Tuesday, August 25, 2015

Perjalanan Pendar Ratna bahagian 2

Kenapa Pendar Ratna episod 3 lambat betul nak update? Sebabnya, aku manusia biasa yang tak dapat lari dari tugasan lain, kerja. Nak hidup kena lah kerja. Apa boleh buat. Tapi aku benci memberi alasan sebegini. Sebab aku sendiri yang pilih untuk menjadi pelukis komik, maka aku tak suka kena beri alasan apabila komik tak siap-siap lagi. 


Jadi, sebaik saja kerja lain siap, aku bertekad untuk siapkan Pendar Ratna episod 3 secepat mungkin. Ada 6 hari lagi tinggal untuk kejar tarikh update yang terdekat. 6 hari untuk 19 muka surat komik, adalah sesuatu yang mustahil bagi aku. Ini kerana sejarah aku setakat ini, episod 1 mengambil masa selama 18 hari. Manakala episod 2 selama 14 hari. Bunyinya tak masuk akal untuk aku mampu buat episod 3 dalam masa 6 hari. Tapi aku ketepikan segala tak logik. Aku buat saja.


Episod 3 Pendar Ratna, terdapat babak-babak tarian zapin. Aku bertuah kerana memiliki adik yang pandai menari zapin. Aku pun minta bantuan adikku, Tona, untuk membimbing aku menghasilkan zapin dalam komik.


Rupanya, ia tak semudah yang disangka. Mata seorang penari zapin dengan seorang pelukis komik, tak sama. Aku mahu panel-panel dalam komik aku memiliki angle yang menarik. Tapi angle yang menarik di mata aku itu, tak kena dengan apa yang Tona mahu. Sebab angle sebegitu membuatkan ianya tak kelihatan seperti zapin. Memandangkan aku mahu tunjuk ianya zapin, aku ikut cakap Tona.


Aku ada juga rujuk youtube zapin. Tapi lebih mudah Tona pose saja depan aku. Haa... subjek matter depan mata. Bukan lagi alasan untuk tak boleh melukis zapin.


Lepas tu, tugas Tona kritik sama ada aku lukis betul atau salah. 


Dalam pada kesibukkan aku menyiapkan komik sehingga makan, mandi dan tidur semuanya jadi tunggang langgang, berita sedih datang. Bagheera, kucing hitam kesayangan aku hilang. Tak balik rumah. Saat post ini ditaip pun, Bagheera masih belum pulang. Aku syak kena curi tu. Sebab dia comel dan dia tak takut dengan orang asing.


Aku keraskan hati aku. Aku tak nak sedih sebab nanti kerja tak siap. Aku cuma mampu berdoa sambil membuat kerja. Doa agar Bagheera pulang segera.


Selesai bahagian zapin, Tona check lukisan-lukisan aku. Amboi. Dia pulak dah jadi editor aku.


Di penghujung waktu, ada lagi satu muka surat beserta cover belum siap, aku gelabah. Nasib baik editor aku cool.


Syukur editor aku kata pagi esoknya masih boleh hantar.


Pagi Ahad... Lebih kurang dalam waktu Subuh, aku berjaya siapkan dan hantar. 



Umpama ayam kampung, telur sebiji riuh sekampung, aku pun keriuhan dengan kejayaan aku. 19 muka surat 6 hari !!!! Ini lah.. perangai Pelukis muda, baru, tanpa pengalaman. Pelukis-pelukis lain, bagi mereka ini perkara biasa saja. Tapi bagi aku, ianya sebuah kejayaan. Pecah rekod diri sendiri. Jadi, berilah peluang aku gembira sekejap. Jangan bandingkan dengan pelukis-pelukis lain yang lagi hebat. Kan? Hehe... Kelihatan editor ku turut tumpang gembira..


Begitulah saja kisah balik tabir Pendar Ratna buat masa ini. Penulisan ini hanyalah sebuah jurnal untuk rujukan diri aku sendiri masa akan datang nanti. Bukan sengaja mahu kecoh-kecoh kisah balik tabir yang tak seberapa ini.

Bagi yang belum baca Pendar Ratna episod 3, bolehlah baca di sini.

Jika suka, tolong undi di sini.

Oh ya, jika borang undian kelihatan seperti gambar di bawah ini, ikut saja arahan ini:


Undian dari pembaca semua amat bermakna. Ianya menentukan sama ada komik ini akan diteruskan atau tidak. Jadi, berikan sokongan anda dengan undi. Terima kasih pembaca semua. Anda semua selalu buat saya terharu dengan respon-respon positif selama ini.



13 comments:

  1. Kreatif laa... All da best :)
    Dah undi ^^

    ReplyDelete
  2. Akak silap tulis tu... "19 hari 6 muka surat" bwahahaha~ XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahahahaha.. bole pulak salah tulis. Nampak sngt tak cukup tido. Dah betulkan dah. Tq sbb bgtaw :D

      Delete
  3. Komen sini dulu sbb tak baca lagi episod tiga.
    Nanti lepas baca (esok kot) akan komen lagi. Hehehe

    Good job, Amna :)

    ReplyDelete
  4. Dah baca dan dah undi.
    Tak pernah terfikir cerita berkaitan warisan dan muzium semenarik macam PR ni.
    Tak sabar nak tunggu episod seterusnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq suka... Yeah~~~~ tunggu episod seterusnya taw..

      Delete
  5. Menarik betul cerita pendar ratna ni amna. I'll definitely vote it. Tula.. you deserve to feel accomplished and happy bout it. terer tu leh siapkan dalam 6hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa.. terima kasih.. setiap vote amat bermakna.

      Delete
  6. Cute.. kartun PR, rest tension kejap
    CUTE

    ReplyDelete