Pendar Ratna, ketika post ini ditaip, sudah memiliki sebanyak dua episod. Ya, jumlah yang amat sedikit. Tapi, sepanjang perjalanan yang sedikit ini, aku terasa mahu berkongsi juga cerita perjalanan setakat ini.
Semua komik di laman web Supreme memiliki editor masing-masing yang menjaga komik-komik tersebut. Pendar Ratna juga tak terkecuali. Tapi, nak tahu sesuatu tak? Sepanjang dua episod Pendar Ratna berlangsung, komik ini pernah bertukar editor sebanyak 4 kali. Hanya dua episod, tapi berpengalaman dengan 4 editor. Baiklah, cerita terperincinya, sebenarnya begini...
Editor pertama
Mula-mula, aku dapat Abam Apam sebagai editor. Tak pernah kenal dia secara peribadi, tapi sudah mendengar khabar bahawa dia seorang yang amat sibuk. Jadi, setiap masa yang aku guna untuk berbincang dengannya, aku akan guna sebaik mungkin. Tak berani langsung nak rugikan masa dia. Bahasa juga aku guna dengan baik. Betapa aku hargai dengan masa yang dia sudi luangkan untuk aku. Syukur, walaupun dalam tempoh yang amat singkat, dia sempat curahkan ilmu. Rakan seperjuanganku, Aniff Zazali, pelukis Tamingsari, gelak guling-guling bila dia tahu siapa editor aku. Kenapa dia ketawa? Rasanya dia ketawa tengok betapa 'formal' nya aku.
Editor kedua
Namun, atas sebab-sebab tertentu, Abam Apam tak boleh jadi editor Pendar Ratna lagi. Dia janjikan nanti ada editor datang ganti. Aku pun akur dengan ketentuan takdir (poyo tak ayat?) dan menanti dengan sabar kemunculan editor baru.
Pada suatu hari, Aya Julkree tiba-tiba like page aku. Tahu tak dia adalah pelukis kegemaran aku? Selama ini aku ikuti page dia, minat dalam diam, Tiba-tiba dia like page aku??? Apakah? Dan, untuk menambahkan lagi kejutan, dia perkenalkan diri dia: "Hai, saya editor baru untuk Pendar Ratna." Serius???!!!! Ini mimpi ke apa? Nak tambah lagi kejutan? Aya kata dia minat style lukisan aku. Ok, ini memang satu mimpi agaknya. Pelukis yang kau minat, boleh mengaku dia minat style lukisan kau. Dapat Aya sebagai editor memang memberi semangat positif dalam diri aku.
Editor ketiga
Apakan daya, Aya juga mempunyai hal-hal yang tak dapat dielakkan dan terpaksa berhenti dari menjadi editor Pendar Ratna. Lagi sekali aku terpaksa akur dengan takdir. Tapi, walaupun Aya bukan lagi editor Pendar Ratna, aku masih lagi peminat dia. Aku masih ikuti perkembangan dia.
Untuk seketika, Pendar Ratna tidak memiliki editor. Bagaimana aku nak menghantar karya ni? Lalu, aku bercerita kepada Maryam mengenai situasi aku ketika itu. Maryam adalah editor untuk komik lain dalam Supreme ketika itu. Tak sangka pula Maryam menawarkan dirinya untuk pegang Pendar Ratna sementara menanti editor baru. Dalam kesibukkan dia dengan tugasnya yang lain, dia masih boleh bertanggungjawab sebagai editor Pendar Ratna. Aku sempat menuntut sedikit ilmu darinya walau dalam tempoh yang amat sekejap itu. Sungguh, aku terharu.
Editor keempat
Tak lama kemudian, Maryam kenalkan aku kepada Nabilah. Kini, saat post ini ditaip, editor Pendar Ratna adalah Nabilah. Alhamdulillah, aku dan dia juga serasi.
Begitulah kisah perjalanan Pendar Ratna setakat ini. Seorang rakan pelukis komik yang lain, bertanya: "Tak penat ke asyik tukar editor? Kena ceritakan semula semua dari mula" Ini jawapan aku:"Ha ah, memang penat. Tapi, satu kelebihan yang aku miliki, aku berpengalaman tuntut ilmu dari 4 orang yang berbeza walau dalam tempoh yang singkat." Ya, setiap dari mereka sempat kongsi sedikit dari ilmu masing-masing kepada aku.
Harap editor-editor ni tak marah aku tulis kisah balik tabir Pendar Ratna ni. Bukan apa. Sebagai jurnal rujukan masa akan datang. Juga sebagai peringatan kepada pelukis-pelukis lain agar hargai editor mereka. Hehe..
Buat pembaca Pendar Ratna yang menanti episod 3, tolong nantikan dengan sabar ya? Selain pelukis Pendar Ratna, aku juga miliki kehidupan lain dengan tanggungjawab lain. Namun aku tetap sedaya upaya utamakan Pendar Ratna. Sebab apa? Sebab anda semualah. Anda semua tak henti-henti beritahu aku anda suka Pendar Ratna. Aku pun bersemangat untuk teruskan perjalanan Pendar Ratna ini.
Baik, itu saja buat masa ini. InsyaAllah jumpa lagi dalam post akan datang.
Seronok juga dpat tuntut ilmu dari pelbagai editor. Jadi~~ Episode 3 bila mahu keluar?
ReplyDeleteYe, seronok gak~~~ hehe.. ep3, sedang siapkan. tak berani janji bila.
Deletemesti best dapat banyak pengalaman dan buah fikiran daripada macam2 editor. kipidap huhu
ReplyDeleteBest. hehe.. terima kasih nub.
DeletePernah berangan nak jadi editor.
ReplyDeleteTapi macam tak cukup ilmu laa plak...Kena tuntut banyak lagi ni...hehehe
cero leh jd pengkarya kot. huhu...
DeleteJadi, skang ni masih dgn editor Nabila ke...??? :3
ReplyDeleteye, masih :)
Deletegood blog...haha....got any question, just PM on FB.....btw, I want ur drawing to be my profile pic, can I take it?
ReplyDelete(BTW, this is Nabilah)
okay akak. boleh :D
Delete*mata berkelip-kelip* menunggu ep.3... hehee~ X3
ReplyDelete