanya di rumah, apabila aku mahu mengalih duit, kad pengenalan dan lain-lain barangan dari dompet lama ke dompet baru, hasrat ku terhenti. Aku fikir beberapa kali, aku sudah terlalu selesa dengan yang lama. Kenapa perlu tukar yang baru? Jadi, sehingga kini, (saat post ini ditaip) aku masih belum beralih ke dompet baru itu.
Baiklah, ceritanya di sini, rupanya bukan phone sahaja yang aku pakai lama-lama. Dompet juga. Tak tahu lah jika ada barangan lain yang aku pakai bertahun-tahun begini juga.
Apakah faktor utama yang menyebabkan aku susah untuk tukar kepada sesuatu yang baru? Mula-mula aku fikir, "Oh, aku ni tentu seorang yang setia. Sedangkan dengan barang aku boleh setia. Apatah lagi dengan orang. Eh, ke situ pula.."
Tapi, selain faktor 'kesetiaan', kemungkinan besar, ianya faktor 'tak selesa dengan perubahan'. Bila difikirkan kembali, Saat aku hampir tamat sekolah menengah, aku rasa terlalu sayang nak tinggalkan sekolah. Kemudian, saat nak tamat universiti, aku sangat sayang nak tamatkan universiti. Aku jenis yang jika aku sudah selesa dengan sesuatu keadaan, aku tak nak perubahan. Ini bukanlah satu sifat yang baik untuk aku banggakan pun. Perubahan itu perlu jika mahu berjaya. Bukan?
Ya nampaknya ini bukan faktor kesetiaan. Ini mengenai aku yang tak suka perubahan. Jadi andai sesiapa berniat nak masuk dalam hidup aku, jangan pernah berniat untuk ubah aku. Hahahahahahahahahahaha... Amboi gelak besar.
Thursday, November 12, 2015
Friday, November 6, 2015
Perjalanan Pendar Ratna bahagian 5
Pada bulan lepas, aku langsung tak update episod baru Pendar Ratna. Sebenarnya, setiap pelukis pernah lalui musim tak bersemangat. Begitu juga aku. Musim tak bersemangat aku tiba. Tak bersemangat tentang Pendar Ratna. Tak puas hati dan sebagainya. Jadi Pendar Ratna episod 5 mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan. Tambahan pula, komitmen aku terhadap benda lain juga adalah salah satu faktor.
Memikirkan yang diri aku perlu diselamatkan, aku kembali mencari lecturer aku, Prof. Prof adalah seorang yang menjadi penyebab aku berada dalam bidang komik sekarang ni. Seorang yang amat aku hormati. Dulu aku pernah putus asa terhadap komik, Prof yang berjaya buat aku masih terus berada dalam bidang komik. Jadi, apabila semangat berkomik aku hilang, aku kembali mencari beliau. Setelah aku tunjuk Pendar Ratna kepadanya, respon dari beliau amat positif. Sehingga aku mengalir air mata. Kalaulah Prof tahu betapa besarnya erti respon Prof ini kepada aku. Daripada aku hilang semangat terhadap Pendar Ratna, terus aku menjadi sayang pula. Terima kasih Prof kerana nampak potensi yang ada pada Pendar Ratna.
Kini Pendar Ratna episod 5 sudah boleh dibaca di sini. Jika suka, bolehlah tolong undi di sini. Cepat-cepat.. Tempoh mengundi untuk episod 5, sampai hari Ahad ini saja.
Baik, akhir sekali, aku mahu tanya pendapat anda semua. Apa pendapat anda mengenai Pendar Ratna dari episod 1 sehingga 5 ?
Baik, akhir sekali, aku mahu tanya pendapat anda semua. Apa pendapat anda mengenai Pendar Ratna dari episod 1 sehingga 5 ?
Saturday, October 31, 2015
Susahnya memiliki kucing bijak
Aku pernah bercerita bahawa aku memiliki seekor kucing yang bijak bukan? Namanya Tommy Tompok. Tommy ni bijak. Pagi-pagi dia akan masuk melalui tingkap bilikku dan cakar kotak sebagai cara minta makanan.
Baru-baru ni, Tommy telah jumpa cara supaya aku tidak pura-pura tidur lagi. Dia panjat meja dan jatuhkan barang.
Cara ini dia telah guna banyak kali sekarang ni. Bukan sahaja ketika aku tidur. Ketika aku sedang sibuk menghadap PC, dia turut buat perkara yang sama. Aku dah perhati cara dia ni, dia memang cari apa saja untuk dijatuhkan. Guna kaki depannya, dia tolak satu persatu barang.
Benar-benar menguji kesabaran aku. Terpaksalah ikut cakap dia, beri dia makan segera. Susah bela kucing bijak ni.
