Friday, February 25, 2011

Batasan atau Alasan?

Sudah agak seketika aku memencilkan diri. Aku lari dari realiti. Tiada bakat adalah batasanku untuk terus maju ke depan.

Tapi, di sini lah silap aku. Tiada bakat itu sejenis batasan kah? Atau alasan semata-mata? Semalam, aku menemui seorang artist, iaitu Hamir Soib. Katanya, "Semua orang ada idea, tapi segelintir sahaja yang mampu menterjemahkan idea itu ke dalam karya," Aku tersentap. Betullah.. Sebelum ini, aku hairan melihat rakan-rakan sekelasku yang tangannya pantas sahaja mengisi kekosongan kanvas. Tapi aku?? Aku sibuk merangka idea ku di dalam otak. Selagi idea ku tak jelas, aku tak berani nak mengeluarkannya di atas kanvas. Walau idea aku ada, tapi kenapa ia tak boleh diterjemahkan di atas kanvas?

Aku menerangkan idea ku kepada senior ku, Safar. Di sinilah pemikiran ku mula terbuka. Ketika aku menerangkan tentang 'cekal dan batasan' sebagai idea, dengan pantas Safar membangkang dengan pertanyaan: "Sesuatu batasan itu, batasan atau alasan?"

Kini aku mengalami kekeliruan. Aku dah tak nampak lagi batasan dalam diri aku. Rupanya, semua batasan yang aku nampak sebelum ini, kini lebih kelihatan seperti alasan. Apa itu batasan sebenarnya?

Bersama Hamir Soib di studionya

4 comments:

  1. mmg ko byk alasan,mls buat keja,bg alasan

    ReplyDelete
  2. bila dah tahu silapnye,..dr situ kita mula baiki segalanya,..dan pd view akak,..amna amat-amat-amat berbakat dan akan menonjolkalo kita tambah dengan sedikit keberanian untuk meluahkan segalanya diatas kanvas..go go amna..!

    ReplyDelete