Tuesday, September 16, 2014

Abah

Aku akhirnya diberi kebenaran untuk memandu sendiri ke tempat kerja. Maklumlah hari ni kan cuti hari Malaysia. Aku pula perlu ke tempat kerja atas sedikit urusan. 


Abah yang memberi kebenaran untuk aku memandu melihat saja aku pergi...


....sambil berdoa.


Hehe.. bapa mana tak risau pada anaknya. Ye tak? Alhamdulillah, sudah selamat sampai.

Friday, September 12, 2014

Memaafkan

Adikku, Tona, kini sudah pulang ke Canada. Ini adalah kisah sebelum dia pulang. Semasa dia masih di Malaysia, sudah menjadi tanggungjawab dia menghantar aku pergi office. Setiap pagi, kami akan bersarapan bersama sama. Upah untuk dia sebab tolong hantarkan lah.

Pada suatu pagi, di sebuah restoran mamak tidak jauh dari office aku, kami menantikan roti telur dan Teh O ais kami sampai. (menu yang sama hari-hari) Lepas tu, mamak tu tak sengaja tertumpahkan kuah dal pula. Dia cepat-cepat mengelapnya.








Aku terkena semula dengan ayat sendiri.



*Sibuk yang teramat sekarang. Maaf jarang update. Maaf lukisan juga semakin buruk.

Tuesday, September 9, 2014

2 September 2014

Tarikh 2 September tiba lagi. Bertambahlah umur aku tua setahun. Umur hanyalah angka, itu pendapat aku dulu-dulu. Tapi untuk umur 24 ini, terasa ia bukan sekadar angka. Ianya lebih dari itu. Antara umur 23 dan 24 dalam hayat aku, pelbagai peristiwa terjadi. Dalam tempoh hanya setahun itu, macam-macam aku pelajari yang membuatkan aku berubah sepenuhnya dari segi emosi atau pemikiran. Namun, kisah perjalanan 23-24 itu aku pilih untuk tidak cerita. Kerana ia mungkin hanya bermakna untuk diri aku. Bukan untuk orang lain.
Tahun ini juga, entah kenapa terasa lebih disayangi. Dapat banyak kek. Dapat kek dari rakan baik, dapat kek buatan adik sendiri, Tona. Juga dapat kek dari rakan-rakan usrah yang aku sayang. Kuantiti kek bukanlah bermakna kuantiti kasih sayang. Cuma terasa bahagia menerima kek sempena ulang tahun kelahiran.
 Kata orang, makin kita dewasa, kawan kita akan semakin berkurangan. Benar. Itu apa yang aku rasa sekarang. Tapi, kawan-kawan yang masih kekal di sisi terasa lebih mahal. Biar sikit kawan, Asal kawan yang sedikit itu adalah kawan sejati. Kalau boleh kawan sehingga Syurga.
Banyak lagi ingin aku tulis. Tapi kebelakangan ini aku diburu kesibukkan. Itulah sebabnya jarang update blog. Terima kasih kepada yang masih mengunjung walau aku jarang update. Aku cuba apdate lebih kerap lagi. InsyaAllah. Sehingga berjumpa lagi...




Wednesday, August 13, 2014

Kisah Pengapit

Beberapa hari yang lalu, selesai sudah majlis kahwin kakak aku. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Disebabkan aku adalah adik dia yang paling cantik, aku dipilih jadi pengapit kakak aku. (Ni namanya sengaja mencari pasal dengan adik beradik sendiri. Hehe...) 


Tapi, pada hari tersebut, aku diserang bertubi-tubi oleh ramai oarang. Serangan soalan.


Ianya tekanan yang amat besar. Aku tak perlu jelaskan bagaimana perasaannya. Sebab aku tahu ramai di luar sana yang turut rasa apa yang aku rasa ini. Malah kawan-kawan aku sendiri juga ramai yang mengalami tekanan yang sama. 


Soalan tak logik lah. Bagai tanya "Kau mati bila?" Yalah, soal jodoh macam soal maut juga. Hanya Tuhan yang tahu. Pergi tanya pada aku, bagaimana nak jawab? 

Bila aku dah stress dengan soalan tersebut, pantas aku menjawab: "Esok..." Tergelak-gelak mereka yang bertanya tadi. Tu lah, tanya tak logik, balasnya loyar buruk lah. Maaf lah atas kasar bahasa.

Bukannya aku memilih sangat sebab tu belum ada calon. Aku memilih sikit-sikit je. Tak nak perokok, nak yang jaga solat, pandai mengaji, bla.. bla.. bla.. bla... bla.. Oh ya, memang aku memilih. Hehe.. 

Itu saja cerita untuk hari ini. Terima kasih berkunjung di blog ini. Sekian.. 



*Alhamdulillah, best jugak ada abang ipar. 





Tuesday, July 22, 2014

Jangan Buat Dia Marah

Selalunya, pada petang Jumaat, adikku Tonah akan mengambil aku dari tempat kerja untuk bawa ku pulang ke rumah. Maklumlah, Tonah ni driver aku. Err.. sebenarnya, aku yang tidak memiliki kereta. Miliki lesen tapi belum pandai lagi memandu. Kenalah Tonah ambil aku agar dapat aku pulang ke rumah Ayahanda dan Bonda. Hehe..

Sepanjang dalam perjalanan, terpaksalah dengar cerita-ceritanya. Cerita di tempat kerjanya, ini, itu, macam-macam lah.


Kadang-kadang, aku ni nakal sikit. Kadang-kadang saja lah. Selalunya aku baik. Percaya tak? Bila aku dah nakal, aku usik Tonah. Aku perli cara dia bercakap dengan guna nada yang dia selalu guna.


Bila Tonah dah marah pada aku. Satu ayat ni saja yang mesti dia guna: "Keluar sekarang!"


Maka, tinggallah aku seorang diri di tepi highway...


Hehe.. Gurau sajalah. Yang panel terakhir tu, tak betul pun. Mana mungkin Tonah akan tinggalkan aku di tepi highway walaupun sudah beberapa kali dia kata 'keluar sekarang'. Nanti, siapa lagi nak belanja dia makan kan? hehe..


*Ramadhan sudah hampir berakhir. Sekejapnya masa berlalu...