Benar-benar menguji kesabaran aku. Terpaksalah ikut cakap dia, beri dia makan segera. Susah bela kucing bijak ni.
Friday, October 23, 2015
Perginya seorang sahabat
Bulan Oktober ini, ini baru kali pertama aku update blog. Bukan sahaja blog, malah perkembangan komik Pendar Ratna aku juga semakin lambat. Pada awal bulan ini, aku telah menerima berita yang menyedihkan. Seorang sahabat aku telah pergi buat selama-lamanya.
Sebagai seorang yang sudah berusia 25 tahun, aku cuba menerima berita ini dengan matang. Tapi jujurnya, masa bagai telah berhenti aku rasa. Fikiran aku terkurung dalam memori lama. Memori saat kami bersama-sama dalam studio yang sama.
Sebagai seorang yang sudah berusia 25 tahun, aku cuba menerima berita ini dengan matang. Tapi jujurnya, masa bagai telah berhenti aku rasa. Fikiran aku terkurung dalam memori lama. Memori saat kami bersama-sama dalam studio yang sama.
Dalam studio itu, tempat kami bersebelahan. Sudah menjadi kebiasaan aku, setiap kali aku tiada mood mahu buat painting, aku akan menjenguk dia yang khusyuk menyapu akrilik pada permukaan kanvas.
Dalam studio, kami semua ahli studio sudah seperti sebuah keluarga. Ketawa bersama, bergaduh bersama. Sudah menjadi kebiasaan ahli studio minta aku buatkan air teh. "Amna, nak teh !" Dia juga tak terkecuali. Dengan senyuman nakal dia, "Amna, nak Teh!" Sebaris ayat itu saja sudah cukup terngiang-ngiang sehingga sekarang.
Dalam apa-apa kerja berkumpulan, selalunya dia adalah salah seorang dari ahli kumpulan aku. Terlalu banyak memori dengannya. Terlalu banyak ! Setiap kali aku terkenangkannya, masa bagai terhenti.
Di sini aku, cuba teruskan kehidupan seperti biasa. Tapi segala-galanya menjadi lambat. Sebab 25 itu hanya lah angka. Tapi aku sebenarnya belum matang.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa sahabat ku ini. Temukanlah kami semua satu hari nanti di syurga Mu.
Dalam apa-apa kerja berkumpulan, selalunya dia adalah salah seorang dari ahli kumpulan aku. Terlalu banyak memori dengannya. Terlalu banyak ! Setiap kali aku terkenangkannya, masa bagai terhenti.
Di sini aku, cuba teruskan kehidupan seperti biasa. Tapi segala-galanya menjadi lambat. Sebab 25 itu hanya lah angka. Tapi aku sebenarnya belum matang.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa sahabat ku ini. Temukanlah kami semua satu hari nanti di syurga Mu.
Tuesday, September 29, 2015
Perjalanan Pendar Ratna bahagian 4
Ramai yang tanya.. mengapa lambat benar episod 4 Pendar Ratna nak keluar. Inilah cerita yang tak ramai orang tahu..
Pada suatu hari, aku sedang gigih menyiapkan Pendar Ratna episod 4..
Tiba-tiba...
Bayangkan bagaimana perasaan aku tatkala melihat PC aku
sebegitu...
Dalam kesedihan, keresahan, kekalutan itu, manusia pertama yang aku
cari untuk mengadu adalah editor aku.
Editor perlu tahu situasi aku. Tak dapatlah
menghantar Pendar Ratna dalam minggu tersebut.
Kemudian, aku mengadu pada Aniff Zazali, pelukis Tamingsari.
Walaupun aku fikir dia tak akan dapat tolong, tapi aku sekadar beritahu,
sebab dia merupakan rakan seperjuangan aku semenjak sebelum Pendar Ratna muncul lagi.
(Namun aku tahu hubungan 'rakan seperjuangan' ini boleh bertukar menjadi 'persaingan' bila-bila masa saja nanti.)
Setelah bertenang seketika, aku menghubungi hero sebenar.
Satu-satunya hero aku yang confirm dapat bantu aku.
Tak lain tak bukan....Abah aku.
Maka, abah membawa aku ke hospital PC.
Haa.. begitulah kisah mengapa Pendar Ratna episod 4 lambat keluar. Tapi, hentikan kegelisahan anda, kerana kini, Pendar Ratna episod 4 sudah boleh dibaca! Bacalah.. dan nyatakan pendapat anda mengenainya. Jika suka, jangan lupa undi kerana undian anda yang menentukan masa depan komik ini.
undi pula di sini.
Sekian sahaja... Harap anda semua suka Pendar Ratna episod 4.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















