Friday, November 6, 2015

Perjalanan Pendar Ratna bahagian 5


Pada bulan lepas, aku langsung tak update episod baru Pendar Ratna. Sebenarnya, setiap pelukis pernah lalui musim tak bersemangat. Begitu juga aku. Musim tak bersemangat aku tiba. Tak bersemangat tentang Pendar Ratna. Tak puas hati dan sebagainya. Jadi Pendar Ratna episod 5 mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan. Tambahan pula, komitmen aku terhadap benda lain juga adalah salah satu faktor.


Memikirkan yang diri aku perlu diselamatkan, aku kembali mencari lecturer aku, Prof. Prof adalah seorang yang menjadi penyebab aku berada dalam bidang komik sekarang ni. Seorang yang amat aku hormati. Dulu aku pernah putus asa terhadap komik, Prof yang berjaya buat aku masih terus berada dalam bidang komik. Jadi, apabila semangat berkomik aku hilang, aku kembali mencari beliau. Setelah aku tunjuk Pendar Ratna kepadanya, respon dari beliau amat positif. Sehingga aku mengalir air mata. Kalaulah Prof tahu betapa besarnya erti respon Prof ini kepada aku. Daripada aku hilang semangat terhadap Pendar Ratna, terus aku menjadi sayang pula. Terima kasih Prof kerana nampak potensi yang ada pada Pendar Ratna.



Selepas itu, aku bersembang dengan Hasif Rayyan, penulis komik D Raksha. Seorang anak muda yang ceria-ceria. Dia juga pernah menjadi editor untuk komik lain. Terima kasih juga kepadanya. Semangat aku dah kembali. Agaknya sebab pernah menjadi editor, dia tahu bagaimana mahu uruskan aku. Haha...


Kini Pendar Ratna episod 5 sudah boleh dibaca di sini. Jika suka, bolehlah tolong undi di sini. Cepat-cepat.. Tempoh mengundi untuk episod 5, sampai hari Ahad ini saja.

Baik, akhir sekali, aku mahu tanya pendapat anda semua. Apa pendapat anda mengenai Pendar Ratna dari episod 1 sehingga 5 ?


7 comments:

  1. Sejujurnya, komik Pendar Ratna adalah antara komik yang saya tertunggu2 untuk baca dalam Supreme kerana lukisan yang kemas, jalan ceritanya yang smooth dan lawak jenakanya yang tak disangka2. Saya harap komik ini boleh pergi lebih jauh. Kudos!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nub. Sangat-sangat hargai komen Nub. :D

      Delete
  2. Alaaa...jahat tau.
    Selalu bersambung PR kat bahagian2 yg mendebarkan.
    Ni yg buat lagi tak sabar ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. tu lah... jahat dan nakal betul. Hehe.. nantikan episod 6 ya~~~

      Delete
  3. Ohoo menarik, dah undi untuk episod 5 ni! X3

    hehehe... sebenarnya sejak dari episod 2 lagi, mmg dok agak macam si putera kayangan tu ialah encik selamat, sebab kalau dia bukak spek dan pakai wig rambut panjang, ada juga iras2 rupa putera kayangan tu (berdasarkan pemerhatian rupa paras karektor semata2)... hehe :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan. Setiap undian amat berharga. Hehe.. Kalau pasal tu, no komen. Ada laaah~~~~ :D

      Delete
  4. Huhuhu.. berhenti sat baca dari episod dua.. lepas tu marathon baca sampai episod 5. Lepas tu gelabah nak cari episod 6.. hahahaha
    Sedikit sebanyak dah terjawab hantu hantu kat muzium tu siapa...

    tapi adakah Putera Kayangan ialah Encik Selamat?

    jeng jeng jeng....

    ReplyDelete